Thursday, September 26, 2013

Makan Malam & Solat Bersama

Assalamualaikum,

Anak-anak mama, semoga hari-hari kita penuh dengan kenangan-kenangan manis. Hari ini selepas balik dari pejabat, mama terus singgah pasar malam depan rumah kita tu. Beli beberapa jenis lauk dan sayur untuk masak makan malam kita nanti.

Papa request nak makan nasi paprik. Jadi, mama beli ayam dengan Cik Joi dan beberapa jenis sayur - carrot, kacang buncis, tomato dan bunga kobis. Serai dan daun limau purut juga.

Sampai rumah, lepas bersihkan diri dan solat asar, mama terus ke dapur. Papa baik hati telah sama-sama tolong mama masak. Mama cuci ayam, papa potong sayur. Papa menumis, mama masukkan bahan. Kerja yang susah jadi senang.. yang lambat jadi ringkas dan cepat. Thank you papa. I love you. Hope... lain hari boleh tolong mama lagi.



 Paprik ayam dengan sayur campur yang masih dalam kuali.



Selesai masak, kita solat maghrib berjemaah dulu. Terima kasih papa sebab mengimamkan kita.
Rumah kita tidaklah sebesar mana tapi mama selalu berdoa kepada Allah supaya rumah ini sentiasa diberkati dan dirahmati dengan kasih sayangNya.



~ Mira & Mama ~
Lepas habis doa, posing-posing dulu. 

Menu kita malam ni... simple je, nasi putih, ayam masak paprik dengan sayur campur.

Mama senang hati tengok anak-anak mama makan, Walaupun hanya dengan satu menu saja tapi boleh makan bertambah-tambah. Alhamdulillah, syukur dengan nikmat Tuhan Yang Maha Kaya.
Mama always love you all.

# gambar tak berapa clear sbb guna handphone jer.

Love, mama.










No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^