Wednesday, June 18, 2014

Wordless Wednesday#2 : Hello Pengintai

Assalamualaikum

Awak peminat saya? atau awak rindu saya? atau awak penyelidik tidak berbayar? Atau... atau... atau... apa yang digali, apa yang dicari, tak tahu lah....

Apa-apa pun reasonnya .......


Monday, June 16, 2014

Medan : Jalan-jalan dan Ziarah

Assalamualaikum

Hai. Sambung lagi kisah Medan..sila jangan muntah. Kira ini entri yang terakhir jalan-jalan ke Medan. Tak larat dah nak stori mori panjang-panjang.

Beberapa hari sebelum kami balik ke Malaysia, kami dok di rumah Pak Saman di Polonia. Agendanya hanya bersantai-santai. Ulang alik makan bakso, makan pangsit, balik rumah. Makan bakso, makan pangsit, balik rumah. Itu jer keje nyer. Pegi jalan kaki sebab rumah pak saman ni dekat kawasan bandar. Kadang-kadang panggil beca kalau nak pergi jauh sikit.

Satu perkara yang susah sikit nak berjalan kalau pergi tanpa travel agen ialah transport. Sebab dorang di sini takde kenderaan sendiri. nak ke mana-mana naik angkot atau beca. Paling tidak pun, ada motorsikal je. Jadi percutian kami di Medan kali ini, hanya dok rumah je lah. Lain kali lah kot ke Beras Tagi atau ke Danau Toba. Simpan duit, kasi tebal dulu. Panjang umur, sampai. T__T. (berangan itu harus, hehe)

Di Indon, kalau rumah tengah bandar tak semestinya rumah gah bak istana. Rumah ala-ala kampung jer kot. Tapi boleh la, ambik pengalaman kat tempat orang.

Mandi air telaga macam budak mira ni. Seronoknya main air kan? kat situ tempat bebudak mandi, cuci pinggan segala bagai. Yang dewasa, mandi ada lah tempat nyorok-nyorok sikit. Giler nak mandi kat situ, taubat!. Gebok kat belakang tu tempat tido papa dengan orang laki-laki semua lah....Memalam pon tido situ. Jangan riso takde hantu kaco. huwahaha..

Saya dengan anak-anak, tempat tido sopan sikit, dalam bilik. Tengok, rumah berdinding putih tu adalah tempat kaum perempuan dan anak-anak tido. Malam-malam kalau hujan tuuuu, jangan buat muka konfius...."eh! nape air menitis kat muka aku, omaigot". Jangan ye...jangan. just relax, alihkan badan, rajin-rajinkan diri lap tempat yang bocor tu, then tidur balik, ngerti, ngak?

Amir main beskal.

Beskal ada satu je. Mira main kambing je lah. Boleh ?

Ataupun korang naik ni .....boleh naik ramai-ramai. daniel pon ikut sekali. baru sempoi! hehe

Ini tempat makan kami. ada meja dan kerusi kayu. open air. Kerusi tak nampak pulak. pak saman buat pakai batang pokok, potong-potong jadi kerusi. dorang memang kreatif, manfaatkan sumber yang ada.

Satu hari tu, kami jalan-jalan ke rumah Ibu Warni. Rumah ibu warni ok...tak lah gelandangan. serupa macam rumah kita kat Malaysia ni. Saya dah lupa apa nama tempat rumah dia tu. agak jauh jugak, kena naik angkot. Sampai sana, ibu warni belum balik dari Belawan. Jumpa dengan anak dia je lah, Iwan. Sembang-sembang, nonton tv, makan, minum, ambik gambar.

Jom layan gambo-gambo nyer..........

Daniel dengan mira makan jajan. Turun dari angkot tu, betol-betol depan kedai jual jajan. Budak-budak, apa lagi.

Amir tengok tv. Yang baju hitam tu, Gogos, anak pak saman...ke mana kami pegi mesti bawak dia..pemandu pelancong paksa rela. bila bawak dia, senang kami nak berkomunikasi dengan orang tempatan. lagi satu, bila nak shopping, dia boleh tawar-menawar dengan taukeh kedai...so boleh dapat harga murah hehe..


Ini anak ibu warni, Iwan...masa kami sampai dia baru balik kerja. Kalau korang nak tau, itu pakaian rasmi penjawat awam kerajaan Indonesia.

