Saturday, October 28, 2017

Surprise Delivery by Mama Imran


Penglibatan  Ibu  Bapa Dalam Kelas #6

Tarikh : 16/10/2017 (Isnin)
Tajuk :   Pekerjaan

Peserta ke-6 (akhir) : Mama dan Ayah Imran

Parents Imran dapat tajuk PEKERJAAN, sama dengan parents Dania. Pada hari kejadian, mereka mengajak anak-anak taska untuk menjadi 'Usahawan' katanya. Mereka memilih untuk membuat bisness 'Surprise Delivery'. (^_^)



Sebelum memulakan perniagaan, anak-anak ni dihidangkan dengan lagu dulu. Oh! sweet betullah ayah Imran ni. Siap bawa gitar ke taska untuk spent time dengan anak-anak (T__T). Mereka nyanyi lagu 'Anak-anak Nabi'. Kalau nak dengar, boleh lawati instagram Mama Yusuf di @welovesplayandlearn.

Blog ini adalah medium untuk aku simpan kenangan anak-anak. Kebetulan pula, kebelakangan ni teacher Yusuf banyak hantar video aktiviti Yusuf di taska. Maka, cara nak menyimpan video tersebut supaya tak hilang, kenalah letak di instagram. Kesemua video aktiviti Yusuf telah aku muat naik di ig. Moga-moga ianya tak hilang dek panas dan tak lekang dek hujan....


Mama dan Ayah Imran bersama anak-anak
sedang menyiapkan order untuk dihantar kepada customer (kononnya).


Cikgu pun tolong sekali....Mereka buat chocolate bouquet ya!

Tadaaaa....chocolate bouquet dah siap!

 Usahawan Cilik dengan Chocolate Bouquet masing-masing bersama Cikgu Aida. Gitar pun nak masuk gambar juga (^__^).


Dengan berakhirnya penyertaan dari parents Imran ni, maka tamatlah sudah penglibatan ibu bapa bagi Kelas Dua Tahun pada tahun 2017 ni. Huh! lega rasanya. Setahun sekali pun, penat rasanya nak memerah idea.

Seronok diorang, belum konvo dah dapat chocolate bouquet.












1 comment:

  1. 6 orang je ke budaknya KB...Nasiblah sikit. Kalau ramai jenuhlah cikgu nak beli coklat haha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^