Friday, March 7, 2014

Macam Manalah Saya Tak Membebel......

Assalamualaikum

Hai korang. Sebenarnya entri kali ini nak sambung cerita pasal game bola anak saya. Tapi cerita itu nanti saya update kemudian ye. Sebab saya tengah panas ni, baru je lepas membebel. Saya jarang membebel. Saya juga tak suka membebel. Kalau marah pun saya lebih suka diam je. Orang yang kenal saya, kalau saya diam memanjang tu paham-paham je lah. Tapi hari ni saya telah membebel sepenuh hati......hah, ambik kau!

Seperti biasa tugas ambik dan hantar anak sekolah adalah tugas saya. Dah jadi rutin harian, kadang-kadang je suami ambik alih kalau saya ada hal.

Sapa-sapa yang baca entri saya yang lepas, mesti tahu anak sulung saya ada masuk game bola sepak bawah 12 tahun MSSD. Baru je semalam dia habis game peringkat daerah. Team sekolah dia dapat naib johan. Lepas ni coach dearah akan pilih mana-mana player yang bagus untuk selection ke negeri. Okay, itu takpelah...untung nasib anak saya, terpilih lah dia. Ini cerita bola sepak.

Dan hari ni pulak, lepas balik sekolah tadi, katanya, cikgu pilih dia untuk keeper hoki. Ada training sebelah petang. Okay lagi. Saya terimalah, habis bola sambung hoki pulak. Semua game dia nak sapu nampaknya. Habis waktu rehat tengahari, sebelum masuk ke pejabat, saya akan hantar anak-anak ke sekolah agama. Yang teruna training hoki ni pun saya bawak sekali harung sebab tak nak keluar masuk ofis banyak kali. Nanti apa pulak kata bos. Ingat ofis ni bapak kau punya?

Nak jadi cerita, lepas hantar adik-adiknya ke sekolah agama, terus ke sekolah kebangsaan hantar yang sulong. Tapi tau apa jadi?

---

---

---

---

---

---

---

DIA BOLEH PAKAI SELIPAR JEPUN !!


Gambar ihsan dari pakcik google. Tak sempat nak tangkap gambar selipar dia sebab marah sangat.

Nak tak nak, saya terpaksa patah balik ke rumah, tukar kasut. Sebab saya dah membebel-bebel macam mak nenek tadi, dia merajuk tak nak pergi training. Katanya, takpe lah mama, takyah pegi....sebab dia tau salah dia. Adoi, kesian lah pulak....terus tak jadi marah.

Lagi sekali kena ke sekolah hantar dia, lepas tu baru boleh ke ofis.
Baru je nak tenang, traffic jam pulaaakkk.
Tak penah-penah pekan sekangkang kera ni sesak dengan tiba-tiba....
Dari sekolah sampai nak ke pejabat sesaknya...

Rupa-rupanya, rakyat jelata Kuala Kangsar pakat-pakat serbu dewan jubli kat sebelah ofis saya tuuu nak tuntut baucar BR1M....hai sabo je lah...

Yang buat saya jadi hangin hari ni sebab hari ni hari Jumaat, hari terakhir minggu pertama
Kerja banyak yang tertangguh gara-gara PC saya corrupted sejak Selasa baru-baru ni.
Semua file-file dalam tu hilang,
Missing in action
Semalam baru dapat hard disk baru,
Semua format surat, report kena taip balik
nak kejar masa, nak pulun bagi habis...
Dateline semuanya 10hb.....
Risau ler nanti bos bising, audit kuiri, macam-macam lagi lah.

Tapi apa kan daya, masuk pejabat pukul 3.40 petang....
buat muka selamba, macam tak bersalah apa-apa
bergalak macam bos pulak, boleh masuk lambat-lambat
Apa, ingat ofis ni bapak kau punya?

Nak stay back balik lambat tak berani dah
Sebab dulu saya penah keluar lewat
Tapi terkunci dari luar, dorang ingat semua staff dah balik....
Jadi keje pulak telefon orang suruh bukak pintu
Dua kali saya terkena, tapi lain2 ofis
Serik...

So...macam manalah saya tak membebel?
Sabo je lah.....

Terima kasih sebab sudi baca.



6 comments:

  1. Dah follow sini :)

    Kalau tak keberatan mohon follow kembali blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  2. noe pun jenis klu marah sangat...terus membisu...kejong...hehehe...

    patut la membebel...hehehe...sabar je la kan...

    ReplyDelete
  3. KB..jom join GA..ada tag KB http://alyadina.blogspot.com/2014/03/2nd-birthday-blog-cahaya-hidupku-12-mac.html

    ReplyDelete
  4. okay, dapat bayangkan mcm mana akak membebel kat anak akak tu... tapi, memang anak akak sengaja ke tak sengaja pakai selipar jepun?

    ReplyDelete
  5. Hahaha... harus membebel kalau cam tu... bebel saja tak apa... jangan sampai singgah tangan kan? serupalah dengan yang kami punya ni... pergi sekolah tak bawak kasut sebab dia biasa sauk selipar, pakai kasut dalam kereta... hari tu dah sampai sekolah baru nak pakai kasut tengok kasut tak bawak... kau, ngan selipar jer hari tu... kata kat dia, kalau cikgu marah.. rasakan, abah tak tahu...tp lepas tinggal dia kat sekolah, balik amik kasut hantar balik pi sekolah jugak... tak sampai hati kalau cikgu marah dia... hmmm anak-anak sementara nak besar, orang tua tua kata... :D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^