Friday, June 13, 2014

Checklist Persediaan Menyambut Ramadhan

Assalamualaikum

Salam Jumaat semua. Hari ni baru 15 Syaaban...tapi entri advance. macam tak sabar-sabar nak sambut puasa gayanya.

Aku ni apa sangatlah kan kalau nak bandingkan dengan blogger-blogger lain. Blogger pisician jer. Entri pon libang-libu. Tapi sebagai blogger, cewah... aku rasa macam emmm........ada lah, sikit-sikit niat tu, nak sampaikan info yang berpekdah untuk dikongsi. Takde lah asyik merapu jer. 

Mesti korang belum tau kan? Off course lah,...sebab aku belum cerita. Kat ofis aku tiap-tiap pagi Jumaat ada buat bacaan Yasin. Pastu gilir-gilir bagi takzirah....Hari ni turn aku. Hoih, dup dap dup dap ooiii...tazkirah tuuu. Aku bukanlah ustazah. Ilmu pon cetek. Nanti bagi salah info jadi ajaran sesat pulak. Naya, naya.

Sebab giliran aku ni sama dengan tarikh 15 Syaaban, mula-mula rasa nak bagi info pasal nisfu syaaban, sekali pakcik google bagi versi macam-macam pendapat. Tak berani aku nak share dengan kengkawan. Nanti tersesat.

Orang kata nak belajar kena berguru. Jangan maen ceduk-ceduk jer. Tak boleh bercikgukan al-sheikh googley atau imam al-fesbuki semata. Entah-entah hadis maudhu' ke, acaner? sapa nak jawab tu?...na'uzubillah. Aku, memang ngaku siang-siang, tak pandai. Apatah lagi nak bincang bab dalil dan nas-nas ni. *angkat bendera putih*

So hasil menggoogle, aku pilih tajuk selamat....yang kat atas tu. Sebelum start, ambik gambo sikit. Kalau dalam bilik mesyuarat baru nak snap-snap...malu. Aku kan pokok semalu, sentuh terus kuncup. he he he

Buku Yasin aku.....dulu, kini dan tak mungkin selamanya. Sebab ada lagi koleksi lain kat rumah. Kertas tu artikel yang aku cetak dari website akuislam.com. Memang aku baca sebijik-sebijik dari situ. Tak pandai lah nak buat ulasan ala-ala bos. Biasa dok belakang tabir je. Takut maaa. Teketo-keto akak tau !!. Akhirnya tazkirah bertukar menjadi membaca berita. Sekian, terima kasih.

Ok bebe...mari kita review point-point yang aku persembahkan kat kawan-kawan ofis tadi. Kat sini aku tokok tambah sikit dengan gaya bahasa aku sendiri. Entri yang asal, korang boleh tengok kat link yang aku bagi tu.

  • JAGA KESIHATAN - bulan puasa selalu dengar orang gastrik. asal puasa jer...... gastrik. asal gastrik jer....puasa. gastrik dan puasa tu sangatlah sinonim. hu hu... so kalau korang ada sakit gastrik ke, anemia ke...cepat-cepat buat preparation. cari ubat. yang sihat walafiat pon kena jaga kesihatan supaya kita tak miss buat ibadah.

  • REVIEW HUKUM-HAKAM BERPUASA - puasa di bulan Ramadhan, dah sah-sah lah hukumnya wajib. tiap-tiap tahun pon memang kita berpuasa. mungkin ada perkara-perkara yang kita terlupa, boleh lah semak balik rukun puasa, perkara yang membatalkan puasa, perkara yang mengurangkan pahala puasa dan apa-apa yang berkaitan dengan puasa. bila dah ulangkaji, dah refresh...dan dipraktikkan, insyaallah amalan puasa kita tak sia-sia. ada ker yang lupa pon? ke.... aku jer yang selalu lupa.

