Doa 5 Ramadhan
Balik dari ambik anak-anak dari sekolah semalam, amirah cakap kat saya ......
Mira : mama, mana quran yang ada makna-makna tu?
Mama : kat sana, nak buat apa?
Mira : cikgu suruh bawak sekolah sebab ada tadarus masa rehat
Mama : owh...boleh, bawak lah.
Sebut pasal tadarus, saya teringat zaman-zaman masa saya keje kat ofis lama dulu. Saya ni dah tiga kali bertukar jabatan. Penah keje di ibu negara dan ibu negeri. Sekarang ni dah bertukar ke daerah. Dulu-dulu masa saya di ofis lama...kalau bulan ramadhan pengarah arahkan kami bertadarus dalam waktu lunch. Dah jawatannya pengarah kan, mengarah-ngarah jer lah kejenye.
Mula-mula agak leceh lah...maklumlah lunch time, dah tak boleh makan, lepas solat apa lagi.....tido lah. Masa cadangan suruh tadarus ni keluar, kurang dapat sambutan jugak lah. Semuanya liat-liat jer tapi bila tuan pengarah sendiri turun padang bertadarus sekali....apa nak dikata staff-staff tak jadilah nak membuta.
Ya Allah, jadikanlah aku di antara orang-orang yang memohon kemapunan. Dan jadikanlah aku sebagai hambaMu yang soleh dan setia serta jadikanlah aku di anatara auliya'Mu yang dekat disisiMu, dengan kelembutanMu, wahai Zat Yang Maha Pengasih di anatara semua pengasih. Amin.
Balik dari ambik anak-anak dari sekolah semalam, amirah cakap kat saya ......
Mira : mama, mana quran yang ada makna-makna tu?
Mama : kat sana, nak buat apa?
Mira : cikgu suruh bawak sekolah sebab ada tadarus masa rehat
Mama : owh...boleh, bawak lah.
Sebut pasal tadarus, saya teringat zaman-zaman masa saya keje kat ofis lama dulu. Saya ni dah tiga kali bertukar jabatan. Penah keje di ibu negara dan ibu negeri. Sekarang ni dah bertukar ke daerah. Dulu-dulu masa saya di ofis lama...kalau bulan ramadhan pengarah arahkan kami bertadarus dalam waktu lunch. Dah jawatannya pengarah kan, mengarah-ngarah jer lah kejenye.
Mula-mula agak leceh lah...maklumlah lunch time, dah tak boleh makan, lepas solat apa lagi.....tido lah. Masa cadangan suruh tadarus ni keluar, kurang dapat sambutan jugak lah. Semuanya liat-liat jer tapi bila tuan pengarah sendiri turun padang bertadarus sekali....apa nak dikata staff-staff tak jadilah nak membuta.
Maka tertubuhlah kumpulan-kumpulan kecil tadarus al-quran di pejabat kami. Terdiri daripada qari dan qariah amatur. hew hew. Setiap kumpulan akan baca satu juzuk. Kumpulan lain juzuk yang berlainan. Habis satu juzuk sambung dengan juzuk yang lain pulak. Sampailah tamat tiga puluh juzuk al-quran.
Lama-lama benda ni jadi seronok. Cukup jam pukul satu...dah tau dah apa nak buat. Pegi wuduk dan start mengaji.
Lama-lama benda ni jadi seronok. Cukup jam pukul satu...dah tau dah apa nak buat. Pegi wuduk dan start mengaji.
Group tadarus saya terdiri daripada lima orang mak dara yang ohsem. T_T
Kita selalu terbiasa, bila masuk bulan puasa jer, mesti akan dengar perkataan 'tadarus'. Nak ke mana tuuuu, Kak Pah? Nak ke surau, ada tadaruuuuus ....
Ok, Sebenarnya Tadarus Tu Apa ?
Tadarus ni, membaca Al-quran di depan orang lain secara kumpulan. Baca dengan suara yang boleh didengari. Bukan berbisik atau baca sorang-sorang. Ahli kumpulan itu membaca secara berganti-ganti. Sorang membaca dan lain akan menyemak. Dengan kata lain, bertadarus al-quran ialah saling membaca dan menyemak bacaan al-quran secara berkumpulan.
