Salam Jumaat semua. Hari ni baru 15 Syaaban...tapi entri advance. macam tak sabar-sabar nak sambut puasa gayanya.
Aku ni apa sangatlah kan kalau nak bandingkan dengan blogger-blogger lain. Blogger pisician jer. Entri pon libang-libu. Tapi sebagai blogger, cewah... aku rasa macam emmm........ada lah, sikit-sikit niat tu, nak sampaikan info yang berpekdah untuk dikongsi. Takde lah asyik merapu jer.
Mesti korang belum tau kan? Off course lah,...sebab aku belum cerita. Kat ofis aku tiap-tiap pagi Jumaat ada buat bacaan Yasin. Pastu gilir-gilir bagi takzirah....Hari ni turn aku. Hoih, dup dap dup dap ooiii...tazkirah tuuu. Aku bukanlah ustazah. Ilmu pon cetek. Nanti bagi salah info jadi ajaran sesat pulak. Naya, naya.
Sebab giliran aku ni sama dengan tarikh 15 Syaaban, mula-mula rasa nak bagi info pasal nisfu syaaban, sekali pakcik google bagi versi macam-macam pendapat. Tak berani aku nak share dengan kengkawan. Nanti tersesat.
Orang kata nak belajar kena berguru. Jangan maen ceduk-ceduk jer. Tak boleh bercikgukan al-sheikh googley atau imam al-fesbuki semata. Entah-entah hadis maudhu' ke, acaner? sapa nak jawab tu?...na'uzubillah. Aku, memang ngaku siang-siang, tak pandai. Apatah lagi nak bincang bab dalil dan nas-nas ni. *angkat bendera putih*
So hasil menggoogle, aku pilih tajuk selamat....yang kat atas tu. Sebelum start, ambik gambo sikit. Kalau dalam bilik mesyuarat baru nak snap-snap...malu. Aku kan pokok semalu, sentuh terus kuncup. he he he
Buku Yasin aku.....dulu, kini dan tak mungkin selamanya. Sebab ada lagi koleksi lain kat rumah. Kertas tu artikel yang aku cetak dari website akuislam.com. Memang aku baca sebijik-sebijik dari situ. Tak pandai lah nak buat ulasan ala-ala bos. Biasa dok belakang tabir je. Takut maaa. Teketo-keto akak tau !!. Akhirnya tazkirah bertukar menjadi membaca berita. Sekian, terima kasih.
Ok bebe...mari kita review point-point yang aku persembahkan kat kawan-kawan ofis tadi. Kat sini aku tokok tambah sikit dengan gaya bahasa aku sendiri. Entri yang asal, korang boleh tengok kat link yang aku bagi tu.
- JAGA KESIHATAN - bulan puasa selalu dengar orang gastrik. asal puasa jer...... gastrik. asal gastrik jer....puasa. gastrik dan puasa tu sangatlah sinonim. hu hu... so kalau korang ada sakit gastrik ke, anemia ke...cepat-cepat buat preparation. cari ubat. yang sihat walafiat pon kena jaga kesihatan supaya kita tak miss buat ibadah.
- REVIEW HUKUM-HAKAM BERPUASA - puasa di bulan Ramadhan, dah sah-sah lah hukumnya wajib. tiap-tiap tahun pon memang kita berpuasa. mungkin ada perkara-perkara yang kita terlupa, boleh lah semak balik rukun puasa, perkara yang membatalkan puasa, perkara yang mengurangkan pahala puasa dan apa-apa yang berkaitan dengan puasa. bila dah ulangkaji, dah refresh...dan dipraktikkan, insyaallah amalan puasa kita tak sia-sia. ada ker yang lupa pon? ke.... aku jer yang selalu lupa.
- AMBIK TAHU PERKARA SUNAT SEMASA BERPUASA - ini semua orang dah tahu...contoh, baca quran ke.....sedekah ke.....kalau bab makan pulak, sunat berbuka dengan tamar. so, jangan lupa stok tamar beberapa hari sebelum puasa. *yusuf taiyub*
- TANAM AZAM YANG IKHLAS - maksud point ni keazaman yang sepenuhnya untuk beramal ibadah. contoh, kita solat tarawih sebab betul-betul ikhlas nak dapatkan pengampunan dari Allah. kalau setakat pegi masjid sebab nak menunjuk-nunjuk, renti kan lah......riak namanya. Astagfirullahal 'aziim.
- BERDOA - banyakkan berdoa. salah satu contoh doa yang boleh diamalkan .......
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَارِكْ لَنَا فِى رَمَضَانَ
Maksudnya : Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban, serta berkatilah kami dalam bulan Ramadhan.
- BANGUN MALAM - praktik dari sekarang untuk bangun malam ataupun bangun awal pagi sebelum subuh. supaya kita senang untuk qiamullail di bulan Ramadhan nanti. Nak-nak sekarang ni tengah world cup kan....kalau bangun nak tengok bola tu, solat dulu. amboi kemain lagi engkau....nasihat orang ye!
- JAGA LIDAH - ha, checklist yang ni selalu buat orang terlupa. tetiba...eh! tak perasan termengumpat pulak. yang mana suka banyak cakap, kurang-kurangkan bercakap. elok diam dari bercakap perkara yang sia-sia. banyak cakap nanti banyak pulak silapnya.
- INGAT-MENGINGATI - berpesan-pesan pada orang lain pasal checklist ni terutama keluarga kita, anak-anak kita.
Ha, itu je kot yang boleh aku senaraikan kat sini. Apa-apa pun semoga kita dapat membuat persediaan yang baik menyambut kedatangan ramadhan kali ini. jangan sia-siakan peluang yang ada, sebab manalah tau kot-kot ini ramadhan terakhir buat kita. *nanges sekejap*
~ Semoga ramadhan kali ini dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah swt.
Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari saya sendiri.
Waallahu'alam ~
---
---
---
---
---
---
---
---
---
Selesai tazkirah, alhamdulillah dapat nasik lemak dengan teh tarik.
yaey...takyah pegi kantin.
Terima kasih pada yang bersedekah.
Eh korang, puasa dah abis ganti ??
Terima kasih sebab sudi baca dan selamat berhujung minggu. (*_*)
wahh bagus lah kat ofis tiap pagi jumaat buat macam nie.. :-)
ReplyDeletehihihi sy tinggal lgi satu tak ganti lgiiiiii T___T sedapnya tgok air panas tu..
ReplyDeleteada tazkirah ye..tempat keje saya takde camtu...sila buat keje..ahakss
ReplyDeleteAlhamdulillah moga entri ini dapat jadi panduan menghadapi Ramadhan... Insha Allah :)
ReplyDeleteAs-Salam, dah tulis entri ni, kena amal. Selamat beramal :)
ReplyDeleteAlhamdulillah ..Tazkirah yang baik KB..Tak sabar nak puasakan...
ReplyDeletebagus dapat office macam tu...kat sini sorry la...hehehe
ReplyDelete