Monday, June 2, 2014

Medan : Makan KFC

Assalamualaikum

Hai, korang. harap-harap tak bosan dan menyampah dengan cerita Medan yang tak habis-habis lagi. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak menulis..takkan nak biar tergantung pulak. Tapi kali ni cerita pendek je, makan kepsi.


Habis pesta kawin, esoknya kami balik ke Polonia. En Atok dengan adik ipar tak dapat cuti panjang. Jadi kena balik Malaysia awal. Balik tak naik angkot dah. Kami sekeluarga ramai-ramai naik van, pinjam dengan satu pakcik, Pak R nama dia. Saya dan suami naik kereta bunda. Jangan salah sangka...... Di Medan, motosikal dipanggil 'kereta'. Kereta dipanggil 'motor atau mobil'. Haa, korang kalau pegi sana jangan pelik, ok.

Berangkatlah en atok ke Malaysia...

Malamnya kitorang makan kat Kentucy Fried Chicken, Polonia. Rajin pulak menaip panjang-panjang...a.k.a KFC lah tu. Kami datang dekat dua puluh orang ada kot. Ber barral-barral order. hambooiii, untung beso kepsi malam tu.

Geng bujang cowok dan cewek dok satu meja.

Geng ibuk-ibuk dan bapak-bapak dok satu meja.

Pengantin baru, Om Jimmy dengan Bunda


Papa, Pak Usop, Om Jimmy. Yang di belakang tu..saya tak kenal. Sorry :(
Pertandingan siapa paling itam...adoi, somat ireng betol lah korang ni.

Mira dengan Galuh

Daniel dengan Faiz

Daniel dengan Kidir

Amir dengan Faiz

Makan sampai licin, tak cukup order lagi..add on add on. Sedap pulak makan ayam kat indon ni, haha....Sambil makan sambil sembang sambil ambil gambar. Habis makan kitorang berjalan kaki balik rumah.

Itu cerita kami di hari ke ketiga di Medan.

Terima kasih sebab sudi baca.

13 comments:

  1. Wah memang meriah betul ye KB... tambah pulak makan reramai tu kan.. :)

    ReplyDelete
  2. cuti ramai2 memang best kan..meriah la kepsi tu..

    ReplyDelete
  3. Meriah tu KB..rindu pulak kat KFC..he..he

    ReplyDelete
  4. Arini pun sy ada bersembang pasal KFC...nampaknya esok kne g beli gak la hihihi

    ReplyDelete
  5. jalan kaki je mmng pecah lemak la pastu ;p muka daniel comeyyy ;p

    ReplyDelete
  6. Kiranya lokasinya dekat aje itu yg boleh pergi-balik jalan kaki aje ye KB.
    Seronok betul kakak tengok.

    ReplyDelete
  7. wahhhh meriah nyer makan ramai2 gini ;p

    follow here...

    ReplyDelete
  8. untung beso kepsi mlm tu...hehehe

    ReplyDelete
  9. Bila la zumal nak jejak kaki kat Medan ;)

    ReplyDelete
  10. seronok bercuti ramai-ramai, makan ramai-ramai

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^