  • AMBIK TAHU PERKARA SUNAT SEMASA BERPUASA - ini semua orang dah tahu...contoh, baca quran ke.....sedekah ke.....kalau bab makan pulak, sunat berbuka dengan tamar. so, jangan lupa stok tamar beberapa hari sebelum puasa. *yusuf taiyub*

  • TANAM AZAM YANG IKHLAS - maksud point ni keazaman yang sepenuhnya untuk beramal ibadah. contoh, kita solat tarawih sebab betul-betul ikhlas nak dapatkan pengampunan dari Allah. kalau setakat pegi masjid sebab nak menunjuk-nunjuk, renti kan lah......riak namanya. Astagfirullahal 'aziim.

  • BERDOA - banyakkan berdoa. salah satu contoh doa yang boleh diamalkan .......

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَارِكْ لَنَا فِى رَمَضَانَ

Maksudnya : Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban, serta berkatilah kami dalam bulan Ramadhan.


  • BANGUN MALAM - praktik dari sekarang untuk bangun malam ataupun bangun awal pagi sebelum subuh. supaya kita senang untuk qiamullail di bulan Ramadhan nanti. Nak-nak sekarang ni tengah world cup kan....kalau bangun nak tengok bola tu, solat dulu. amboi kemain lagi engkau....nasihat orang ye!

  • JAGA LIDAH - ha, checklist yang ni selalu buat orang terlupa. tetiba...eh! tak perasan termengumpat pulak. yang mana suka banyak cakap, kurang-kurangkan bercakap. elok diam dari bercakap perkara yang sia-sia. banyak cakap nanti banyak pulak silapnya.

  • INGAT-MENGINGATI - berpesan-pesan pada orang lain pasal checklist ni terutama keluarga kita, anak-anak kita.

Ha, itu je kot yang boleh aku senaraikan kat sini. Apa-apa pun semoga kita dapat membuat persediaan yang baik menyambut kedatangan ramadhan kali ini. jangan sia-siakan peluang yang ada, sebab manalah tau kot-kot ini ramadhan terakhir buat kita. *nanges sekejap*

~ Semoga ramadhan kali ini dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah swt.
Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari saya sendiri.
Waallahu'alam ~

---

---

---

---

---

---

---

---

---


Selesai tazkirah, alhamdulillah dapat nasik lemak dengan teh tarik.
yaey...takyah pegi kantin.
Terima kasih pada yang bersedekah.

Eh korang, puasa dah abis ganti ??

Terima kasih sebab sudi baca dan selamat berhujung minggu. (*_*)

Monday, June 2, 2014

Medan : Makan KFC

Assalamualaikum

Hai, korang. harap-harap tak bosan dan menyampah dengan cerita Medan yang tak habis-habis lagi. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak menulis..takkan nak biar tergantung pulak. Tapi kali ni cerita pendek je, makan kepsi.


Habis pesta kawin, esoknya kami balik ke Polonia. En Atok dengan adik ipar tak dapat cuti panjang. Jadi kena balik Malaysia awal. Balik tak naik angkot dah. Kami sekeluarga ramai-ramai naik van, pinjam dengan satu pakcik, Pak R nama dia. Saya dan suami naik kereta bunda. Jangan salah sangka...... Di Medan, motosikal dipanggil 'kereta'. Kereta dipanggil 'motor atau mobil'. Haa, korang kalau pegi sana jangan pelik, ok.

Berangkatlah en atok ke Malaysia...

Malamnya kitorang makan kat Kentucy Fried Chicken, Polonia. Rajin pulak menaip panjang-panjang...a.k.a KFC lah tu. Kami datang dekat dua puluh orang ada kot. Ber barral-barral order. hambooiii, untung beso kepsi malam tu.

Geng bujang cowok dan cewek dok satu meja.

Geng ibuk-ibuk dan bapak-bapak dok satu meja.

Pengantin baru, Om Jimmy dengan Bunda


Papa, Pak Usop, Om Jimmy. Yang di belakang tu..saya tak kenal. Sorry :(
Pertandingan siapa paling itam...adoi, somat ireng betol lah korang ni.