Bergambar beramai-ramai.

Pastu kitorang kena cepat-cepat gerak sebab nak ke Pajak Melati. Naik angkot lagi. Pajak Melati ni tempat orang jual barang-barang bundle. Tempatnya sangat besar. Menjual dari sekecil-kecil barang sampai ke gedabak-gedabak barang. Langsir pon ada yang bundle. Paling banyak pakaian. Jangan tak percaya, bra pon ada jual. Oh! tidak. Kami tak membeli apa-apa pon sebab tak ada yang berkenan di hati. So..jalan-jalan cuci mata jer lah.

Ada satu kejadian yang nak tergelak masa naik angkot balik dari Pajak Melati. Ada sorang awek ni dalam angkot, kemudian dia cakap...."minggir pak". tanda nak turun sebab takde loceng ting tong macam bas kita kat Malaysia. pastu, angkot pun berenti...siap-siap bayar dan bagi balance duit angkot pon teruskan perjalanan. Sekali, driver angkot ni perasan dia dah terlebih bagi balance. Boleh dia patah balik, pegi kejar awek tu....mintak balik duit dia. Dengan kita orang yang dalam angkot pon ikut sekali. Bergoncang-goncang badan, laju betol....duit punya pasal. Cam tu punya driver pon ada ek?

Ada satu malam tu pulak, kebetulan ada game bola final Malaysia vs Indonesia. Saya tak ingat masa tu game apa, tapi yang pasti bukan world cup. haha...papa, amir, mira pegi tengok.... biasa, kat malaysia, lepak mamak, tengok ramai-ramai baru ada feel. kat Indon, ada satu tempat macam panggung wayang, kena beli tiket, pastu tengok kat screen besar. kalau tengok gambar ni mesti boleh imagine macam mana.....

eh! abang fadli dengan awek nya pon ada....

Saya, daniel jalan-jalan pekan polonia naik beca dengan nona. bila dapat tahu..malaysia dah gol satu....dorang jerit-jerit marah. tukang bawak beca tu pun sama, kutuk-kutuk malaysia. Dia tak sedar penumpang dia orang Malaysia. memang arr dorang ni...bikin panas jer !! Yang papa pulak, bila gol jer...siap berdiri....sorak yes! yes! kucup-kucup logo jersi Malaysia.....sorang diri, masa ni bangga giler. terserlah 'ke patriotik kan' sebagai rakyat Malaysia. mesti lah indon-indon tu hairan bin ajaib.

harimau malaya vs garuda

Ok, back to the story, kat Medan, kami shopping kat Pajak Sore. Harga murah jugak lah. Boleh tawar-tawar harga. Ada jual baju, telekung, tudung, kasut. Macam-macam ada. Tapi ada juga kedai yang letak tanda "harga pas"......so memang tak boleh tawar. Kalau Pajak Ikan, harga barang agak mahal. Itu yang saya tau. 

Sebenarnya Medan ni, femes tempat makan-makan. banyak kedai makanan dan ada macam-macam makanan boleh cuba. Berbanding lah kalau korang pergi Bandung ke, Bukit Tinggi ke...kat situ memang dunia shopping. Jakarta pulak, dunia hiburan dan liburan, macam sunway lagoon tu ada kat Jakarta....Eh! nak bagi bagitau sikit, kalau korang nak cuba Sate Padang yang sedap kat Medan....korang cari kedai sate sebelah dengan kedai Bata. Ha, saya rasa kat situ sate padang yang paling sedap.

Last day, kami tak jalan-jalan dah. Dok rumah kemas-kemas barang nak balik. Enam hari dok Indon terasa rindu beno kat Malaysia tanahair ku...Balik Malaysia, harus bawak balik bika ambon dengan jus markisa. hehe

Medan....panjang umur, kami sampai lagi ye..

Tata

--

--

--



Kenderaan ni hanya ada di indon jer kot...ke tempat lain pon ada? Malaysia konpem lah takde.



Terima kasih sebab sudi baca.

Friday, June 13, 2014

Checklist Persediaan Menyambut Ramadhan

Assalamualaikum

Salam Jumaat semua. Hari ni baru 15 Syaaban...tapi entri advance. macam tak sabar-sabar nak sambut puasa gayanya.

