Assalamualaikum
Kalau menengokkan follower blogger yang ini, memang ramailah ye. Pasti ramai juga yang mengenali beliau termasuk aku.
Ada ke sesiapa yang tak kenal dengan Mak ni lagi? Meh-meh sini aku nak kenalkan.
Aku pun sebenarnya baru ajer kenal beliau. Rasanya belum sampai setahun pun. Tapi dia punya kenal dah macam pernah bersua muka. Ramah-tamah bila mengomen, alahai panjang berjela jugaklah. Siap tinggalkan tanda seru lagi untuk aku bagi jawapan...Tak gitu Mak? ^_~
Pada mulanya aku saja-sajalah menyapa beliau dan beri salam perkenalan. Tak lama lepas tu, beliau membalas kunjungan dan tinggalkan jejakkasih nya. Bukan setakat mengomen entri terakhir, malah dibalunnya terus 3-4 entri sekali dikomennya. Memang rajin lah si blogger ini mengeratkan silaturrahim, gitu! Paling terharu, dok mengajar buat jemput-jemput kurma, hahaha T___T
Blog beliau sangat santai. Ayat-ayatnya bersahaja. Gaya menyembang ajer. Takde lah susah nak memikir, pasti faham apa yang disampaikan. Kadang-kala bila terkeluar bahasa 'jaws' nya, alamak! memang tak dapeklah nak nolong. Kaum kerabatnya ajerlah yang faham! Aku cuma sempat belajar dari arwah Tok, - sici, loro, telu, papat jer...^_^
Genre keluarga dan aktiviti harian yang paling banyak diluahkan. Kalau setakat masak rentung, atau kek runtuh itu bukanlah sesuatu yang pelik diblognya. Relaks ajer bagi beliau untuk berkongsi dengan rakan-rakan alam maya. Woi, woi, jangan marah, Mak!
Perkara yang selalu menjadi buah mulut jiran-jirannya ialah selfie-melfie. Memang itu sudah sinonim dengan jiwa Mak agaknya, ye. Adakalanya tahap kelakar sampai orang nak muntah hijau. Aduhailah Mak oiii!.
"Kalau saya baca kisah Mak di pejabat, officemate boleh kata saya mereng gelak sorang-sorang depan desktop, tau Mak!."
Tak kering gusilah kalau baca celoteh Mak ni. Idok pulok jemu nak datang lagi, walaupun nak muntoh ijo, katanya! Itu belum lagi sawan dia menular satu badan. Pitam kawan-kawan dia membaca!
Maka, aku letakkan blog hainomOKje salah satu bloglist di blog aku. Cumanya, sekarang ni, aku agak sibuk. Banyak dah ketinggalan episod cerita beliau.
Ni ha, antara selfie Mak yang buat aku mengekek sorang-sorang sampai terjangkit sawan Mak kat aku!
Dalam pada sibuk tu, hari ini aku ambil sikit kesempatan nak berkongsi kegembiraan dek kerana esok anniversary beliau ke-21, katanya.
Lama dah bertahan tu ya, Mak. Pelbagai asam garam kehidupan dah dilalui. Moga-moga ikatan perkahwinan dan jodoh kalian diberkati Ilahi dan dilimpahi barakah setiap masa hingga ke akhir hayat.
p/s: Eh! Mak, hari ni malam Jumaat. Mengelupur satu badan kalau dengar, dapat 'kambing' katanya!, kan Mak?? ^___^
Kalau menengokkan follower blogger yang ini, memang ramailah ye. Pasti ramai juga yang mengenali beliau termasuk aku.
Ada ke sesiapa yang tak kenal dengan Mak ni lagi? Meh-meh sini aku nak kenalkan.
Aku pun sebenarnya baru ajer kenal beliau. Rasanya belum sampai setahun pun. Tapi dia punya kenal dah macam pernah bersua muka. Ramah-tamah bila mengomen, alahai panjang berjela jugaklah. Siap tinggalkan tanda seru lagi untuk aku bagi jawapan...Tak gitu Mak? ^_~
Pada mulanya aku saja-sajalah menyapa beliau dan beri salam perkenalan. Tak lama lepas tu, beliau membalas kunjungan dan tinggalkan jejak
Blog beliau sangat santai. Ayat-ayatnya bersahaja. Gaya menyembang ajer. Takde lah susah nak memikir, pasti faham apa yang disampaikan. Kadang-kala bila terkeluar bahasa 'jaws' nya, alamak! memang tak dapeklah nak nolong. Kaum kerabatnya ajerlah yang faham! Aku cuma sempat belajar dari arwah Tok, - sici, loro, telu, papat jer...^_^
Genre keluarga dan aktiviti harian yang paling banyak diluahkan. Kalau setakat masak rentung, atau kek runtuh itu bukanlah sesuatu yang pelik diblognya. Relaks ajer bagi beliau untuk berkongsi dengan rakan-rakan alam maya. Woi, woi, jangan marah, Mak!
Perkara yang selalu menjadi buah mulut jiran-jirannya ialah selfie-melfie. Memang itu sudah sinonim dengan jiwa Mak agaknya, ye. Adakalanya tahap kelakar sampai orang nak muntah hijau. Aduhailah Mak oiii!.
"Kalau saya baca kisah Mak di pejabat, officemate boleh kata saya mereng gelak sorang-sorang depan desktop, tau Mak!."
Tak kering gusilah kalau baca celoteh Mak ni. Idok pulok jemu nak datang lagi, walaupun nak muntoh ijo, katanya! Itu belum lagi sawan dia menular satu badan. Pitam kawan-kawan dia membaca!
Maka, aku letakkan blog hainomOKje salah satu bloglist di blog aku. Cumanya, sekarang ni, aku agak sibuk. Banyak dah ketinggalan episod cerita beliau.
Ni ha, antara selfie Mak yang buat aku mengekek sorang-sorang sampai terjangkit sawan Mak kat aku!
![]() |
| Amboi! mengada sangatlah kalau tengok yang ini tau... |
Lama dah bertahan tu ya, Mak. Pelbagai asam garam kehidupan dah dilalui. Moga-moga ikatan perkahwinan dan jodoh kalian diberkati Ilahi dan dilimpahi barakah setiap masa hingga ke akhir hayat.
![]() |
| Yang ini, satu lagi agenda mengada! Aduh..tak tahan dah ni! PakJilapah jangan marah. |
HAPPY ANNIVERSARRY KE-21 UNTUK
HAINOM DAN SUAMI