Ini cerita beberapa tahun yang lepas. Rasanya, kalau tak silap mama dalam tahun 2009. Masa ni Amir baru Tahun Satu, Mira empat tahun dan Daniel baru nak masuk dua tahun. Kecik-kecik lagikan masa tu......
Waktu ni, Teh dah final year kat kolej dia (Kolej Yayasan Melaka).. Teh kan ambik Dip. In Animation. Bila final, ade assessment untuk present animasi sendiri. Teh pilih tajuk 'Jangan Pandang Belakang Upih'. Tak tau le ade apa ngan belakang upih tu ye? Mama tak sempat nak tengok result presentation dia dulu..ruginye.
Jadi nak melukis watak-watak kartun dalam cerita pendek dia tu, kena ada model dulu. So...korang lah yang akan menjayakan projek Teh. Ha..cam tu lah ceritanya.
Petang tu pegi la mencari-cari upih pinang kat belakang umah tok. Untung la ade jugak pokok pinang, walaupun tak banyak. At least korang ade pengalaman main upih di zaman-zaman sekarang ni.
Jom layan gambar..............
Lakonan bermula...
Tarik upih bersama Ap. Tengah tarik upih boleh senyum-senyum ke?
Selesai satu bab... lepas ni ada la pulak yang nak bergambar....
Amirah with Amir
Berebut-rebut nak duduk atas upih, sapalah pulak yang jadi tukang tarik........
Ha peluk.. jangan tak peluk.
Sukanyer........
Tengok, masa ni Daniel seluar entah ke mana, selipar entah ke mana. Apa pun tak sempat. Seronok sangat la tu.
Ok... abis cerita-ceriti menarik upih di waktu siang. Nanti mama update tarik upih sebelah malam pulak.
Love, mama.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^