Friday, May 2, 2014

Eh! Papa Pun Cari Mama......

Assalamualaikum

Hai..
Salam Jumaat semua. Sudah lama tak update blog dek kerana sibuk memanjang sejak dua menjak ni. Dengan urusan import export, pimpang penport barang online bisnes. Nak hantar pegi german ada training bola kat sana. Lepas tu pulak saya kena jadi pilot suami ke hulu ke hilir bawak dia sebab ada friendly game kat KL, urusan keje dari Perlis hinggalah ke Sabah. Huh, boleh kata bizi nyer, bizi nyer...Ok itu semua tipu, jangan percaya ye..

Saya tak lah sehebat itu ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya hanya wanita biasa. Tugas hakiki sebagai kuli di pejabat dan sebagai suri di rumah sangat-sangat cemburu kan saya untuk membukak dashboard blogger. Tapi hari ini saya gagahkan juga jari-jemari untuk menaip entri pendek sebagai comeback yang dah berminggu-minggu sepi. Ewah, macam bagus jer.... 

Hari ni entri pendek saja.

Sesiapa yang sudah punya anak, mesti akan atau pernah hadapi situasi macam ni....Anak mencari-cari kita kalau kita hilang dari pandangan dia kan? Mesti akan panggil-panggil mama, mama,...mamaaaaa

Kalau kita tak jawab dalam beberapa minit, mesti anak tu akan mula mencari, merengek dan akhirnya menangis....mama hilang.

Benda ni selalu terjadi pada saya...even saya sedang di bilik air tengah mandi, tengah buang air...mesti mencari...dan anak saya akan make sure saya yang di dalam bilik air tu dengan soalan...mama ke kat dalam?...hai macam tu lah anak-anak saya...

Tapi ada satu situasi, yang pada saya sangat mencuit hati saya. yang saya dah lama perasan tapi hanya disimpan dalam hati. Tapi hari ni terlintas di hati nak menulis tentang perkara ni....

Situasi ketika suami sampai di rumah balik dari kerja atau dari mana-mana lah...

Papa : Assalamualaikum...

Anak : Waalaikum salam, yeay papa balik, papa balik..

Papa : MAMA MANA? (soalan pertama apabila kita tidak menyambut kepulangannya) :)

-------------------------------------
Oleh itu, ister-isteri...

Kalau kadang-kadang tak dapat menunggu suami depan pintu menyambut kepulangannya, usahlah risau tidak dapat title isteri yang baik untuk suami kita... Sebab apa saya kata macam tu?

Kerana apa? Sebab dia ada kunci spare, pastu dia boleh bukak sendiri pintu tu.

Lagi satu, suami kita tetap mencari kita ketika dia pulang ke rumah..percayalah..! kalau rasa tak percaya atau ragu-ragu, cuba nyorok belakang pintu dan suruh anak-anak kita sambut kepulangan suami......pastu cuba degar apa perkataan yang akan keluar setelah suami memberi salam dan masuk rumah... hehe

Betul tak suami-suami??
Rasa tak sah kalau isteri di rumah tapi tak nampak depan mata kan??


Terima kasih sebab sudi baca.

13 comments:

  1. Memang.. Kalau dengan anak memang zaza susah nak bukak blog.. Update pun masa dia tidur. Anak lebih diutamakan..

    ReplyDelete
  2. Encik suami tu rindukan anak isteri tau. Kan keje kat ofis lama sangat :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah tu zumal, rindu anak isteri...balik rumah cari anak isteri dulu kan?

      Delete
    2. Betul2... Para suami patut amalkan gitu :))

      Delete
  3. kan?! mesti berbunga2 je rasa... hahaha

    ReplyDelete
  4. anak2 noe pun mcm tu...pantang hilang...mula la mencari...
    bab yg ke2 pasal suami tu pun..betul KB...sampai2 mesti suami cari isteri... :)...
    INTI + Whisper tuk KB :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak dan suami sama jer ye hehe...
      thanks noe :)

      Delete
  5. uikks... hahahahahaha memang betul tu... huhuhu... suami kan balik rumah akan cari mana isteri kalau tak nampak kan... sebenarnya dari atas kereta ontw balik rumah dah teringat nak jumpa isteri ...whoahahahahah.... bagus jugak idea suruh sorok belakang pintu tu ker... sekali sekala kena buat... tengok reaksi macamana... tapi kalau selalu tak nampak... tak keluar soalan tu..

    sebenarnya...isteri pon sama lah kan? yang mana balik kerja kalau suami sepatutnya sampai dulu kat rumah.... cuma mungkin takut suami melencong ker lain hahahahaha :d

    ReplyDelete
  6. Salam Perkenalan.
    Jom join GA saya :)
    http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/05/happy-hour-giveaway_5.html

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^