Mira dengan Galuh

Daniel dengan Faiz

Daniel dengan Kidir

Amir dengan Faiz

Makan sampai licin, tak cukup order lagi..add on add on. Sedap pulak makan ayam kat indon ni, haha....Sambil makan sambil sembang sambil ambil gambar. Habis makan kitorang berjalan kaki balik rumah.

Itu cerita kami di hari ke ketiga di Medan.

Terima kasih sebab sudi baca.

Wednesday, May 21, 2014

Medan Day 02 : Pesta Kawen Bunda

Assalamualaikum

Hai, korang. Haa cerita Medan lagi. Seperti yang dijanjikan saya akan sambung cerita pegi kenduri kawin di Medan. Hari tu dah cerita hari pertama. Hari ni cerita hari kenduri pulak.  Kira ni part #2 pulak. Tapi entri kali banyak beno gambar. Sori lah yek.

Pertamanya, apa yang boleh kami pergi kenduri kat Medan ni adalah sebab ini kenduri terakhir emak saudara suami saya. Dia yang paling last kawin. Jadi, saya nak merasa sendiri macam mana kenduri orang Indon.

Ok, jom start. Awal-awal pagi lagi kami dah bangun, bersiap-siap nak ke rumah kenduri kawin bunda. Pergi jalan kaki  jer. Rumah Pak Syed tempat kami tido tu dekat jer dengan rumah ibu Afni (pengantin). Kadang-kadang saya panggil dia bunda.

Dari jauh dah dengar lagu-lagu orang kawin versi Indon. Macam kenduri kita jugak, guna PA sistem, sebatu lagi nak sampai pun boleh dengar. Tepi-tepi jalan dekat dengan rumah pengantin, ada papan-papan besar, warna-warni berhias dengan bunga-bunga. Jakun sekejap. Ingatkan papan apa. Rupa-rupanya, papan ucapan tahniah dan ucapan selamat kepada pengantin. Kawan-kawan atau sedara-mara yang hantar. Diletak kat tepi-tepi jalan depan rumah. banyak jugaklah, ada tiga empat keping saya rasa.


Ucap selamat tu, lebih kurang cam ni lah......"Selamat Pengantin Baru Nur Afni dan Jemmy"
Saya takde pulak snap gambar penuh papan tuh sebab dulu mana ada niat pun nak tulis blog...Asyik tangkap gambar orang jek.

FYI korang, diorang buat ucapan ni bukan setakat kawin jer, kalau meninggal nak ucap takziah pun boleh. Dan benda macam ni digunakan oleh semua kaum, muslim ke...india ke....kalau kawin, akan hantar papan ucapan macam ni gak. Sama jer fesyen nyer. benda ni pun bukan buat sendiri tapi ditempah. Tak tahu pulak berapa Rupiah.

Waktu kenduri ni, jumpalah sanak saudara...ada yang saya kenal, ada yang tak berapa kenal tapi buat-buat kenal. tee hee.

Sesuatu yang kelakar, anak saya Mira berambut pendek. Dari awal sampai di Medan, ada yang sangka Mira ni lelaki. Hari kenduri pakai gaun, baru tau Mira perempuan, haiiyaa.....aku sangka cowok, rupanya cewek....kah, kah, kah. Lawak-lawak. Yang peluk Mira tu.., atuk dia. Malaysian gak. Diorang datang awal sehari dari kami.

Pelamin dia, hebat kemain lagi!. Dipasang di luar rumah. Ala-ala pentas singgahsana. Lantainya tinggi. Paras-paras lutut orang dewasa. Kalau budak tu jenuh nak memanjat. Waktu malam, sebelum kenduri, orang-orang lelaki yang tak de tempat tido tu...boleh tido atas pentas tu.

Pagi-pagi lagi, jiran tetangga dan tetamu dah ramai yang datang. Majlis mula dengan akad nikah sebelah pagi. Kemudian ada acara bacaan ayat-ayat suci al-quran dan terjemahan. Bukan bacaan dari radio......Adik ipar saya yang baca...haha hebat tak hebat kenduri kat sana. Terjemahan sepupu yang tolong bacakan.

