Monday, January 15, 2018

Yusuf Minggu 47 : Konvokesyen 2017


Tarikh : 24 November 2017 (Jumaat)

- Majlis Konvokesyen TPKK 2017 berlangsung -
[Pengacara Majlis : Mama Miqa]

- Dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku - 

- Kemudian, disusuli dengan lagu 'Permata'

Menyanyi mengikut rentak, menari dan gerak-geri nya....

Tengok Yusuf, amboiiiiii bukan main lagi berjoget dengan bff (^_^). Girlfriend tu, partner Yusuf bersembang dalam kelas....potpetpotpet aje kalau dapat duduk dekat-dekat, kata teacher.

Habis nyanyi, mereka melaungkan ikrar. Bacaan diketuai oleh Adik Iman, murid 4 tahun...Bagus ye Iman ni, dah boleh hafal ikrar.

Selesai ikrar, ada bacaan doa [oleh ayah Adam], ucapan dari Pengerusi PBPI [ayah Syafi] , ucapan dari Penaung TPKK. Kemudian, tibalah acara yang dinanti-nantikan oleh semua parent termasuk mama - Persembahan dari anak-anak permata...

Mula-mula sekali, persembahan murid 2 tahun. Menari 'baby shark dododododo'.....kome! Yusuf, hujung sekali sebelah kanan. Berbaju oren. T-shirt tu, teacher yang order. Kami sebagai parent, tak tahu apa-apa, hari kejadian barulah surprised tengok t-shirt dorang.


- Sedang beraksi -

Lepas itu, ada persembahan murid 3 dan 4 tahun. Mama takde tempek gambar. Sorryyyyy......Habis persembahan, penyampaian hadiah pula. 

Memandangkan Yusuf belum grad, dapat hadiah aje lah. Murid empat tahun, dapat hadiah beserta plak dan sijil. Tiga orang murid empat tahun juga terpilih untuk menerima anugerah tokoh. Yusuf nanti, tunggu 4 tahun untuk menerima anugerah, jika ada rezeki di sini lagi. Itu pun, kalau terpilih...hahaha. Mama dah berangan!!

Sebelum berakhir, murid-murid ada persembahan khas dengan cikgu. Pemain gitar tu, salah seorang bapa anak permata. [ayah Imran, kawan sekelas Yusuf]. Ketika ini, Yusuf takde sebab sudah kena 'sawan lalak'. Waktu naik pentas ambil hadiah, Yusuf terpandang mama yang jadi dulang girl. Maka, turun pentas Yusuf melalak taknak duduk dengan teacher.

Akhir sekali, gambar beramai-ramai ibubapa, cikgu dan anak-anak permata termasuk penaung pun ada.

Cikgu-cikgu, penaung dan Naib Pengerusi PIBP [mama Hazrin], Taska Permata KK 2017

Acara potong kek dan makan tengahari.

Hadiah-hadiah, sijil, plak dan sijil anugerah khas tokoh.

Lagi gambar hadiah dan cenderahati untuk anak-anak. Semuanya diuruskan sendiri oleh parents. Pihak taska beri duit saja.



# Terima kasih dan kredit kepada jurugambar [ayah Indah] (^_^)












No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^