Saturday, February 27, 2016

Amirah Kumpul Pingat....Daniel Joget-Joget

Assalamualaikum

Hai, kembali bersiaran. Nampaknya blog aku ni belum mampu lagi nak up entry setiap hari. Saban waktu asyik terkejar-kejar. Mana yang perlu didahulukan kenalah ditunaikan dulu. Dalam kekalutan tu, aku menyempatkan diri mencuri sikiiiit masa untuk menyimpan kenangan anak-anak.

Khamis 25 Feb, aku kerja half day. Cadangan asal, lepas dapat pelepasan balik awal terus balik rumah, makan tengahari, solat dan terus gerak ke sekolah. Sebab nak menyaksikan Amirah dan Daniel dalam acara sukan balapan dan padang.

Saat akhir terpaksa tukar plan bila amirah kata cikgu suruh 1.30 dah ada di sekolah semula untuk persediaan pakaian. Mama yang dapat pelepasan pukul dua, kena ambil amirah daniel yang keluar pukul 12 tengahari, bawak balik rumah, suruh diorang mandi2, bersiap semula, terus angkut ke pejabat.

Makan dan solat di pejabat sementara menunggu mama selesaikan kerja. Nasi bungkus pun ala kadar sahaja untuk alas perut. Bila ke kantin semua sudah kehabisan. Pada hal di rumah sudah dimasak segalanya, akibat kelam kabut, semua tak ingat dah.

Selesai zohor kami keluar, mama hantar mira daniel ke sekolah dan mama terus ke rumah. Pukul tiga baru mama datang semula ke sekolah. Yusuf ditinggalkan dengan opah. Macam hari biasalah, lepas pukul lima baru ambil dia. Amir pulak, diajak tak mahu ikut. segan katanya nak jumpa junior.

Sebaik sampai, perbarisan lintas hormat sudah dimulakan. amirah mewakili rumah merah, mengetuai rumah-rumah lain. sayangnya, mama terlepas nak tengok mira dari jarak dekat. Nun jauh di sana...di hujung padang.


Daniel ambil bahagian dalam acara tarian di waktu selingan. seronok jugak tengok anak-anak kecil menari pom-pom. teringat zaman aku sekolah dulu, bila sukan, masuk juga menari pom-pom macam ni.

Tarian sedang berlangsung. ramai betul ibu bapa yang merakam video dan gambar. mama gagahkan diri ambil gambar dari celah-celah manusia yang ramai tu.

Hari kejadian, hanya larian padang saja dipertandingkan dari murid2 pra sekolah sampai tahun 6, lelaki dan perempuan. Amirah sekali lagi ambil bahagian lari 4 x 100 meter perempuan.

Acara lain, larian antara murid dari sekolah lain. Pertandingan ibu bapa - lari dengan tempurung. Mama tak masuk pun. Segan lah dah tua. Cabutan bertuah pun ada kepada tetamu yang hadir. Nombor mama 146, tak dipanggil. Tak bertuah lah nampaknya.

Masa tengah tengok2 acara, mama dapat seorang makcik ni...yang duduk di sebelah. mesra betul berbual. sebagai menghormat dia, mama simpan gajet di tangan. sambil2 bersembang tu, hanya saksikan saja apa yang sedang berlangsung di padang.

Tengok amirah berlari, memintas rakan dari rumah lain. tak pulak merakam saat itu.

Balik rumah ini saja yang dapat dirakam. Pingat perak, naib johan 4 x 100 meter tahun 5 perempuan.
Sebelum kejohanan, sudah beberapa pertandingan telah diambil kira. Untuk amirah, lontar peluru - pingat perak dan lari 200 meter perempuan - pingat gangsa. Tahniah!

Awal Februari dulu, telah diadakan school run sebagai aktiviti tahunan sekolah. dalam ratusan murid tahun 4 hingga 6 tu, amirah dapat nombor 7. Antara 10 yang terbaik. Dapat pingat emas.

Terkejut jugak mama. Kalau mama dulu, antara yang terakhir kot. Lastly, dah lembik....naik kereta cikgu, balik ke sekolah. haha kenangan betul....

Berjanji dengan opah ambil yusuf pukul lima tak kesampaian. Kerana menunggu amirah ambil medal, 5:40 baru boleh bergerak dari sekolah. Hari Jumaat, dianugerahkan cuti sekolah. hip-hip hurray lah budak-budak.

~ zaman aku sekolah tahun 80-an dulu, acara sukan adalah sukaneka, lari dalam guni, bawa bola dalam sudu dan seumpamanya. hadiah-bekas minuman & makanan atau alat tulis. sekarang, semua dah berubah. canggih ikut peredaran masa ~
Setuju tak ?

