Thursday, July 10, 2014

Daniel Tak Pernah Makan Ayam Percik!

Assalamualaikum dan Ramadhan Kareem

Hai.

Walaupun dah sebelas hari berpuasa, namun saya belum pernah keluar bersiar-siar ke bazar ramadhan. Menabur duit poket yang tak seberapa untuk membeli makanan berbuka. Apatah lagi membawa anak-anak. mana tidaknya...sebab hari-hari saya memasak sendiri untuk berbuka dan bersahur. Walaupun penat balik dari ofis, terkejar-kejar mengambil anak dari sekolah, tetap ke dapur nak masak. Wah! nampaknya saya terlebih rajin di situ. Masuk ke dalam bakul dan angkat sendiri.

Semalam saya memecah rekod 'kerajinan' saya itu apabila...daniel cakap dia tak pernah makan ayam percik. bila di sekolah, cikgu tanya sapa pernah makan ayam percik sila angkat tangan......dia telah membuat keputusan untuk tak angkat tangan sebab tak penah makan. Kesiannya dengar. Saya rasa sungguh sadis dan sedih. Rasa macam oh kejamnya mama....tak penah bagi daniel makan 'ayam percik' padahal rasa saya selalu jugak lah beli ayam percik kat pasar malam, walaupun sebulan sekali..

Maka, keluarlah kami sekeluarga mengembara ke bazar ramadhan. ada 3 pilihan bazar di kuale kangso....akhirnya terpilih bazar chandan puteri sebab dekat dengan rumah. dekat pon tak bermakna kami berjalan kaki, 2km jugak. kena naik kereta. sangat menci bila nak cari parking. lagi menci bila orang parking keta macam tak belajo kurikulum jpj masa ambik test dulu. benci tau. tu sebab saya tak suka pegi bazar ramadhan. tapi best juga sebab tak payah masak apa-apa semalam termasuklah nasik.


Misi pertama: mencari ayam percik. kami membeli tiga 'batang' ayam percik. saya tak tahu apa penjodoh bilangan yang sesuai untuk ayam percik. sebab dia diikat dengan batang buluh...rasanya penjodoh bilang yang paling hampir 'batang' lah kot. boleh lah ye asalkan korang paham dan tahu apa itu ayam percik. bukan macam daniel tak kenal ayam percik. daniel bila tengok ayam, dia tak tanya dah ayam apa. percik ke goreng ke...terus mintak ayam upin ipin. so paham lah...drumstik satu, bahagian dada dua untuk amir dengan mira.

Misi kedua: makanan untuk mama, nasi kerabu.

misi diteruskan.....

Misi ketiga: cari papa punya makan, bakso

Misi keempat: amir punya juadah, nasik kukus ayam berempah

Misi terakhir: mencari air minum. kami beli soya cincau dua bungkus. sebungkus rasa macam sikit sangat, kami mintak dua. kat situ ada jual taufu fa jugak...rembat dua bekas untuk daniel dengan mira.

lepas berbuka puasa....

dialog saya dengan daniel masa makan ayam percik

   daniel : mama, ayam percik tu macam mana ?
   mama : tu yang niel makan tu...ayam percik lah
   daniel : tau lah tapi macam mana rupa dia masa idop...
   mama : macam ayam yang atok bela tu lah....
   daniel : oh sama? emm, niel ingat macam mana tadi...

mungkin dalam pikiran dia....macam ni

ini ayam. sama macam yang atok bela. bila dah sembelih, dia akan jadi macam ni
__
__
__

ayam ni..daniel biasa tengok di kedai chik joi. chik joi tokeh ayam. mama selalu dapat free ayam sebab chik joi adik mama. ayam chik joi ni boleh jadi ayam goreng, jadi ayam kfc, masak sambal merah dll lagi.

ini pulak ayam percik. sebenarnya daniel penah makan tapi tak tahu itu ayam percik dan
tak penah tengok ayam percik idop.

mungkin dia ingat macam ni agaknya

__

__

__

__

__

'hai..saya lah ayam percik masa hidup'

>
<
>
<
>
<

budak yang cakap tak penah makan ayam percik


p/s : baru saya paham, daniel ingat ayam percik tu sejenis ayam bernama AYAM PERCIK seperti juga ayam belanda, ayam jantan, ayam betina, anak ayam.... T__T.



Terima kasih sebab sudi baca.

13 comments:

  1. hahhaha cute je daniel ni hahha bleh plak dia pikir smpi tahap mcm gitewww ;p

    ReplyDelete
  2. haha..macam-macam la Daniel ni..nasib baik hari tu dah makan ayam percik, kalau tak saya pun teringin..hehe

    ReplyDelete
  3. Meriah memborong tu KB.. bila sekali masuk bazar ramadan tu ye..

    Danial tu ingat Ayam Percik macam ayam-ayam yg lain , tu yg beriye dia bertanya tu KB..

    ReplyDelete
  4. hehehe... pandai daniel buat lawak kan... :D

    ReplyDelete
  5. kelakar lah daniel nih..ayam percik memang sedap..kalau gi pasar mesti nak beli, tak tahan dengan bau dia..menggoda..

    ReplyDelete
  6. Masya-Allah anak... anak... gelihati makcik sayang...
    Itulah KB nama pun budak dia ingat ayam percik tu binatang ayam yg hidup hihi..

    ReplyDelete
  7. Macam sis shopping yer... Zumal tak berani beli macam2 sebab tok zumal makan sikit sangat selalu zumal yang kena habiskan. Ayam percik belum terbeli lagi.... Hehe.

    ReplyDelete
  8. hehehe kelakar la plak....hehehe...baru la dia tahu ayam percik tu macam mana...hehehe

    ReplyDelete
  9. Kita suka ayam percik...dah lama tak makan..nway kelakarlah pulak cerita daniell tu..he..he

    ReplyDelete
  10. hahaha.. comel je dia..

    sy setakat ni alhamdulillah tak pernah pergi bazaar lagi. takut membazir. selalunya nafsu je lebih, makannya tidak jugak. baiklah masak je. jimat pun jimat. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^