Friday, April 11, 2014

Resepi : Ayam Masak Halia

Assalamualaikum

Hai...

Biasanya hari-hari saya akan memasak. Jarang membeli sebab tukang makan ramai. Kalau ramai rasanya berbaloi masak dari membeli.... Sekali-sekala bolehlah makan lauk kedai.

Hari ni, tengahari dapat lauk free...mak kasi tapi cukup untuk tengahari je lah. Untuk makan malam kena masak.

Nak memasak tak jadi masalah, yang jadi masalah...idea dah kering. Menu apa nak makan.

Sebab badan dah letih, masa singkat, saya masak yang senang dan rugget-rugget jer. Tengok bahan apa yang ada...layan. Masak pun merempit sebab nak kejar masa. Tak de lah nak masak macam orang kenduri pulak memalam ni.

Jom tengok resepi rugget saya masak ayam halia.

Bahan-bahan: (untuk lima orang)
8 - 10 ketul ayam potong kecil-kecil
3 inci halia - hiris halus
3 biji bawang putih - hiris halus
1 biji bawang besar - hiris kasar
Serbuk kunyit
Perencah sup
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:
1) Ayam dibersihkan. Biasanya saya selalu masak dulu ayam dalam kuali tanpa air, biar sampai air ayam keluar. Ini untuk membuang rasa hanyir ayam. Air ayam tu saya buang.

2) Gaul ayam dengan garam, sedikit kunyit, dan sedikit perencah sup.

3) Guna sedikit saja minyak, apabila panas masukkan ayam tadi. Gaul-gaulkan ia sampai keseluruhan mengecut sedikit.

4) Masukkan halia, bawang putih dan bawang besar.

5) Gaul lagi, kemudian masukkan air. Biarkan hingga mendidih dan ayam betul-betul masak.

6) Masukkan sedikit gula. Kalau nak pedas tambah cili api.

# kalau korang suka boleh jugak tambah cendawan atau sayuran.

Tadaaa...dah siap ayam masak halia versi rugget saya!!



p/s: sebenarnya hari-hari update blog pun, boleh kering idea jugak....haish :(

Terima kasih sebab sudi baca.

3 comments:

  1. Terliur pula zumal tengok resepi ayam halia tu :)

    ReplyDelete
  2. wah wah.. idea berguna, terutama untuk yang macam zati ni, baru nak belajar masak. hehe.. thanks for the info akak! :)

    ReplyDelete
  3. kdg2 yg rempit tu la yg lg sedap KB..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^