Wednesday, February 17, 2016

Rezeki Kami Minggu Lepas

Assalamualaikum


Keropok Ikan

Pemberian adik perempuan saya. Cuti CNY, dia ke Kelantan membawa anak-anaknya menziarahi pusara arwah ayah mereka. CNY tahun lepas juga ke sana atas tujuan yang sama tapi naik bas. Tiada kekuatan untuk memandu kerana masih baru kehilangan yang tersayang. Tahun ini pulang bawa kereta sendiri, bolehlah membeli ole-ole dari sana. Sedikit diagihkan kepada saya.


Lipstik/Lip Balam Simply Pretty Avon

Ini juga dari adik perempuan saya. Niat di hati membeli satu sahaja tapi dapat dua. Jenis sama. Satu diberikan kepada saya juga.

Baju Untuk Yusuf

Adik ipar (isteri adik lelaki saya yang keempat), datang ke rumah mak. Sambil-sambil itu, melihat Yusuf yang diasuh oleh mak. Petang, semasa nak mengambil Yusuf, terkejut saya apabila dititipnya beberapa helai baju dan seluar untuk Yusuf.

Tudung Untuk Mira

Kak Ju kenalan saya di pejabat yang memberi. Katanya tudung ni kepunyaan anaknya yang belajar di IPT. Bila dibeli tak berkenan pulak. Hanya pakai sekali dua, terus disimpan. Teringat pada saya yang ada seorang gadis sunti, shawl dan halfmoon telah bertukar tangan. Boleh lah, buat pakai harian.

Asam Gelugur

Selain tudung, ini juga pemberian Kak Ju. Di rumahnya ada pokok asam gelugur. Maklumlah rumah kampung. Buah melambak-lambak yang gugur. Dia buat asam keping dapat bertalam-talam. Teringat juga pada saya, hari Jumaat lepas dibawa ke pejabat dan diberikan pada saya.

Ikan Sembilang

Semalam, lepas habis waktu kerja terus ke kedai adik lelaki saya yang ketiga. Dia berniaga ikan, sayur dan barang runcit. Niat nak membeli ikan. Sudahlah membayar ikan dengan harga modal sahaja, diberi pula seekor ikan sembilang ini. Katanya, buat asam pedas sedap ni. 

Halia

Tak pernah membeli sebanyak ini. Selalu beli sedikit-sedikit sahaja. Adik yang berniaga juga yang memberi. Setelah dipilih-pilih, halia yang kecil-kecil ini tak sesuai untuk dibuat jualan. Tapi masih boleh digunakan untuk masak sendiri. Diberikan kepada saya. Ambillah bawak ballik, katanya.




Itulah dikatakan rezeki. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Alhamdulillah, Allah hadirkan orang yang baik-baik di kalangan saya anak-beranak. Semoga rezeki mereka juga dilipat gandakan oleh-Nya. InsyaAllah.

Tuesday, February 16, 2016

Sarapan Yang Paling Mudah dan Pantas

Assalamualaikum

Pagi ini saya buat sandwich ayam untuk sarapan anak-anak ke sekolah. Tak susah nak menyediakannya. Sebab ada ayam goreng berbaki lebih makan malam semalam, saya simpan untuk buat sanwich.

Ayam itu saya potong2 atau carik-carikkan isinya. Kemudian tambah mayonis dan serbuk lada hitam kasar. Tambah sos cili sedikit sebab anak-anak suka. Kalau saya, tak letak sos dah sebab sos tu akan mematikan rasa mayonis. Gaul rata.

Roti disapu majerin/mentega. Letak isi ayam, tutup dengan sekeping roti lagi dan potong dua. Siap!


Sandwich ayam.

Simple sahaja. Boleh tambah salad atau timun. Saya tak letak sebab tak ada stok. Sarapan yang dijamin senang, jimat masa dan berkhasiat untuk anak-anak ke sekolah.

Cubalah.

Monday, February 15, 2016

Resepi Donut Yang Sangat Gebu

Assalamualaikum

Cuti hari sabtu saya dan anak-anak buat donut. Suka sangat budak-budak tu sebab donut kuih kegemaran mereka. Selalunya, bila petang balik dari kelas KAFA, saya singgah membeli donut. Lima ketul RM2.00. Beli di pejabat tiga ketul RM1.00. Makan sikit rasa tak puas-puas.

