#throwback story
#taska life 2017
#tema alam fizikal
10/07/2017 (Isnin)
Aktiviti : Mengenal ABC dan puzzle foam
"Yusuf ikut apa yang ticer sebut. Pandainya....hehe. Nanti kita baca ABC lagi, ok. 😊" -teacher
11/07/2017 (Selasa)
Aktiviti Nature Walk : bercerita awan dan langit.
"Ticer tanya awan warna apa? Yusuf jawab, warna hijau...hehehe. Lepas tu, ticer bagi main taman sebab dah janji dengan dia. ☺" -teacher
12/07/2017 (Rabu)
Aktiviti Fizikal : Basketball
"Seronok sangat dapat baling bola ke jaring, walaupun tak gol...haha. Bila dah turunkan ketinggian baru Yusuf dapat jaringkan gol. Yeahhh...seronok sangat ni!
13/07/2017 (Khamis)
Hari Perjumpaan Dengan Ibu Bapa untuk Tandatangan Rekod Perkembangan (6 bulan pertama)
Hari ni mama pergi taska dengan papa berjumpa Teacher Shikin. Berbincang perkembangan Yusuf di taska.
Alhamdulillah, Yusuf boleh suaikan diri dengan pembelajaran di taska. Menurut ticer, yusuf lebih advance dari rakan-rakan sebayanya. Kata ticer lagi, kadang-kadang ticer jadi risau kalau yusuf cepat bosan sebab apa yang ticer ajar yusuf dah tahu dulu.
14/07/2017 (Jumaat)
Aktiviti : Latihan persembahan untuk sambutan hari raya taska
"Yusuf nak nyanyi tapi tak tahu lirik. Sudahnya tengok je video klip." -teacher
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^