Friday, March 14, 2014

Amir : Bola Sepak MSSD Akhir U12

Assalamualaikum

Hai, :) .Selamat hari Jumaat.

Sebelum cerita pasal bola, nak bercakap sikit pasal pesawat yang hilang baru-baru ni. Hari ni hampir seminggu pesawat HM370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang. Mana-mana saya pergi pun orang dok sembang pasal ni. Berita muka depan suratkhabar pun, kisah MH370. Misi mencari dan menyelamat masih diteruskan. Macam-macam spekulasi dan teori timbul tapi jawapan yang tepat masih dalam misteri. Takyah lah buat andaian-andaian sekiranya kita tak berapa pasti. Serahkan kepada pihak berwajib dan yang lebih pakar.

Ihsan Google

Bagi saya, lebih elok kita doakan semoga pencarian dan penantian rakyat Malaysia terhadap MH370 berhasil. Itu yang lebih baik.

-----------------------------------
-----------------------------------
-----------------------------------

Ok, ini cerita lama tapi nak update jugak sebab entri yang lepas tak habis cerita. KLIK SINI

Hari Khamis minggu lepas, anak saya terlibat dalam final game bola sepak peringkat daerah MSSD bawah 12. Selepas menang juara kumpulan A, team dorang layak ke perlawanan akhir menentang kumpulan B.

Game berlangsung di SK Kota Lama Kanan. Team-team yang terlibat SK Raja Perempuan Muzwin & SK Kg Muhibah (Kump A) dan SK Sg Siput & SK Kati (Kump B).

First game, sekolah anak saya SK Muzwin lawan dengan naib juara kumpulan B, SK Kati. Keputusan berpihak kepada diorang 2-0. Memang seronok sangat lah dorang....Dah kompem naib juara daerah kuala kangsar dalam tangan.

Dan untuk last game pulak, SK Muzwin bertembung dengan SK Kg Muhibbah sekali lagi. Sebelum ni, dah penah main sekali masa semi-final. SK Muzwin menang 2-1. Tapi malang waktu final ni, team dorang tak bernasib baik, kalah 4-1.


Gambar ni, masa game yang terakhir. Pukul satu tengahari, panas rembang...matahari terpacak atas kepala. Lagi satu, nampak tak player jersi merah no.6 (pasukan lawan)..ketinggian dia dah sama dengan refri. Besar gila, tak padan dengan umur 12 tahun. Sapa yang jaga dia gerun lah sikit, psiko....

habis game, anak-anak ni melepek (terbaring) atas padang, frust. Bila sorang start nangis..semua pakat nangis. Sedih sangat sebab sebelum ni ada 9 game, semua dorang sapu bersih. tetiba last game kalah pulak. Masa semua tengah terbaring tak sempat saya nak ambik gambar...

Biasa lah, kalah menang adat pertandingan. Kalau dua-dua nak emas susahlah....

Tapi guru besar, coach dan cikgu-cikgu tetap bagi moral support anak-anak ni. Tak nak tunjuk sangat dorang pun frust jugak. Selesai acara penyampaian sijil dan medal, guru besar belanja makan nasi beriani. Hai makan besar lagi. hari tu, KFC. Penghargaan kepada player yang dah berusaha yang terbaik untuk sekolah.


Barisan pemain bola sepak SK Raja Perempuan Muzwin bersama guru besar, PK HEM, jurulatih dan pengurus pasukan. Guru besar, bulan Jun ni nak pencen dah..hadiah kemenangan untuk dia lah niii, cewah!

Misi mencari Amir ~ anak saya pakai jersi nombor berapa agaknyer ye?

Terima kasih sebab sudi baca.


Thursday, March 13, 2014

Nasi Lemak Daun Pisang

Assalamualaikum

Hai korang...selamat pagi Khamis. Hari ini short entry sahaja....:)


Pagi ni saya gigih bangun awal, masak nasik lemak bungkus dalam daun pisang. Setengah rice cooker dapat 14 bungkus. Bekalkan untuk anak-anak ke sekolah, suruh diorang bagi kawan-kawan. 

Selebihnya makan sendiri....Tak lupa jugak nak bagi kat mak dan bapak sebab daun pisang tu ambik kat rumah mak semalam.....hehe :) :)

Korang breakfast apa pagi ni?

