Sunday, October 8, 2017

Yusuf Minggu 39 :: Kenderaan Awam

#throwback story
#taska life 2017
#tema kenderaan


25/09/2017 (Isnin)
Aktiviti 1 : Bercerita pengalaman menaiki keretapi

Aktiviti 2 : Latihan persembahan untuk majlis konvokesyen
"Yusuf menari tak boleh setempat. Mesti ambil ruang yang besar....haha"



26/09/2017 (Selasa)
Aktiviti 1 : Melawat Kawasan Tempat-tempat Kenderaan Awam


Jalan-jalan naik kereta ticer


(1) RAILWAY STASTION



"Banyak yang Yusuf tanya...bila nak jumpa keretapi"





"Yusuf suka mengira sewaktu menuruni anak tangga"

(2) BUS STATION



Lepas melawat kenderaan awam, mereka meronda ke Istana Kenangan pula.....😊




Balik taska, mereka menjamu selera makan tengahari sebelum tidur. Mesti penat bercampur gembira dapat jalan-jalan naik kereta. Entah-entah terbawa-bawa dalam mimpi agaknya 😊

Makan

Aktiviti petang : Latihan persembahan.


27/09/2017 (Rabu)
Aktiviti 1 : Sensory Play

Aktiviti 2 : Teksi oh Teksi



28/09/2018 (Khamis)
Aktiviti : Eksperimen belon

Isi soda bikabornat ke dalam belon, dan cuka ke dalam botol. Masukkan permukaan belon ke lubang botol dan jatuhkan soda ke dalam botol. Tindakan soda dengan cuka menyebabkan belon mengelembong ☺


Aktiviti 2 : Menguntai manik



29/09/2017 (Jumaat)
Aktiviti 1 : The wheel on the bus
"Yusuf buat pergerakan ketika menyanyi. Good job, Yusuf!

Aktiviti 2 : Latihan persembahan







Yusuf Minggu 38 :: Kenderaan Air dan Udara

#throwback story
#taska life 2017
#kenderaan


18/09/2017 (Isnin)
Aktiviti : Origami Kapal Terbang
"Bersemangat Yusuf nak terbangkan kapal terbang dia. Maaf ler ticer buat kapal terbang kertas aje....😊"


19/09/2017 (Selasa)
Aktiviti : Jom Berbasikal di Taska






"Yusuf excited nak naik basikal. Ticer beri duduk belakang kawan. Lepas tu, ticer bagi peluang Yusuf kayuh basikal. First time  Yusuf naik, tak takut langsung. Yusuf cuba kayuh tapi kaki tak sampai pada pedal...hehehe. Tak pe, lama-lama nanti mesti pandai."



20/09/2017 (Rabu)
Aktiviti fizikal : Bermain pistol air
"Paling excited bila ticer cakap nak main pistol air. Berlari sakan dengan kawan main tembak-tembak. Kali ni dah pandai menyorok."

Aktiviti 2 : Mari Merwarna



21/09/2017 (Khamis)


Hari ni, pagi-pagi mama bawa Yusuf pergi klinik untuk check-up dua setengah tahun. Lepas tu, terus balik rumah. Mama bercuti. Yusuf pun cuti juga dari taska.....hehe


22/09/2017 (Jumaat)
TASKA CUTI SEMPENA MAAL HIJRAH 1439H










Yusuf Minggu 37 :: Kenderaan Air

#throwback story
#taska life 2017
#tema kenderaan


11/09/2017 (Isnin)
Aktiviti 1 : Menyambung Chu-Chu The Train Part II

Aktiviti 2 : Mengenal kenderaan air



12/09/2017 (Selasa)
Aktiviti 1 : Sampan ku

Aktiviti 2 : Photoshoot Pre-Convocation








13/09/2017 (Rabu)
Aktiviti Fizikal : Membawa bola menggunakan gelung.
"Yusuf boleh jalan secara mengundur ketika menarik bola"
"Masih aktif walaupun kurang sihat. Semangat Yusuf ni..."









14/09/2017 (Khamis)
Yusuf tak datang taska kerana demam


15/09/2017 (Jumaat)
Aktiviti : Dart board magnet
"Percubaan pertama Yusuf kurang yakin. Tapi boleh lakukan tiga balingan dart. Good job!"

Aktiviti 2 : Berzikir dan nasyid













Saturday, October 7, 2017

Yusuf Minggu 36 :: Kenderaan Darat

#throwback story
#taska life 2017
#tema kenderaan


04/09/2017 (Isnin)
Taska tutup sempena cuti umum Kemenangan Malaysia dalam Sukan SEA. Yusuf ikut mama ke office kerana mama terpaksa juga kerja walaupun cuti.





05/09/2017 (Selasa)
Pagi : Pemeriksaan gigi

Nurse : Yusuf punya gigi ok cuma kena rajin gosok gigi.

"Ticer ambil gambar, dia siap buat peace lagi, hehehe"


Aktiviti 1 : Pengenalan kepada kenderaan darat.
"Yusuf bagitau, Yusuf datang sekolah naik bas...hehehe. Teringin naik bas ke apa ni? -teacher

Aktiviti 2 : The tractor



06/09/2017 (Rabu)
Aktiviti fizikal : Bermain pistol air






"Seronok dapat main pistol. Genggam kuat sewaktu menembak. Tuju pada tempat yang betul. Berperang dengan ticer"


Aktiviti 2: Kereta beroda empat



07/09/2017 ( Khamis)
Aktiviti : Kereta vs Basikal
"Sewaktu melihat kereta ticer, Yusuf ajak kawan-kawan main taman......alahai Yusuf. Banyak akai sekarang ni!."




08/09/2017 (Jumaat)
Aktiviti 1 : Chu-Chu the train
"Sewaktu mewarna bekas telur, Yusuf tak tengok pada bekas telur tu tapi tengok tempat lain. Tapi tangan masih mengecat....Mujur siap juga. ☺"








Yusuf Minggu 35 :: Sambutan Kemerdekaan

#throwback story
#taska life 2017
#tema negara saya


28/08/2017 (Isnin)
Aktiviti : Bermain belon menggunakan raket.
"Yusuf dapat sambut belon sebelum belon jatuh ke lantai" -teacher

Aktiviti : Lompat bintang
"Yusuf kira 1-10 ketika lompat bintang. Yeahh...Yusuf bijak. ☺ -teacher




29/08/2017 (Selasa)
Aktiviti : Perbarisan dan menyanyikan lagu kebangsaan
"Semangat Yusuf menyanyi lagi 31 Ogos....hehe" -teacher





Masing-masing memakai topi yang dibuat sendiri pada minggu lepas



30/08/2017 (Rabu)
Aktivit fizikal : Bermain di taman

Sebelum main di taman, isi perut dulu dengan nasi lemak. Barulah kuat dan bertenaga.

Beratur







Minggu ni, hari Khamis dan Jumaat, taska cuti kerana Hari Kebangsaab dan Aidiladha