Wednesday, April 9, 2014

KPSL N27: Tips Menjawab Soalan

Assalamualaikum

Hai.

Ada sesapa orang gomen ke? Bulan lapan ni ada exam KPSL N27. Hari ini saja lah nak bagi tips-tips jawab soalan. Macam mana nak jawab soalan esei yang berkesan. Cewah macam terror bebeno. Saya bukan lah pandai sangat untuk mengajar cara-cara menjawab soalan. Tapi berbekalkan pengalaman saya tahun lepas saya rasa boleh lah sikit-sikit berkongsi pengalaman. Yang saya hairan macam mana saya boleh kantoi Bahagian B sedangkan bahagian C yang tak berapa konfiden lulus tu... lepas pulak.

Tips Menjawab Soalan

1) Baca Buku dan Ulangkaji
Walaupun exam ni open book test, korang mesti baca buku at least satu round supaya korang tau serba sedikit maklumat yang terkandung dalam arahan-arahan dan pekeliling tu. Bila dah ada info, masa nak menjawab tu boleh recall kat mana nak mencari jawapannya.

2) Tagging/Tanda Topik-Topik Utama
Cara cenggini memang biasa orang buat. Saya pun buat gak supaya cepat nak dapat jawapan.

3) Baca dan Faham Kehendak Soalan
Apabila diarah oleh Ketua Pengawas Peperiksaan untuk tengok soalan, korang baca dulu semua soalan dan cari soalan yang betul-betul korang rasa boleh jawab. Tandakan dulu soalan-soalan tu.

4) Set Masa
Perkara ni saya selalu buat sejak sekolah lagi. KPSL kan kena jawab lima soalan dalam masa tiga jam so korang bahagikanlah masa tu kepada 35 minit untuk satu soalan. Pandai-pandailah adjust masa dengan tempoh mengarang tu jangan sampai ambil masa yang lebih sangat untuk satu-satu soalan.

5) Baca Bismillah
Setiap permulaan yang baik mula lah dengan Bismillahhirrahmannirahim agar mendapat keberkatan dari-Nya.  Bukan nak jawab exam saja tapi semua perkara memang dituntut untuk mengingati Allah.

6) Menjawab dengan Baik
Setiap soalan yang ditanya, korang kena kaitkan dengan fakta arahan, pekeliling, akta atau seksyen. Barulah jawapan korang tu mantop.
Contoh: Soalan berkaitan tuntutan elaun tugas rasmi.... mulakan dengan ayat seperti di bawah ni:
 Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil.3 Tahun 2005 perkara xx menerangkan bahawa......

7) Tengok kepada Markah
Sekiranya soalan tu direct question seperti 'Berikan...' atau 'Senaraikan...' dan korang tengok markah hanya 2 markah, 3 markah atau 4 markah.. selalunya saya akan beri jawapan dalam bentuk point-point sahaja. tak perlu tulis esei bagai.
Kalau soalan 'Jelaskan....' atau 'Bincangkan....' barulah tulis esei. Satu point saya akan tulis dalam satu perenggan dan diikuti dengan perenggan yang lain bagi point seterusnya. Selalunya soalan begini markah adalah 8 markah atau 10 markah.

8) Satu Soalan Satu Kertas Baru
Paham tak apa yang saya maksudkan ni? Macam ni... kan kita kena jawab lima set soalan. Sekiranya satu set soalan korang dah guna tiga muka surat maka untuk set soalan yang kedua tu korang mulakan dengan kertas baru. Jangan sambung di belakang muka surat soalan yang pertama tadi. Harap korang paham.

9) Tulisan Biar Kemas
Korang tulis kemas-kemas supaya mudah pemeriksa nak semak nanti. Tak cantik pun tak apa asal boleh dibaca ok.

10) Jawab Semua Soalan
Ini bukan bermakna jawab lapan-lapan soalan yang dikemukakan tu. Tapi jawab soalan yang korang telah pilih tadi. Jangan tinggal jawapan kosong sebab semuanya ada markah. Kalau tak tahu sangat jawab ikut rasional atau common sence. Kalau tak cukup masa cukup sekadar tulis point-point sahaja. Sekiranya betul, at least kita dapat juga markah walaupun sikit.

11) Cari Soalan Tahun Lalu
Saya pun pernah usha-usaha mencari soalan tahun-tahun lepas untuk dijadikan bahan rujukan dan persediaan menjawab. Korang boleh check kat sini kalau korang berminat. FYI ini bukan laman fb saya. Saya tak kenal pun sapa adminnya. Saja nak membantu  dan memberi info sahaja.

Emm rasanya itu saja tips dari saya yang boleh dipraktikkan. Saya pun belum lulus lagi Bahagian B. Harap kita semua lulus dengan baik. In Sha Allah.

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Surah Al-Asr: Ayat 1-3)

Terima kasih kerana sudi baca. :)

7 comments:

  1. Wah bagus tips ni KB.. tapi akak bukan orang gomen hehehe :)

    ReplyDelete
  2. tips yang baik bagi mereka yang kali pertama @ mengulang exam ni..
    Moga berjaya bagi yang akan mendudukinya.. ;)

    ReplyDelete
  3. bagus tuk mereka yg nk ambik exam ni...noe keje swasta... :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih....tips yang sangat berguna

    ReplyDelete


  5. :: Sharing is Caring ::
    Semua tips dan contoh menjawap soalan KPSL N27 ada di
    FB Page: KPSL N27 - Kompilasi Soalan
    https://www.facebook.com/KPSLN27

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas link tu,semoga bermanfaat kpd sesiapa yg perlukannya..

      Delete
    2. Terima kasih tips bermanfaat

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^