Kepada yang meninggalkan komen semalam saya ucapkan bebanyak terima kasih. Kakzakie & Noe: saya pun ingat nak tampal jugak.  Ann-zack smile: silakan share, takde masalah.


Terima kasih sebab sudi baca.

Wednesday, March 12, 2014

Doa-Doa dan Adab Ketika Memasak

Assalamualaikum

Hai. Salam pagi Rabu.... :)

Pertamanya, saya nak ucapkan bebanyak-banyak terima kasih kepada NureeN, Zu Mal, Eza a.k.a. Cik Puan Fadli, Kopiolimauice,  Paridah, Wafa Cw, Rossaimi, Kakzakie, Rohaili Hassan, Sofia Ningkan, Nadia Rashid, Noesuhaimi, aTieYusof Family, Nurhayati (Cahaya Hidupku), Cho Zila....yang meninggalkan komen di entri saya yang lepas. Thanks to your support.....Tanpa sokongan korang, blog saya sunyi sepi jer...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- -  -  -  -  -  -  - 

Okay, cerita hari ni...pasal masak-memasak
Saya berani confirm korang semua ni rajin-rajin memasak belaka.
Banyak share entri pasal resepi, entri masak-masak untuk keluarga....

Korang tau, rupa-rupanya setiap perbuatan semasa nak masak tu,
ada doa dan zikir2 tertentu yang boleh diamalkan....

Mungkin ada antara korang yang dah tahu, tapi saya baru je tahu....
Saya dapat dari sahabat group wassap semalam...

Jom kita share sama-sama....



Kena hafal ke korang?
Atau pun salin pastu tampal kat mana-mana yang sesuai
Contohnya...doa bukak periuk tampal dekat-dekat dengan periuk nasik
Boleh ke camtu? Nanti jadi kelas tadika pulak..haha

Yang saya paling suka, zikir penyedap makanan tu..
Istighfar dan selawat jer
Takyah lah dok bubuh pak aji-pak aji bagai (ajinomoto)

Dan, lagi satu....
Kalau isteri bekerja, balik rumah kena masak pulak
Kadang-kadang lepas masak penat nyeer lah tersangat-sangat
Saya tak kata orang lain, sebab saya sendiri pun macam tu

Pagi-pagi dah bersilat kat dapur,
Balik rumah terus ke dapur,
Sebelum tidur pun kat dapur jugak....

Macam tu lah isteri kan?
Tapi takpe sebab......


Emm, wahai isteri2 dan mak2, toksah risau....
Penat-penat masak, Allah bagi 'GiveAway' (ganjaran pahala)
Tapi jangan bebel-bebel, kena ikhlas....amboi pandai nasihat orang ye

Subuh-subuh tadi saya dah masak ikan masak kicap
Balik ambik anak-anak sekolah nanti boleh terus 'ngap'
Korang masak apa?

Ok, itu saja nak share, moga bermanfaat.

Terima kasih sebab sudi baca.

Monday, March 10, 2014

Follower Saya Yang Ke -100

Assalamualaikum

Hai korang. Beberapa hari jer lagi genap usia blog saya enam bulan. Bertatih-tatih lagi.
Kalau baby, rasanya baru merangkak kot....

Saya start buat blog ni dulu pada 12 September 2013...
First entri pun macam budak-budak jer hihik :P
Kenangan.....masa saya wujudkan blog ni pun sebab masa tu ada musibah menimpa kat diri saya
Jadi nak alihkan fikiran yang tak best tu, saya tulis blog...
At least jiwa dan fikiran saya tak tertumpu pada benda2 yang tak best tuuu... 

Alhamdulillah......
Hari ni rakan maya saya dah genap 100 orang. *mood gembira* padahal biasa jer, 
Blogger lain dah beratus plus plus, beribu plus plus....
Apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih bebanyak kepada
semua blogger yang jadi sahabat saya. 
Moga ukhuwah kita semakin erat, insyaallah

Jom, review sahabat saya yang ke #100 ni...


Blog beliau TITISAN NURANI

Empunya blog namanya Kak Zakie. Akak ni banyak tulis motivasi, renungan dan kata-kata nasihat kat blog dia. Ada jugak selit-selit resepi masakan dan kisah-kisah anak-anak beliau. Nanti korang boleh lah singgah kat rumah kak zakie ye.
Follower dia dah cecah seribu lebih...dah lama berblog since 2010 lagi...

