Friday, August 11, 2017

Yusuf Minggu 24 :: Photoshoot Raya

Jumaat, 18 Zulkaedah 1438H

Tema minggu ni masih 'DERIA' cuma hari Khamis mereka ni ada photoshoot raya. Habislah semua anak-anak wajib pakai pakaian raya ke taska. Yusuf pakai baju melayu yang selalu dipakai tu lah, warna hijauuu (^_^).


Isnin (12/6/2017)
Cuti - Nuzul Al-Quran


Selasa (13/6/2017)
Bermain alat muzik dengan arahan cikgu. Bila cikgu sebut 'stop!', semua kena berhenti. Kemudian, main semula, dan 'stop!'..... (I can hear)


Rabu (14/6/2017)
DIY playdough bersama cikgu dan bermain playdough. Pernah buat juga di awal tahun dulu. [KLIK SINI] - (i can feel)


Khamis (15/6/2017)
Photoshoot raya


Dengan cikgu-cikgu

Dengan kawan-kawan dua tahun

Beramai-ramai dengan kakak-abang tiga dan empat tahun

M : Eh! Yusuf, kenapa buat macam tu?
Y : Ucuf nyanyi 'oooo balik kampuuunggg.....'



Jumaat (16/6/2017)
Macam sealu, hari Jumaat - amali solat   (T___T)










Yusuf Minggu 23 :: Deria - I Can Feel

Jumaat, 18 Zulkaedah 1438H







Isnin (5/6/2017)



Selasa (6//6/2017)
Membuat teropong daripada tisu roll (i can see)


Rabu (7/7/2017)
Mengisi air ke dalam cawan menggunakan span. (i can feel)

Aktiviti petang :
Sambung kerja-kerja buat teropong


Khamis (8/6/2017)
Meniup air menggunakan straw (i can feel)


Jumaat (9/6/2017)
Bermain lego

p/s: semua aktiviti minggu ini takde gambar. Al-maklumlah bulan puasa, cikgu-ckigu keberatan nak ambil gambar agaknya. hehehe





Wednesday, August 9, 2017

Yusuf Minggu 22 :: Deria - Melihat

Rabu, 16 Zulkaedah 1438H

Perhatian : Entri ni panjang dan banyak gambar ye. Sorry!


TEMA MINGGU INI :-
Bulan Mei, temanya masih BUNGA. Kemudian bersambung bulan Jun dengan tema - DERIA : Saya boleh melihat, mendengar, menghidu, menyentuh dan rasa.

Isnin (29/5/2017)

Sekuntum bunga merah [takde gambar]


Selasa (30/5/2017)
Tenggelam vs Timbul

Bereksperimen peralatan berat dan ringan di dalam air. Jika berat, tenggelam. Jika ringan, timbullah ia. Yusuf sangat excited bila lihat bola timbul dalam air! (^_^). Saya boleh cerita aje lah, takde gambar nak tunjuk.


Rabu (31/5/2017)
Eksperimen dengan bunga pulak.

Bahan-bahan diperlukan:
- Bunga hidup (sebaik-baiknya warna putih)
- Pewarna makanan
- Air
- Bekas untuk mengisi air dan bunga

Cara-caranya:
Campurkan pewarna makanan ke dalam air dan rendam bunga yang bertangkai semalaman.


Bersedia untuk mulakan eksperimen


Bermain dengan bunga

Menyusun dan mengira kuntuman bunga

Keputusan :
Bunga putih bertukar warna kemerah-merahan
Eksperimen berjaya. (^_^)



Khamis (1/6/2017)
Aiskrim berwarna
Belajar mengenal warna [takde gambar]



Jumaat (2/6/2017)
Amali solat dan nature walk

-qiam-

-sujud-

-tahayatul akhir-



Lepas solat dhuha (hehehe), mereka berjalan-jalan di perkarangan taska.

'Melihat' bunga menggunakan kanta pembesar

Mencari dan 'melihat' serangga kecil

'Melihat' dan mengenal warna bunga









Tuesday, August 8, 2017

Yusuf Minggu 21 :: Bunga 🌺🌺🌺

Selasa, 15 Zulkaedah 1438H

Terima kasih kepada sahabat alam-maya yang sudi bertandang ke sini dan memberi komen. Saya belum sempat untuk blogwalking, apatah lagi mengomen entri korang.

Saya tak ada cerita untuk dikongsikan. Entri saya sekadar menyimpan aktiviti-aktiviti mingguan Yusuf di taska yang dah banyak ketinggalan. Harap-harap boleh kejar sampai hujung tahun. (^_^)

Sajalah simpan di sini untuk kenangan Yusuf di kala mamanya sudah tua nanti.


TEMA MINGGU INI : BUNGA

Isnin (22/5/2017)
Sambung aktiviti sebelumnya - tema buah

Mencucuk potongan buah naga menjadi sate [takde gambar]


Selasa (23/5/2017)
Menampal bunga dan daun di atas kertas [takde gambar]


Rabu & Khamis (24 - 25/5/2017)
Membuat kad istimewa

cap daun-daun pokok menggunakan ibu jari

menampal kertas ' I love My Mom '


kawan-kawan Yusuf

Kad istimewa - 'Kad Hari Ibu', katanya. Yusuf bawak balik untuk beri pada mama.



Jumaat (26/5/2017)

Belajar berwudhuk [takde gambar]













Friday, August 4, 2017

Hujan

Assalamualaikum

Saya kembali seketika memecah kesunyian blog yang semakin sunyi sepi.....

Subuh tadi hujan rahmat di hari Jumaat turun selebat-lebatnya.
Alhamdulillah, sebab dah lama tak hujan.

Yusuf dan kawan-kawan di taska nyanyi lagu hujan
sempena meraikan hujan yang turun
(^__^)

Meh ler dengar


Tip-tap tip-tap hujan dah turun
Tip-tap tip-tap baju dah basah
Mari kita ambil payuuugg

Hehehe, ok tak mereka menyanyi?

Bye-bye