Lepas habis jer bacaan quran, ada pulak ceramah agama oleh pak ustaz. Masa ni boring sikit...dengar ceramah kan? Saya buat dengar tak dengar jer lah sebab tak paham dialek Indon. T_T.

Ini antara tetamu yang hadir. Kalau pegi kenduri kat sana takyah riso atau malu nak pakai baju apa. Toksah pening-pening kepala, baju macam bodo ke, tak matching ke. Tuh, suami saya pakai t-shirt round-neck dengan seluar askar...relax jer. Tapi saya tetap berkebaya dengan tudung bawal. Ececeh.

#1 Kusyuk dengar ceramah   I #2 Keadaan di sekitar rumah kenduri, klasik kan?

Abis ceramah, tetamu dah boleh start makan. Pengantin pulak foto-foto. Ada persalinan dalam pakaian jawa tapi saya tak tangkap gambar pulak waktu tu.

Ewah-ewah, Om Jimmy dengan Bunda. Dah! tetiba kenapa muka putih, tangan itam. Opera cina sungguh make-up dia ! Nampak tak bulu kening bunda dah nak tercabut? Hahaha aduyai....aptb.

Masa tetamu makan, pengantin bergambar-gambar...ada band. Kat sana cakap keyboard. Sesapa nak menyanyi masa ni lah...ko layan lah lagu apa pun. Pastu ada ucap-ucap tahniah. Ada jugak pelawaan "orang malaysia enggak mau nyumbang suara?" Eeee.. tak kose aku. Bukan jenis saya lah nak nyanyi-nyanyi atas pentas tu.

Di Indonesia, kenduri disebut pesta. Pesta kawin diorang ni biasanya dari pagi berlarutan sampai ke malam. memang tetamu tak putus-putus datang. Waktu petang pun masih ada yang datang. Nasik dan lauk memang sentiasa ada sampai malam.

Kami dok di rumah pengantin sampai petang. Makan, tengok orang makan, dok sana, dok sini. Sembang-sembang. Kadang-kadang sembang pon ada yang tak berapa paham. Kena tanya banyak kali, sampai orang pon tension. Itu perkara yang saya dok ulang-ulang sampai ngantuk. Dah tak tau nak buat apa, kami balik rehat ke rumah Pak Syed. Penat siot!

Sebelah siang tak berapa nak ambik gambar sangat. Sebab ada cameraman upahan. Gambar-gambar kami sekeluarga pun banyak dalam kamera dia. Bila dia nak ambik gambar, encik suami pun sama snap-snap gambar. Dia pandang-pandang jer so kami pun simpanlah kamera kami. Biar dia sorang jer yang ambik gambar. Nanti rasa tercabar pulak dia...hahaha.

Tu dia cameraman cina yang fasih berbahasa Indon. Tak tau cakap cina.

****************
Malam lepas maghrib datang balik ke rumah pengantin sebab nak makan, haha. Lapo kot.

Oh ye! lupa nak citer. Lauk diorang ni, lebih kepada sayur, sambal dan sup. Yang saya ingat, ada rendang daging, sambal tempe, pecal dan sup. Pastu tu ada empeng goreng. Ayam-ayam tak mandang. :(. Nasik nya nasik putih aje. Minum air mineral. Dari siang sampai malam lauknya sama jer.

Kenduri diorang ni, pakai caterer. Pakej sekali dengan khemah, bekalan elektrik, pelamin. Ada empat orang yang tugasnya memasak je keje nya. Tapi orang-orang kampung biasanya akan datang tolong. Itu kira macam mana tu, catering ke gotong-royong. Entah, wallahu'alam.

Sambil makan, diorang akan menyanyi, berkaroake dan menari. Poco-poco ko...Pengantin pun take part, ok. Ada benda lawak yang saya nak tergelak, pakai jubah pun boleh poco-poco. Please lah..pakai baju lain.