Lastly, untuk kak zakie, thanks jadi follower saya.


Terima kasih sebab sudi baca.

Friday, March 7, 2014

Macam Manalah Saya Tak Membebel......

Assalamualaikum

Hai korang. Sebenarnya entri kali ini nak sambung cerita pasal game bola anak saya. Tapi cerita itu nanti saya update kemudian ye. Sebab saya tengah panas ni, baru je lepas membebel. Saya jarang membebel. Saya juga tak suka membebel. Kalau marah pun saya lebih suka diam je. Orang yang kenal saya, kalau saya diam memanjang tu paham-paham je lah. Tapi hari ni saya telah membebel sepenuh hati......hah, ambik kau!

Seperti biasa tugas ambik dan hantar anak sekolah adalah tugas saya. Dah jadi rutin harian, kadang-kadang je suami ambik alih kalau saya ada hal.

Sapa-sapa yang baca entri saya yang lepas, mesti tahu anak sulung saya ada masuk game bola sepak bawah 12 tahun MSSD. Baru je semalam dia habis game peringkat daerah. Team sekolah dia dapat naib johan. Lepas ni coach dearah akan pilih mana-mana player yang bagus untuk selection ke negeri. Okay, itu takpelah...untung nasib anak saya, terpilih lah dia. Ini cerita bola sepak.

Dan hari ni pulak, lepas balik sekolah tadi, katanya, cikgu pilih dia untuk keeper hoki. Ada training sebelah petang. Okay lagi. Saya terimalah, habis bola sambung hoki pulak. Semua game dia nak sapu nampaknya. Habis waktu rehat tengahari, sebelum masuk ke pejabat, saya akan hantar anak-anak ke sekolah agama. Yang teruna training hoki ni pun saya bawak sekali harung sebab tak nak keluar masuk ofis banyak kali. Nanti apa pulak kata bos. Ingat ofis ni bapak kau punya?

Nak jadi cerita, lepas hantar adik-adiknya ke sekolah agama, terus ke sekolah kebangsaan hantar yang sulong. Tapi tau apa jadi?

---

---

---

---

---

---

---

DIA BOLEH PAKAI SELIPAR JEPUN !!


Gambar ihsan dari pakcik google. Tak sempat nak tangkap gambar selipar dia sebab marah sangat.

Nak tak nak, saya terpaksa patah balik ke rumah, tukar kasut. Sebab saya dah membebel-bebel macam mak nenek tadi, dia merajuk tak nak pergi training. Katanya, takpe lah mama, takyah pegi....sebab dia tau salah dia. Adoi, kesian lah pulak....terus tak jadi marah.

Lagi sekali kena ke sekolah hantar dia, lepas tu baru boleh ke ofis.
Baru je nak tenang, traffic jam pulaaakkk.
Tak penah-penah pekan sekangkang kera ni sesak dengan tiba-tiba....
Dari sekolah sampai nak ke pejabat sesaknya...

Rupa-rupanya, rakyat jelata Kuala Kangsar pakat-pakat serbu dewan jubli kat sebelah ofis saya tuuu nak tuntut baucar BR1M....hai sabo je lah...

Yang buat saya jadi hangin hari ni sebab hari ni hari Jumaat, hari terakhir minggu pertama
Kerja banyak yang tertangguh gara-gara PC saya corrupted sejak Selasa baru-baru ni.
Semua file-file dalam tu hilang,
Missing in action
Semalam baru dapat hard disk baru,
Semua format surat, report kena taip balik
nak kejar masa, nak pulun bagi habis...
Dateline semuanya 10hb.....
Risau ler nanti bos bising, audit kuiri, macam-macam lagi lah.

Tapi apa kan daya, masuk pejabat pukul 3.40 petang....
buat muka selamba, macam tak bersalah apa-apa
bergalak macam bos pulak, boleh masuk lambat-lambat
Apa, ingat ofis ni bapak kau punya?

Nak stay back balik lambat tak berani dah
Sebab dulu saya penah keluar lewat
Tapi terkunci dari luar, dorang ingat semua staff dah balik....
Jadi keje pulak telefon orang suruh bukak pintu
Dua kali saya terkena, tapi lain2 ofis
Serik...

So...macam manalah saya tak membebel?
Sabo je lah.....

Terima kasih sebab sudi baca.