Tarikh : 12/10/201 (Khamis)
Tema : Jam dan Masa
Peserta ke-4 : Mama Yusuf
Hari ini tibalah giliran mama yusuf untuk menjalankan aktiviti bersama anak-anak. Semasa teacher beri tajuk aktiviti, alangkah senangnya dalam hati....Dalam fikiran hanya teringatkan jam aje. Alahai nak buat jam kan, bukannya susah sangat!.
Sejak dah tahu apa nak dibuat, mulalah otak ligat berfikir. Tiap-tiap hari pulak tu, fikir....jam apakah? jam apakah?....sampaikan terbawa-bawa ke tidur. Apa sudah jadi dengan mama yusuf? 😂😂😂
Nama aje jam, bila idea sudah mendatang, bukan setakat bakat terpendam dikeluarkan, malah keringat juga diperah-perah rasanya. Basah ketiak ku di malam hari, mengerjakan rainbow clock ni. Bersabar ajelah.
Bahan untuk rainbow clock sudah siap
Ini hasil yang aku buat untuk enam orang students. Enam warna, enam pasang jarum, 72 nombor (bulat-bulat), 72 batang (aiskrim). Semuanya ku bikin sendiri. Pengsan!
Sebelum tu, batang aiskrim nak beli aje di Mr DIY. Apabila sudah panjat tangga Mr.D, batang aiskrim habis stok pulak dah. Aduh, duh, duh.....terpaksalah men'diy' sendiri batang aiskrim!
Di hari kejadian......tengok gambar aje ya.
Gambar ketika pembikinan, takde pulak. Sedar-sedar dah siap jam nya....(^_^)
Membantu anak ni, meletakkan jarum jam.
Teacher pun kena tolong sama. Nak harapkan students buat sendiri, sampai malam tak siap agaknya.
Tada....jam dah siap (^_^)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^