#taska life 2017
#jumaat minggu 29
21/07/2017, 3:00 petang, Ohsem Cafe
Acara dimulakan dengan persembahan pelajar taska - Lagu Raya Jalil Hamid (lupa tajuk). Masa datang, Yusuf tidur....bila ticer mintak bersedia untuk buat persembahan, dia meraung nak kan mama. Bukan Yusuf saja, tapi kebanyakkan anak-anak macam tu sebab masa ni time tidur mereka.....π΄π΄π΄
Lepas tu, acara potong kek pulak. Kami nyanyi lagu 'Allah selamatkan kami' πππ
Dah potong kek, kami menjamu selera. Makanan, petang tu disediakan oleh pihak cafe - nasi beriani, ayam masak merah, air sirap bandung. Siap packed. Kami tak makan pun sebab makanan pot luck dari ibu bapa....ya ampun banyak dan sedap belaka! (tak ada gambar)
Lepas makan, ada games.
Dah potong kek, kami menjamu selera. Makanan, petang tu disediakan oleh pihak cafe - nasi beriani, ayam masak merah, air sirap bandung. Siap packed. Kami tak makan pun sebab makanan pot luck dari ibu bapa....ya ampun banyak dan sedap belaka! (tak ada gambar)
Lepas makan, ada games.
Games bapa - meniup belon hingga pecah. Dan ada surprise, salah satu antara belon itu ada kertas di dalamnya untuk hadiah special ☺
Games ibu - 'musang berjanggut'. Mengasingkan lima jenis bahan masakan mengikut kategori. (Biji sawi, sagu, kacang hijau, kacang merah dan beras.
Mama tak menang, hehe.
Games cikgu - memindahkan cotton ball ke piring lain menggunakan straw dalam tempoh beberapa saat ye. Dah lupa jugak.
Penyampaian hadiah kepada ibu, bapa dan cikgu yang menang acara games tadi.
Penyampaian cenderahati kepada cikgu sempena Hari Guru.
Kemudian, ada penyampaian cenderahati kepada ibu dan bapa sempena Hari Ibu dan Hari Bapa. Ambil hadiah dan terus bergambar atas pentas.
Anak-anak taska tak ada hadiah lah ya tapi mereka dapat duit raya dari taska. Ada juga parents yang ambil kesempatan beri duit raya pada petang itu.
Kemudian, cikgu buat hadiah surprise. Teka tajuk lagu raya dengan penyanyinya sekali. 10 hadiah tapi satu pun mama tak dapat jawab....haha. Lagu biasa dengar tapi tak tahu tajuk. Tahu jawapan tapi lembab pulak nak angkat tangan....emm so sad.
Akhir sekali, surprise jugak dari cikgu. 2 hadiah untuk pakaian cantik, lelaki dan perempuan. Anak saja, makpak tak kira.
Dah habis semua acara yang dirancang, maka majlis pun selesai.
Kami pun balik dengan beg plastik berbondong-bondong kerana makanan tersangatlah banyaknya tak terhabis nak dimakan.
Ulang tayang sekali lagi kek kami. Ada yang tak kena di situ.
Perasan tak?
πππ
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^