Sunday, October 1, 2017

Yusuf Minggu 33 :: Lagu dan Muzik Tradisional

#throwback story
#taska life 2017
#tema - negara saya


14/08/2017 (Isnin)
Aktiviti : Bermain permainan baru

" dapat tolong ticer keluarkan mainan sebab yusuf boleh menyanyi satu lagu...☺ " -teacher



15/08/2017 (Selasa)
Aktiviti : Mengecop menggunakan warna bendera Malaysia

" Kawannya Miqa bawa bendera. Yusuf sebut 'merdeka! merdeka!' . Nanti kita buat sambutan di taska ye" -teacher



16/08/2017 (Rabu)
Aktiviti : Kawad kaki

"Yusuf semangat berkawad dengan ticer, hehe.... Good job!



17/08/2017 (Khamis)
Aktiviti : Bermain alat muzik (keyboard), Teka-teki bunyi binatang

" excited main keyboard. Tak bagi kawan-kawan main. "-teacher



18/08/2017 (Jumaat)
Aktiviti : Mewarna bendera negeri Perak dan menonton video kerohanian



Saya oghang Peghok ☺










Yusuf Minggu 32 :: Kemerdekaan Negara

#throwback story
#taska life 2017
#tema - negara saya


07/08/2017 (Isnin)
Aktiviti : Bendera Malaysia
Mengenal bentuk dan warna

" Yusuf dah terror. Tapi ticer nak uji kawan-kawan lain, Yusuf yang tolong jawab. Ticer suruh diam, Yusuf pun jawab secara bisik-bisik untuk kasi tahu jawapan pada kawan.....hahaha. Adoi lah Yusuf. " -teacher



08/08/2017 (Selasa)
Aktiviti : Bendera Perak



09/08/2017 (Rabu)
Aktiviti : Mari bersenam








10/08/2017 (Khamis)
Aktiviti : Puzzle kemerdekaan dan menonton video Sarjan Hassan



11/08/2017 (Jumaat)
Aktiviti : Amali solat, berzikir dan Menyanyi lagu Tanggal 31

" waktu solat tadi, yusuf boleh pulak tunjuk gambar kawan kat dinding....hahaha. Ater, lepas tu semua kawan-kawan dah hilang fokus. " -teacher










Yusuf Minggu 31 :: Perayaan di Malaysia

#throwback story
#taska life 2017
#tema bula ini - negara saya



31/07/2017 (Isnin)
Aktiviti : Bercerita perayaan hari raya aidilfitri
"Semangat bercerita tentang hari raya dia...hehe. Katanya, pernah main bunga api..." -teacher



01/08/2017 (Selasa)
Aktiviti : Perayaan tahun baru cina
"Ternganga mulut tengok tarian singa....hehehe" -teacher



02/08/2017 (Rabu)
Aktiviti : Menari dan berzumba
"Semangat yusuf menari tapi bila sedar ticer ambil video, yusuf buat-buat jatuh pulak...." -teacher.



03/08/2017 (Khamis)
Aktiviti : membuat tanglung


"Yusuf ni kadang-kadang pemalu. Ticer suruh cuba pegang tanglung tapi malu. Bila ramai kawan-kawan dah pegang tanglung sendiri, baru yusuf nak join....hehe" -teacher.



04/08/2017 (Jumaat)
Aktiviti : menyanyi dan berzikir

"Bagus yusuf menyanyi kuat-kuat. Bersemangat! Dah boleh hafal lagu 'pick tomato' " -teacher









Yusuf Minggu 30 :: Kitar Semula

#throwback story
#taska life 2017
#tema alam fizikal


24/07/2017 (Isnin)
Yusuf tak datang taska. Mengapa? Mama pun dah lupa kenapa tak hantar Yusuf. Mungkin mama kursus atau Yusuf tak sihat. Entah ler.....

Aktiviti hari ni - bermain penyepit baju (fine motor skill). Gambar yusuf takde lah sebab tak datang school.



25/07/2017 (Selasa)
Aktiviti : Bergotong-royong mengutip daun kering di taman.


26/07/2017 (Rabu)
Aktiviti : Bowling Tin
'Yusuf baling banyak kali untuk jatuhkan tin....hehe. Mula-mula pelahan je baling, bila dah satu tin jatuh baru Yusuf baling kuat-kuat. Good job!" -teacher





27/07/2017 (Khamis)
Aktiviti : Main lego je....sebab teacher shikin cuti. 😊


28/07/2017 (Jumaat)
Aktiviti : Amali solat


'Buat dengan baik. Good boy' -teacher









Yusuf Minggu 29 :: Sambutan Hari Raya, Hari Ibu & Bapa serta Hari Guru

#throwback story
#taska life 2017
#jumaat minggu 29


21/07/2017, 3:00 petang, Ohsem Cafe

 Acara dimulakan dengan persembahan pelajar taska - Lagu Raya Jalil Hamid (lupa tajuk). Masa datang, Yusuf tidur....bila ticer mintak bersedia untuk buat persembahan, dia meraung nak kan mama. Bukan Yusuf saja, tapi kebanyakkan anak-anak macam tu sebab masa ni time tidur mereka.....😴😴😴


Lepas tu, acara potong kek pulak. Kami nyanyi lagu 'Allah selamatkan kami' 😁😁😁

Dah potong kek, kami menjamu selera. Makanan, petang tu disediakan oleh pihak cafe - nasi beriani, ayam masak merah, air sirap bandung. Siap packed. Kami tak makan pun sebab makanan pot luck dari ibu bapa....ya ampun banyak dan sedap belaka! (tak ada gambar)

Lepas makan, ada games.

Games bapa - meniup belon hingga pecah. Dan ada surprise, salah satu antara belon itu ada kertas di dalamnya untuk hadiah special ☺

Games ibu - 'musang berjanggut'. Mengasingkan lima jenis bahan masakan mengikut kategori. (Biji sawi, sagu, kacang hijau, kacang merah dan beras.
Mama tak menang, hehe.

Games cikgu - memindahkan cotton ball ke piring lain menggunakan straw dalam tempoh beberapa saat ye. Dah lupa jugak.

Penyampaian hadiah kepada ibu, bapa dan cikgu yang menang acara games tadi.

Penyampaian cenderahati kepada cikgu sempena Hari Guru.

Kemudian, ada penyampaian cenderahati kepada ibu dan bapa sempena Hari Ibu dan Hari Bapa. Ambil hadiah dan terus bergambar atas pentas.

Anak-anak taska tak ada hadiah lah ya tapi mereka dapat duit raya dari taska. Ada juga parents yang ambil kesempatan beri duit raya pada petang itu.

Kemudian, cikgu buat hadiah surprise. Teka tajuk lagu raya dengan penyanyinya sekali. 10 hadiah tapi satu pun mama tak dapat jawab....haha. Lagu biasa dengar tapi tak tahu tajuk. Tahu jawapan tapi lembab pulak nak angkat tangan....emm so sad.
Akhir sekali, surprise jugak dari cikgu. 2 hadiah untuk pakaian cantik, lelaki dan perempuan. Anak saja, makpak tak kira.

Dah habis semua acara yang dirancang, maka majlis pun selesai.
Kami pun balik dengan beg plastik berbondong-bondong kerana makanan tersangatlah banyaknya tak terhabis nak dimakan.


Ulang tayang sekali lagi kek kami. Ada yang tak kena di situ.
Perasan tak?
😊😊😊