Last-last saya ngan anak-anak pon terjebak sama. Haish!. Lepas tu insaf terus.

Yang dok tengok orang berjoget pon ada gak. 

Abis joget, tangkap gambar lagi. Berjoget sakan sampai berpeluh-peluh. Panas gila kot, bersesak-sesak atas pentas tu, dah lah pakai kot. Dah, sekarang bukak kot pulak. haha

Yang tudung putih tu mak pengantin. Sebelah tu, menantu dia, isteri Pak Syed.


Emm, macam lah kenduri diorang. Dari pagi sampai larut malam. Tapi kat medan ni, orang kampung dah biasa dan paham. Takde lah diorang marah.

Berjoget lah korang sampai pagi. Joget free. Tunjuk-tunjuk langit lagi. Pukul dua belas malam, kami semua balik. zzzzzzz. 

Terima kasih sebab sudi baca.


Friday, May 2, 2014

Eh! Papa Pun Cari Mama......

Assalamualaikum

Hai..
Salam Jumaat semua. Sudah lama tak update blog dek kerana sibuk memanjang sejak dua menjak ni. Dengan urusan import export, pimpang penport barang online bisnes. Nak hantar pegi german ada training bola kat sana. Lepas tu pulak saya kena jadi pilot suami ke hulu ke hilir bawak dia sebab ada friendly game kat KL, urusan keje dari Perlis hinggalah ke Sabah. Huh, boleh kata bizi nyer, bizi nyer...Ok itu semua tipu, jangan percaya ye..

Saya tak lah sehebat itu ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya hanya wanita biasa. Tugas hakiki sebagai kuli di pejabat dan sebagai suri di rumah sangat-sangat cemburu kan saya untuk membukak dashboard blogger. Tapi hari ini saya gagahkan juga jari-jemari untuk menaip entri pendek sebagai comeback yang dah berminggu-minggu sepi. Ewah, macam bagus jer.... 

Hari ni entri pendek saja.

Sesiapa yang sudah punya anak, mesti akan atau pernah hadapi situasi macam ni....Anak mencari-cari kita kalau kita hilang dari pandangan dia kan? Mesti akan panggil-panggil mama, mama,...mamaaaaa

Kalau kita tak jawab dalam beberapa minit, mesti anak tu akan mula mencari, merengek dan akhirnya menangis....mama hilang.

Benda ni selalu terjadi pada saya...even saya sedang di bilik air tengah mandi, tengah buang air...mesti mencari...dan anak saya akan make sure saya yang di dalam bilik air tu dengan soalan...mama ke kat dalam?...hai macam tu lah anak-anak saya...

Tapi ada satu situasi, yang pada saya sangat mencuit hati saya. yang saya dah lama perasan tapi hanya disimpan dalam hati. Tapi hari ni terlintas di hati nak menulis tentang perkara ni....

Situasi ketika suami sampai di rumah balik dari kerja atau dari mana-mana lah...

Papa : Assalamualaikum...

Anak : Waalaikum salam, yeay papa balik, papa balik..

Papa : MAMA MANA? (soalan pertama apabila kita tidak menyambut kepulangannya) :)

-------------------------------------
Oleh itu, ister-isteri...

Kalau kadang-kadang tak dapat menunggu suami depan pintu menyambut kepulangannya, usahlah risau tidak dapat title isteri yang baik untuk suami kita... Sebab apa saya kata macam tu?

Kerana apa? Sebab dia ada kunci spare, pastu dia boleh bukak sendiri pintu tu.

Lagi satu, suami kita tetap mencari kita ketika dia pulang ke rumah..percayalah..! kalau rasa tak percaya atau ragu-ragu, cuba nyorok belakang pintu dan suruh anak-anak kita sambut kepulangan suami......pastu cuba degar apa perkataan yang akan keluar setelah suami memberi salam dan masuk rumah... hehe

Betul tak suami-suami??
Rasa tak sah kalau isteri di rumah tapi tak nampak depan mata kan??


Terima kasih sebab sudi baca.