Aku ni apa sangatlah kan kalau nak bandingkan dengan blogger-blogger lain. Blogger pisician jer. Entri pon libang-libu. Tapi sebagai blogger, cewah... aku rasa macam emmm........ada lah, sikit-sikit niat tu, nak sampaikan info yang berpekdah untuk dikongsi. Takde lah asyik merapu jer. 

Mesti korang belum tau kan? Off course lah,...sebab aku belum cerita. Kat ofis aku tiap-tiap pagi Jumaat ada buat bacaan Yasin. Pastu gilir-gilir bagi takzirah....Hari ni turn aku. Hoih, dup dap dup dap ooiii...tazkirah tuuu. Aku bukanlah ustazah. Ilmu pon cetek. Nanti bagi salah info jadi ajaran sesat pulak. Naya, naya.

Sebab giliran aku ni sama dengan tarikh 15 Syaaban, mula-mula rasa nak bagi info pasal nisfu syaaban, sekali pakcik google bagi versi macam-macam pendapat. Tak berani aku nak share dengan kengkawan. Nanti tersesat.

Orang kata nak belajar kena berguru. Jangan maen ceduk-ceduk jer. Tak boleh bercikgukan al-sheikh googley atau imam al-fesbuki semata. Entah-entah hadis maudhu' ke, acaner? sapa nak jawab tu?...na'uzubillah. Aku, memang ngaku siang-siang, tak pandai. Apatah lagi nak bincang bab dalil dan nas-nas ni. *angkat bendera putih*

So hasil menggoogle, aku pilih tajuk selamat....yang kat atas tu. Sebelum start, ambik gambo sikit. Kalau dalam bilik mesyuarat baru nak snap-snap...malu. Aku kan pokok semalu, sentuh terus kuncup. he he he

Buku Yasin aku.....dulu, kini dan tak mungkin selamanya. Sebab ada lagi koleksi lain kat rumah. Kertas tu artikel yang aku cetak dari website akuislam.com. Memang aku baca sebijik-sebijik dari situ. Tak pandai lah nak buat ulasan ala-ala bos. Biasa dok belakang tabir je. Takut maaa. Teketo-keto akak tau !!. Akhirnya tazkirah bertukar menjadi membaca berita. Sekian, terima kasih.

Ok bebe...mari kita review point-point yang aku persembahkan kat kawan-kawan ofis tadi. Kat sini aku tokok tambah sikit dengan gaya bahasa aku sendiri. Entri yang asal, korang boleh tengok kat link yang aku bagi tu.

  • JAGA KESIHATAN - bulan puasa selalu dengar orang gastrik. asal puasa jer...... gastrik. asal gastrik jer....puasa. gastrik dan puasa tu sangatlah sinonim. hu hu... so kalau korang ada sakit gastrik ke, anemia ke...cepat-cepat buat preparation. cari ubat. yang sihat walafiat pon kena jaga kesihatan supaya kita tak miss buat ibadah.

  • REVIEW HUKUM-HAKAM BERPUASA - puasa di bulan Ramadhan, dah sah-sah lah hukumnya wajib. tiap-tiap tahun pon memang kita berpuasa. mungkin ada perkara-perkara yang kita terlupa, boleh lah semak balik rukun puasa, perkara yang membatalkan puasa, perkara yang mengurangkan pahala puasa dan apa-apa yang berkaitan dengan puasa. bila dah ulangkaji, dah refresh...dan dipraktikkan, insyaallah amalan puasa kita tak sia-sia. ada ker yang lupa pon? ke.... aku jer yang selalu lupa.

  • AMBIK TAHU PERKARA SUNAT SEMASA BERPUASA - ini semua orang dah tahu...contoh, baca quran ke.....sedekah ke.....kalau bab makan pulak, sunat berbuka dengan tamar. so, jangan lupa stok tamar beberapa hari sebelum puasa. *yusuf taiyub*

  • TANAM AZAM YANG IKHLAS - maksud point ni keazaman yang sepenuhnya untuk beramal ibadah. contoh, kita solat tarawih sebab betul-betul ikhlas nak dapatkan pengampunan dari Allah. kalau setakat pegi masjid sebab nak menunjuk-nunjuk, renti kan lah......riak namanya. Astagfirullahal 'aziim.

