Tuesday, January 16, 2018

Minggu 48 :: Cuti Sekolah Sudah Bermula


Minggu pertama cuti persekolahan 2017, Abang Amir, Abang Daniel dan Kakak Mira duduk di rumah saja. Sementara Yusuf masih bertaska seperti biasa. Mama Papa kerjalah. Mana ada cuti macam cikgu sekolah. (-.-)

Hujung minggu pertama tu, kita cuci kereta yek, anak-anak. Nak berjalan pun, macam tak de semangat je sebab papa kerja. 

Ada aktiviti nak dikerjakan, taklah rasa bosan sangat berada di rumah. 


Cuci kome cuci,....jangan tak cuci. Cuci, bersih-bersih, ye!

Petang tu, mama bawa korang ke kolam renang. Kiranya, ini upah cuci kereta.

Panorama di kolam renang Kuala Kangsar

Daniel, Yusuf, Amirah. Bertiga sahaja. Abang Amir tak mahu mandi. Ramai orang, katanya....


Paling teruja si Yusuf. Kalau boleh tak mahu keluar dari kolam. Kalau diajak balik pun tak mahu...

Tapi, kena baliklah jugak. Hari dah nak maghrib, ye sayang-sayang semua. Lain kali datang lagi. Bukannya jauh pun....sepelaung ajer. hihi.














2 comments:

  1. Seronok anak2 KB dapat mandi kat kolam renang ya.Abang tu dah bujang tu dah malu agaknya .

    ReplyDelete
  2. Salam singgah dan follow :)

    http://www.akuseorangtraveler.com/

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^