Thursday, April 17, 2014

Cerita Sedih : Aku Dah Kahwin Sekarang

Assalamualaikum

Hai.

Aku dah kahwin sekarang. Bini aku memang baik sangat-sangat. Tapi dia tak seperti yang aku expect masa kami belum kahwin dulu. Masa belum kahwin, aku tengok dia memang seorang yang pendiam je, jarang gila cakap dengan lelaki. Member-member memang puji lah cara dia. Jadi memang susah juga aku nak cuba tegur dia masa tu. Segan weh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, jadi tak ada lah cemburu sangat sebab dia jarang borak-borak dengan lelaki.

Cantik? Memang lah, kalau tak aku comfirm tak sangkut punya. Haha... Cantik pada mata aku lah. Member-member pun ada yang cuba ushaSorilah dia nak layan. Haha... Memang market. Last-last aku yang dapat, memang rasa bangga gila. Hehe...

Eh, duk ngumpat-ngumpat pasal dia, lupa pula nak kasi tahu nama. Nama panggilan dia Isya. Nama betul dirahsiakan. Hoho...

Aku usha cara yang elok-elok lah, pergi jumpa bapak dia dulu. Gentlemenbeb! Slow talk dengan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki. Bapak dia ni jenis sound direct rupanya. Pergh, memang kena kutuk kaw-kaw lah aku dibuatnya. Sebabnya, bila dia tanya kenal tak anak dia? Aku cakap tak kenal sangat. Bapak dia tanya lagi, kenapa nak kahwin dengan anak dia? Aku cakap sebab minat. Minat sebab apa? Aku cakap tak tau. Habis kalau tak dapat anak dia? Aku cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “Kau ni, camne kau nak kahwin dengan orang yang kau tak kenal?” Aku jawab lah, lepas kahwin lah saya kenal dia pakcik. Lepas tu sengih-sengih. Bapak dia terdiam.


Masa tu rasa down gila. Bapak dia macam tolak mentah-mentah je proposal aku. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu... Masa tu aku dah terfikir nak cari calon lain je. Aku memang ada lagi seorang yang aku suka. Ha, yang ni aku memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Maya. Aku memang serasi lah dengan minah ni. Haha... Tapi last-lastorang lain jugak yang aku pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Keputusannya, jeng jeng jeng... Tak seperti yang aku jangka. Haha... Aku ingat kena reject, sekalifamily dia orang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. Jadi, memang sah lah tak ada jodoh aku dengan Maya. Masa aku bagitahu Maya aku nak kahwin, dia accept je. Kejam gila aku. Dia kata semoga aku bahagia. Lepas tu kami dah tak jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Isya. Happynya aku Tuhan sahaja yang tahu. Kat rumah, dia macam biasa, cool je. Tapi cool semacam lah pula. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalau aku tak buka mulut, memang tak berbunyilah rumah kitorang.

Isya taklah ‘bisu’ sangat. Kadang-kadang dia bersuara jugak. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Isya bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur. Macam taksupportive sangat. Last-last aku dah malas nak borak. Oh! Boringnya. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia je. Sengih. Macam yang aku buat kat bapak dia dulu. Psycho seyh...

Nak jadi lagi tension, aku ni jenis perokok sederhana tegar juga lah. Tapi bini aku pula memang macam fobia gila dengan asap rokok. Bau nafas aku yang bersisa rokok pun, dia mesti batuk. Tak bau rokok pun dia dah selalu batuk. Uhuk uhuk uhuk gitu. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok. Kalau gian sangat pun aku merokok masa kat pejabat je.

Bini aku kerja hospital, bahagian ubat-ubatan. Aku pula tak boleh bau ubat, mesti pening kepala. Hari-hari aku yang hantar, ambil dia pergi hospital. Time ambil dia balik, memang hari-hari lah baju dia bau ubat dalam kereta. Jadi aku akan selalu buka tingkap, nyaman sikit udara.

