Hari ni dah penghujung bulan Zulkaedah. Sikit hari lagi kita dah nak menyambut Aidiladha pula. Entri ini ialah kisah Aidilfitri yang lepas. Apakah halnya, baru nak up entri hari raya.....kuang-kuang-kuang (^_^).
Sebenarnya, mama Yusuf nak beritahu bahawa minggu ke-26, taska anaknya cuti seminggu kerana menyambut Aidilfitri. Maka, aktiviti Yusuf di minggu tersebut hanya di kampung beriang-gumbira dengan keluarga. Eh! itu pun nak diceritakan. Ada sesiapa kesah?
Tak ada apa nak disembangkan pun dek kerana sudah beberapa bulan berlalu. Bila dibelek-belek gambar, hanya ini saja yang tersimpan rupanya.
Di pagi hari raya selepas balik menunaikan solat Aidilfitri
Opah dan Atok serta sebahagian adik-beradik mama.
Tahun 2017, kami sekeluarga berhari raya sepenuhnya di kampung mama.
Kami empat beradik perempuan di halaman rumah nan hijau, berlatar-belakangkan sungai Peghok. Lima yang lelaki, ada yang beraya di kampung mertua, yang ada di sini pun siksa betul nak ditangkap untuk bergambar.
Blue's Gang
Kebetulan - tahun ni ramai pulak yang memilih warna biru termasuklah keluarga kami.
Lima keluarga - Sebelah petang 1 Syawal sibuk pulak nak bergambar di Victoria Bridge. Bila sampai sana, mak aii ramai sungguh umat manusia dari pelosok mana entahlah. Sekarang ni, style orang nak bergambar nature background berbanding dulu, ambil gambar dalam studio, kan. Kami berdiri kat bawah jambatan saja dek kerana ramai sangat orang kat atas. Kot-kot roboh jambatan tu, mengundang padah aje!
Kami sekeluarga - Papa waktu petang baru nampak muka. Pepagi, papa keroje mencari nafkah (^_^)
Gambar ni, bukan jalan-jalan melawat masjid ya. 2 Syawal, kami beraya ke rumah sanak-saudara Atok. Kebanyakannya, tinggal di sekitar berhampiran masjid ini. Ambil ler gambo, sementara menunggu Atok dan Opah tak habis lagi berborak.
Istana lama - bersebelahan dengan Masjid Ubudiah.
Gambar-gambar Yusuf di hari raya.
Haruslah tema baju Raya biru tahun ni, maklum rumah pun bercat baru. Biru pulak tu. Tak gitu?
ReplyDeleteJenuh le cari kome gambar yg pertama tu KB. Rupanya kome mencangkung dgn Yusuf hihi.