Hai. Sekarang kita dah berada di hari ke-24 ramadhan. Bulan di langit semakin kecil menandakan bulan rahmat ini akan meninggalkan kita. huhu sedihnya. Jom, cari lailatul qadr bermula tenggelamnya matahari hingga terbit fajar keesokkannya. Moga kita semua dikurnaikan kesihatan yang baik, kelapangan dan ketenangan untuk terus menghidupkan sisa-sisa ramadhan ini.
Sedikit perkongsian mengenai kaedah dalam menentukan malam Lailatul Qadr yang dikongsikan oleh Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam An-Nadwi Al-Banjari Al-Maliki diakhir pembacaan kitab Sairus Salikin pagi tadi.
Berkata Syeikh حفظه الله,
"Untuk mengagak Lailatul Qadr, mengikut kepada awal puasa, bagi tahun ini (2014), kita mula puasa pada hari Ahad, maka insyaAllah, Lailatul Qadr insyaAllah kemungkinan melalui pengalaman rohaniah yang sangat banyak oleh para ulama' mengatakan akan terjadi insyaAllah pada MALAM 27 RAMADHAN yang jatuh pada MALAM JUMAAT ini. Kerana 10 malam terakhir ini tidak ada malam yang lebih afdhal daripada malam 27 Ramadhan yang jatuh pada malam Jumaat. Mengikut pengalaman rohaniah, bila puasa mula hari Ahad, Lailatul Qadr jatuh pada malam 27 Ramadhan iaitu bertepatan dengan malam Jumaat."
Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam juga berkongsi mengenai tanda-tanda Lailatul Qadr,
"Tanda-tanda Lailatul Qadr ada tanda dalaman pada diri dan juga tanda luaran. "
Tanda dalaman
1) Hati akan merasa sangat hiba pada malam tersebut
2) Air mata mudah mengalir deras lebih daripada biasa
3) Jantung berdebar lebih daripada biasa
4) Badan menggeletar lebih daripasa biasa
Tanda luaran
1) Jika musim tersebut musim dingin, malam tersebut tidak terlalu dingin
2) Jika malam tersebut angin bertiup, maka angin yang bertiup tidak terlalu kencang
3) Jika malam tersebut hujan, hujan turun tidak terlalu lebat
4) Tidak kedengaran bunyi anjing menyalak pada malam tersebut
Tanda selepas (keesokan hari nya)
1) Pagi hari matahari akan terbit muram sedikit, tidak secerah biasa, cahayanya seperti keadaan malam sedikit.
Namun Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam berpesan supaya tidak hanya menumpukan ibadat hanya pada malam 27 Ramadhan walaupun mendapat kaedah melalui pengalaman rohaniah para ulama'.
Berpesan Syeikh Ahmad Fahmi, [ INI SANGAT PENTING <=== CAPLOCK tanda ia sgt penting :) ]
"Kita yang mengagak malam Lailatul Qadr, jangan kurang ibadah kita malam ini hingga malam Jumaat. Bila kurang, tidak akan ditunjuk ALLAH pada dia. Dia kata 'Ustaz dah bagitau malam Jumaat, saya malam ini tidoq dulu lah'. Orang yang macam ini dia tidak akan dapat dibuka hijab oleh ALLAH. Orang yang akan dapat ialah orang yang sejak malam 21 lagi dia pulun cuma malam Jumaat nanti lebih lagi."
Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki
22 Ramadhan 1434 Hijrah
Masjid Al-Falah USJ 9
~dan ini pulak doa paling afdal untuk kita baca ~
Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang menghidupkan malam dan tergolong dalam golongan yang dikurniakan bertemu dengan Lailatul Qadr.
Wallahua'lam..
p/s : istiqamah bertarawih & qiamulail, insyaallah kita dipertemukan dengannya.
Terima Kasih Sebab Sudi Baca.
p/s : istiqamah bertarawih & qiamulail, insyaallah kita dipertemukan dengannya.
Terima Kasih Sebab Sudi Baca.
Perkongsian yg bermanfaat KB..
ReplyDeleteSemoga kita dipertemukan dengan malam al Qadar ni :)
cukup beruntung sapa dapat nooo...benda rahsia..xtaw bila..memang dipilih olehNya kalau sapa2 dapat.tu ja hakikatnya ;-)
ReplyDeletesesama kita tingkatkan amalan 10 malam terakhir ramadhan semoga kita dapat bertemu lailatul qadar yg diimpikan setiap org yg beriman..insya Allah.
ReplyDeleteNice sharing.. beruntung la bg sesiapa yg dipertemukan dengan Malam Lailatul Qadar nie..=D
ReplyDeleteMoga kita dapat bertemu dengan malam tersebut.. amin..
ReplyDeletepertikatkan amal kita dan semoga dipertemukan dengan malam tersebut...
ReplyDeleteMoga kita diberi peluang tersebut KB.
ReplyDeleteKakak dah ajar anak-anak kakak sejak malam pertama ramadhan lagi supaya jadikan zikir
'Allahumma afuwwun tuhibbul afwa fakfuanna' berkali-kali dan bila dah nak rehat akhiri doa itu dgn sambungan 'ya kareem'.. Ada kakak buat N3 berbentuk pantun.
Moga doa kita dimakbulkan KB. Amin...
Terima kasih atas perkongsian ini... Moga kita bertemu malam Al Qadr
ReplyDeleteSemoga kita menjadi insan terpilih KB..In Shaa Allah..
ReplyDeleteberuntung andai menjadi insan terpilih..perkongsian yang bermanfaat
ReplyDeletesama - samalah kita berusaha mencari ... semoga kita menjadi antara insan terpilih .
ReplyDeletesemoga kita dipertemukan dengan Malam Lailatul Qadr
ReplyDeletethanks for sharing sis...sama-samalah kita cari malam yang lebih baik dari seribu bulan ni
ReplyDelete