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Jibril sentiasa menemui Rasulullah saw pada setiap malam Ramadhan dan bertadarus al-quran bersama. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Macam Mana Nak Bertadarus ?
- Wujudkan kumpulan-kumpulan kecil sama ada sekurang-kurangnya berdua, bertiga atau lebih.
- Baca ikut tertib. Mulai dari surah yang pertama iaitu Al-Fatihah dengan ayat yang pertama. Kemudian, diikuti dengan surah yang seterusnya dan seterusnya sehingga juzuk terakhir, surah terakhir, ayat terakhir. Minal Jinnati Wan Naas.
- Semua ahli kumpulan berperanan menyemak bacaan rakan supaya takde kesalahan. Kalau tetiba ada kesalahan contohnya tajwid ke, makhraj ke, rakan-rakan yang dengar wajib tegur. Dan orang yang sedang baca itu kena lah ulangi bacaan dengan cara yang betul.
- Buatlah di tempat-tempat yang sesuai terutamanya masjid, musolla, asrama atau rumah. Di pejabat pun boleh sekiranya diizinkan. Atau ditempat-tempat lain difikirkan baik untuk bertadarus.
Penting Ke Tadarus Ni ?
- Belajar tajwid dan makhraj. Bukan semua orang sempurna bacaannya. Dengan bertadarus kita boleh tegur-menegur mempelajari ilmu al-quran dari segi tajwid dan makhraj.
- Tingkat mutu bacaan. Sambil membaca al-quran kita boleh memperbaiki kualiti bacaan.
- Dapat pahala. Allah memberi pahala kepada tiap-tiap orang yang membaca al-quran, satu huruf satu kebaikan dan satu kebaikan sama dengan sepuluh kali ganda. Tapi di bulan ramadhan pahalanya berlipatkaliganda menjadi 70 kaliganda.
- Dapat rahmat Allah. Rasulullah saw bersabda Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca dan bertadarus Al-Quran, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan (sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada para malaikat.
- Berbaik-baik sesama kawan. Mengeratkan silaturrahim antara ahli-ahli kumpulan.
Kalau Tak Sempat Khatam Macam Mana ?
Kalau tak khatam pun takpe kot sebab tujuan kita bertadarus adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah swt selain mengutip seberapa banyak pahala terutamanya di bulan ramadhan. Tapi seboleh-bolehnya kita berusaha untuk mengkhatam al-quran paling kurang sekali dalam bulan Ramadhan dengan menjaga adab-adab dan hak-hak al-quran tersebut.
Tapi kan, majlis tadarus al-quran di pejabat saya...sempat khatam sebelum kami cuti berhari raya. Siap buat majlis khatam quran lagi. Lepas majlis selesai semua staff dapat goodies kuih raya dengan cenderahati sumbangan dari kelab.
Pengarah bagi goodies. Abaikan paper bag spr tu.
psst psst... pengarah saya ni ayah kepada pelakon terkenal.
agak-agak korang kenal tak ??
p/s : rindu saat-saat dulu & kawan-kawan lama sob sob.
Yang baik dari Allah dan yang buruk dan cacat dari saya sendiri.
Waallahu'alam
Terima kasih kerana sudi baca dan selamat membaca al-quran :)
teringat masa zaman2 sekolah menengah dulu, setiap hari di bulan ramadhan akan ada aktiviti tadarus...
ReplyDeleteDi ofis akak pun ada aktiviti tadarus masa Ramadan ni KB.. selalu baca waktu pagi..
ReplyDeleteAlhmdlh... da masuk 5 tahun dapat bertadarus dgn kawan2 opis sbb kami kecil jer, jadi hal2 gini mmg dpt sambutan ;)
ReplyDeleteseronok dapat goodies..
ReplyDeletetempat keje saya takde buat tadarus camni..
bgusnya aktiviti pjabat kak dulu..lpas baca ni jie bru tau tadarus tu apa..hehe
ReplyDeletebagus la aktiviti mcm ni sgt bemanfaat ;)
ReplyDelete* ayah pelakon sapa tu ;p
tempat kerja saya pun takde tadarus.. untung...
ReplyDeletekat tempat kerja noe...mmg tiap2 tahun ada aktiviti tadarus ni...kt office lama dulu pun ada jugak...
ReplyDeleteselamat bertadarus kak..salam kenal n follow sini ye
ReplyDelete