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Tak boleh buka tingkap kereta. Aku dah memang pening-pening lalat dah. Bau ubat kuat sangat dengan poor visibility lagi, kami accident! Langgar bontot kereta orang depan. Kat hospital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan. Isya sendiri pun tak tahu. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Isya berhenti kerja. Duduk rumah je. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan kerja dia. Aku dah tak tahan bau ubat! Aku seorang kerja dah cukup sara hidup kami!

Dekat setahun kami kahwin, Maya tiba-tiba datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambil dia jadi bini nombor dua. Dia sanggup.

Alamak ni dah kes angau betul. Padahal aku baru je kahwin. Mungkin Maya yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, jadi dia beranipropose kat aku. Then aku terus terang je la, aku cakap pada dia, ya aku memang tak kamceng mana dengan bini aku sekarang. Dan banyak benda yang kami tak ada persamaan. Isya memang tak banyak bercakap. Kalau aku cuba buat lawak, dia macam tak tangkap je. Sedih betul. Tak pandai nak borak. Kalau jumpa member-member aku lagi lah dia sunyi sepi. Dah lah hari-hari dia suka masak benda yang sama. Jarang lah dapat makan yang lain sikit. Kecuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.Haha... Macam tu lah bini aku. Lucu pula.

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing-masing. Aku cuba biasakan diri dengan bau ubat-ubat kat baju-baju Isya dulu, cuba berhenti merokok waktu awal-awal kahwin dulu. Isya pula dah tak kerja, dah cuba belajar masak benda-benda lain (jarang lah menjadi). Aku bagitahu Maya, rumah tangga kami bahagia. Aku tak boleh menduakan dia. Aku memang sayangkan dia. Maya terpaksa terima hakikat tu. Itu memang last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besar, dekat 4 tahun lah. Tapi dah pandai mengaji sikit-sikit. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab-bab agama, mengaji sume dia memang bagus. Anak aku Faris, memang dia train elok-elok mengaji Al-Qur’an. Alhamdulillah, semoga esok-esok dia jadi anak yang soleh. Bagi aku itu lah pelaburan yang sangat-sangat menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami tak seperti pasangan yang lain, agaknya. Makin hari aku makin bosan dengan rumah tangga kami. Isya memang suka menyepi, jarang borak panjang-panjang. Aku pula suka keluar lepak dengan kawan-kawan. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tidur. Esoknya pagi-pagi aku dah kena pergi kerja. Dalam tempoh tu juga, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang officemate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku. Berbekalkan muka yang agak ada market ni, dia macam sangkut lak kat aku. Jadi dialah yang selalu aku ajak keluar malam, teman aku borak-borak, kadang-kadang sampai pagi! Cuma tak ada lah sampai ke bilik. Aku tetap sayangkan bini aku...

Aku sedar aku seolah-olah mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku. Teringin nak kahwin dengan dia, takut kecil hati si Isya pula. Dengan Lisa lah tempat aku luahkan perasaan, kadang-kadang gaduh, kadang dia tercarut-carut siap kat aku. Lepas tu minta maaf, dia kata tersasul. Tapi aku memang terhibur bila duduk dengan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa. 
Isya sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada perempuan lain. Satu hari dia bagitahu aku, dia izinkan kalau aku nak kahwin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok-elok, sebab dia tak mahu pelajaran Faris terganggu. Aku pelik, apa kaitan?

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari-hari kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam tak boleh kena air, tak ambil air sembahyang ke? Tak sembahyang ke? Ke cuti sepanjang tahun?!
Jadi aku postpone dulu hajat nak kahwin dengan Lisa. Terfikir lepas kahwin boleh nasihat kot sikit-sikit, tapi time bercinta pun asyik lawan apa aku cakap. So sad!

Ketika perkahwinan aku ngan Isya mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Isya mula jatuh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Isya mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Isya dah lama sebenarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia selalu batuk, dan terpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut lah Isya jarang sangat bercakap. Kenapa dia tak bagitahu aku?