  • BERDOA - banyakkan berdoa. salah satu contoh doa yang boleh diamalkan .......

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَارِكْ لَنَا فِى رَمَضَانَ

Maksudnya : Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban, serta berkatilah kami dalam bulan Ramadhan.


  • BANGUN MALAM - praktik dari sekarang untuk bangun malam ataupun bangun awal pagi sebelum subuh. supaya kita senang untuk qiamullail di bulan Ramadhan nanti. Nak-nak sekarang ni tengah world cup kan....kalau bangun nak tengok bola tu, solat dulu. amboi kemain lagi engkau....nasihat orang ye!

  • JAGA LIDAH - ha, checklist yang ni selalu buat orang terlupa. tetiba...eh! tak perasan termengumpat pulak. yang mana suka banyak cakap, kurang-kurangkan bercakap. elok diam dari bercakap perkara yang sia-sia. banyak cakap nanti banyak pulak silapnya.

  • INGAT-MENGINGATI - berpesan-pesan pada orang lain pasal checklist ni terutama keluarga kita, anak-anak kita.

Ha, itu je kot yang boleh aku senaraikan kat sini. Apa-apa pun semoga kita dapat membuat persediaan yang baik menyambut kedatangan ramadhan kali ini. jangan sia-siakan peluang yang ada, sebab manalah tau kot-kot ini ramadhan terakhir buat kita. *nanges sekejap*

~ Semoga ramadhan kali ini dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah swt.
Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari saya sendiri.
Waallahu'alam ~

---

---

---

---

---

---

---

---

---


Selesai tazkirah, alhamdulillah dapat nasik lemak dengan teh tarik.
yaey...takyah pegi kantin.
Terima kasih pada yang bersedekah.

Eh korang, puasa dah abis ganti ??

Terima kasih sebab sudi baca dan selamat berhujung minggu. (*_*)

Wednesday, June 11, 2014

Perempuan 9 Nafsu 1 Akal

Assalamualaikum.

Haaiiiii, panjang sikit sebab lama tak mengupdate. T_T.

Orang kata jangan ikut nafsu. Nafsu buruk tu perangai syaitonnirrojim. Kalau nak berbelanja kena ikut kemampuan. Ukur baju di badan sendiri. Ikut nafsu buruk padahnya. Berfikir sebelum bertindak. Eh! apahal tetiba aku bebel pasal nafsu-nafsu ni? Haha...meh sini aku nak cerita.

Hari ni, sampai-sampai jer ofis..papa call. Nak pinjam kereta sebab kereta dia meragam. Tak boleh start. Emm...ok fine. Sekali sekala boleh jer papa. So aku balik rumah hantar kereta. Sebelum sampai rumah, singgah kedai dulu beli barang sikit, nanti lunch dah tak boleh nak keluar. Pe'el aku suka letak purse dalam dashboard sebab senang...bukak terus capai, takyah korek-korek handbag lagi. Ok, ingat ye kawan-kawan dalam dashbaord kereta.

Settle semua, aku ke ofis semula dengan papa yang hantar. Salam-salam, muah muah, kereta pun bertukar tangan. Tata titi tutu, lambai tangan kat papa bersama-sama purse aku pon dibawak pegi sekali.

*******************

Tengahari tadi pukul 12:45 aku dah ngelupor lapar. Gara-gara semalam tak jamah nasik. Pagi tadi bekfes dengan dua keping roti jer. Mau tak ngelupor. Capai handbag, alamak!....dompet aku. omg...omg... Tapi takpe dalam handbag ada purse duit syiling plus note lima ringgit. Alah, cukup la tu. Masa ke kantin tu ternampak seorang awek lenggang-lenggok dengan air ais. wah ! menggiurkan. oppss! bukan susuk tubuhnya tapi minumannya. Dalam hati, tengahari rembang ni minum ais best jugak kan. Tu diaaa, nafsu sudah datang. 

Entah mimpi ke mengidam apa ntah, tak penah-penah order air tetiba dengan selamba "adik, nescafe ais satu, bungkus ye ikat tepi". hehehe... ikat tepi tu tipu ok, saja tokok tambah. Padahal, aku tak penah minum air selain air masak masa lunch. Sebab lunch time balik rumah. Hari ni, lain sikit....haruslah kena beli, kan?

Aku ambik nasik setengah polistren, ikan goreng, sayur dan off course menu wajib sambal belacan. emm rasanya takde ler tamak haloba sangat nafsu makan aku, walaupun memang tengah lapar time tu. Berjalan ke kaunter, dengan confident level yang sangat tinggi sebelah pegang nasik bungkus sebelah lagi note lima ringgit, sekali kira.....lima hengget lapan kupang ko!. ayoma ayopa karawaley....menanges dompet aku. Dah le ada berapa sen jer. korek-korek syiling mujurlah cukup!! Kalau tak, tak pasal-pasal kena cuci piring dulu sebelum makan. Hish, malu betol. INSAF, lepas ni takyah nak beriya order-order air bagai. Teguk jer air masak, lagi bagus. Sihat pun sihat. Sebenarnya, aku memang ada bawak air masak dari rumah pon. Saja gatal mengorder, terlupa pulak duit ada ciput je....

Betul lah orang kata, perempuan nafsunya, sembilan. Nafsu yang macam-macam. Tengok orang beli air, nak beli air jugak. Padahal bekal air masak tu ada jer atas meja ofis. Boleh jer minum tapi dah kerana terpengaruh, daripada taknak beli terus terbeli. Tapi akal perempuan ada satu jer, tak terfikir sebelum order tu cukup ke tidak duitnya....ehem ehem off course aku lah orang itu, perempuan kan?. Cerita kat papa, confirm-confirm kena gelak.

Alang-alang dah sembang pasal nafsu nafsi ni, meh sini aku nak bagi entri Fatin Liyana cerita pasal Perempuan Nafsu 9 & Akal 1. Memang kena sebijik lah kat aku. *debush* Ikut nafsu sangat. 

---
---
---
---
---
---
---
---


Eh! tapi kan tengah-tengah saya menaip ni...sekali dapat sedut nescafe ais....haiii heavenlah pulak, terasa ala-ala dok kat The Heaven Tambun. Baring-baring depan swimming pool mengirup udara segar sambil-sambil minum air. waahhh!! heaven nya, nescafe ais, ummph! Dah engkau, kenapa berangan pulak.

Terima kasih sebab sudi baca.

Monday, June 2, 2014

Medan : Makan KFC

Assalamualaikum

Hai, korang. harap-harap tak bosan dan menyampah dengan cerita Medan yang tak habis-habis lagi. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak menulis..takkan nak biar tergantung pulak. Tapi kali ni cerita pendek je, makan kepsi.


Habis pesta kawin, esoknya kami balik ke Polonia. En Atok dengan adik ipar tak dapat cuti panjang. Jadi kena balik Malaysia awal. Balik tak naik angkot dah. Kami sekeluarga ramai-ramai naik van, pinjam dengan satu pakcik, Pak R nama dia. Saya dan suami naik kereta bunda. Jangan salah sangka...... Di Medan, motosikal dipanggil 'kereta'. Kereta dipanggil 'motor atau mobil'. Haa, korang kalau pegi sana jangan pelik, ok.

Berangkatlah en atok ke Malaysia...

Malamnya kitorang makan kat Kentucy Fried Chicken, Polonia. Rajin pulak menaip panjang-panjang...a.k.a KFC lah tu. Kami datang dekat dua puluh orang ada kot. Ber barral-barral order. hambooiii, untung beso kepsi malam tu.

Geng bujang cowok dan cewek dok satu meja.

Geng ibuk-ibuk dan bapak-bapak dok satu meja.

Pengantin baru, Om Jimmy dengan Bunda


Papa, Pak Usop, Om Jimmy. Yang di belakang tu..saya tak kenal. Sorry :(
Pertandingan siapa paling itam...adoi, somat ireng betol lah korang ni.

Mira dengan Galuh

Daniel dengan Faiz

Daniel dengan Kidir

Amir dengan Faiz

Makan sampai licin, tak cukup order lagi..add on add on. Sedap pulak makan ayam kat indon ni, haha....Sambil makan sambil sembang sambil ambil gambar. Habis makan kitorang berjalan kaki balik rumah.

Itu cerita kami di hari ke ketiga di Medan.

Terima kasih sebab sudi baca.