Doktor tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi kesan kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. Jadi jantung jadi lemah. Sebab itulah yang menyebabkan Isya jatuh sakit. Jantung dia sekarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi macam mana dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitahu, memang ada ubat untuk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan sekejap sahaja. Tapi Isya tak boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!

Aku buntu...
Masa tu lah baru aku terfikir, kami tak penah bertikam lidah, tak pernah gaduh. Mungkin itu hikmah dia. Tapi aku tak sedar selama ini. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan perempuan lain. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan tak penah luahkan derita kat aku.
Jantung Isya dah lemah sangat, doktor kata mungkin Isya tak dapat bertahan lama. Aku menangis depan doktor tu puas-puas, walaupun doktor perempuan. Aku dah tak kisah. Aku menyesal dengan cara aku layan Isya selama ni.

Dia dah bagi aku macam-macam, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, memang tak penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh. Mulianya hati Isya, Ya Rabbi tak terkata.
Aku suruh dia berhenti kerja dulu, dia ikut. Walaupun kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan kerja dia. Maafkan abang, Isya...

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan-kenangan kami. Aku belek-belek, terjumpa kotak hantaran masa kami kahwin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula-mula ingat kertas resit jam tu, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,
Buat suami yang baru kupunya,
Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ku juga benar-benar cinta padamu,Dan ku menangis bila dirimu melamarku,

Buat suamiku yang baru kupunya,
Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita,

Buat suamiku yang baru kupunya,
Andai abang ingin melihat Isya ketawa,
Isya hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Isya berjenaka,
Mungkin Isya kan menangis dibahu abang,

Kerana Isya tak mampu berbicara,
Seperti orang lain berkata-kata, 
Kerana Isya tak mampu ketawa,
Seperti orang lain berjenaka,
Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Isya pasrah dan relakan abang menjauhi, 
Jika membaca surat ini Isya tetap dihati abang,
Isya sujud sejuta syukur pada Ilahi.
Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.

*Isya selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini.
Berderai lagi air mata jantan aku. Kenapa aku tak terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku tak tahu penderitaan Isya awal-awal dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Isya beri aku segala-galanya. Dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri pada Isya?

Mulai saat tersebut aku jaga Isya sepenuh hati. Hari-hari memang kerja ulang alik hospital. Masuk kerja pun kejap-kejap. Anak aku bagi kakak Isya yang jaga. Masa tu aku dah serabai gila. Sangat tak terurus. Baru aku sedar pentingnya Isya dalam hidup aku.

Dalam keadaan Isya yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas-puas. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa-sisa hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas. Dan kertas-kertas tu aku kan simpan sampai bila-bila.

Dia tulis dia tak menyesal kahwin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum. Haha... Ya Allah hari-hari itu kami sangat bahagia. Namun Isya dah makin lemah. Aku dah tak mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesengsaraannya Ya Allah. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah...”

Tersedu hati aku. Aku tak tahu apa lagi boleh aku buat. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya.

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah ke telinganya. Dan dahinya berpeluh jernih. Lalu ku kucup buat kali terakhir. Ku panjatkan doa agar kematiannya adalah Husnul Khotimah.

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Faris, dengan helaian-helaian tulisan terakhir Isya. Semoga dirimu bahagia menantiku di pintu syurga, isteriku tercinta, Isya...



Ujian itu adalah satu nikmat dalam sesuatu perkahwinan. Kedang-kadang apabila kita terlalu memikirkan sesuatu kekurangan pada pasangan kita, maka kita mulai bosan. Tetapi sedarlah, bahawa ada hikmah disebalik setiap kepahitan yang kita lalui.

Buat yang sudah beristeri, jagalah isteri anda sebaiknya. Elakkan pergaduhan. Andai ada sesuatu yang tak kena, bawa-bawa berbincang dengan baik. InsyaALLAH, isteri itu adalah penyejuk hati kita andai kita mampu menjadi saljunya.


p/s : Ini bukan kisah suami saya ye. Cerita ni saya kopipes dari blog Brado Kapak.


Terima kasih sebab sudi baca.