Nak makan banyak-banyak kena buat sendiri. Baru puas hati. Saya ambil resepi donut yang paaaaling senang dari blog kak azie. Sebab apa saya kata senang? sebab tak perlu rehatkan untuk tunggu doh mengembang. Saya kan ada anak kecik, semua kerja kena pantas. Sap sap sui siap. Janji donut menjadi. Gitu! 

Daniel dengan donut yang baru digoreng.

Sumber: Azie Kitchen
Oleh: Mama KB


Bahan: 500 gm tepung, 1 paket yis mauripan, 1 sudu besar shortening, 2 sb gula,
2 sb susu, 50gm majerin, 1 biji telur, 1/2 sudu teh garam, 200ml air suam kuku


air suam + yis + gula + susu  + majerin + shortening. Kacau sedikit dan biarkan hingga 10 minit.
Yis akan mengembang dan berbuih-buih macam ni.


Ayak tepung ke dalam aduan. Masukkan telur yang dipukul manja bersama garam. Kacau sebati.
Bila sudah sebati kacau satu arah sahaja menggunakan sudu.


Ayak tepung lagi dan gaul seketika dengan sudu. kemudian baru uli dengan tangan. Uli hingga doh sebati dan tidak melekat. Bekas pun jadi bersih. Tepung tidak perlu dihabiskan.


Dah siap diuli, yusuf dah merengek nak perhatian. Mama mintak amir mira terap-terap.
Tak susah, sebab guna acuan.


Boleh terus dicanai tanpa direhatkan. kalau nak direhatkan boleh juga lebih kurang 5-10 minit.
Saya terus canai jer. Tambah tepung sekiranya doh agak lembik.


Terap doh ikut acuan. Kalau acuan sebesar ni, boleh dapat 45 ketul. Banyaknyaaaa.
Saya bagi jiran sebelah2 rumah, depan2 rumah.


  Sementara doh diterap dan minyak dipanaskan dengan api perlahan, doh akan mengembang dan menjadi ringan. Goreng donut dengan minyak yang banyak. Pesanan: jangan goreng terlalu banyak donut pada satu-satu masa kerana ia akan kembang lagi semasa digoreng sebab ada kandungan telur.



Donut yang dah siap digoreng. Memang gebu, lembut dan ringan. Tak rugi mencuba.


Friday, February 12, 2016

Apakah Dia Sifat Sombong?

Assalamualaikum dan salam Jumaat.

Hari ini aku ABC. Tapi seboleh-bolehnya aku tidak mahu lepaskan peluang menghadiri majlis ilmu di pejabat. Setiap pagi Jumaat, selepas bacaan surah Yassin, akan diadakan sedikit perkongsian ilmu oleh staff secara bergilir-gilir.

Sebaik mendengar ayat-ayat di penghujung surah yasin, aku masuk ke bilik untuk sama-sama mendengar ilmu yang akan disampaikan oleh sahabat. Tajuk yang disampaikan berkaitan dengan sifat sombong.

Sombong adalah sikap bongkak atau ego. Kebiasaannya tiada sesiapa pun yang mengakuinya. Terdapat enam perkara yang menetukan sama ada seseorang itu sombong atau tidak.

(1) Mengata Orang Lain Sombong

Jika berlaku pertelingkahan atau selisih faham yang akan menyebabkan tidak bertegur sapa. Orang yang merendah diri akan berbaik semula dan memohon maaf. Tetapi sebaliknya, orang yang tidak mahu bertegur sapa itulah yang sombong.

(2) Mengiakan di hadapan tetapi menidakkan di belakang

Bila di hadapan seseorang dia akan bermuka-muka seolah-olah baik dan menyokong apa yang diperkatakan oleh orang itu tetapi sebaliknya bila di belakang orang itu dicaci, memperlekehkan apa yang dilakukannya. Malah merendahkan kemampuan orang itu.

(3) Sentiasa Mahu Menang

Sifat sentiasa ingin menang seperti menegakkan benang yang basah. Cuba mencari kelemahan dan kesalahan orang lain untuk memperbetulkan diri sendiri walaupun dia tahu dia yang bersalah.

(4) Enggan Memaafkan Kesalahan

Jika dia yang melakukan kesalahan langsung tidak mahu meminta maaf kepada orang itu. tetapi orang lain yang bersalah kepadanya, orang itu perlu melulut dan merayu baru nak dimaafkan. Bagaikan terlalu mahal nilai untuk mendapatkan kemaafannya walaupun kesalahan yang dilakukan terlalu kecil.

(5) Bergaul Dengan Orang Yang Tertentu Sahaja

Memilih bulu dan melayan seseorang yang berkedudukan serta bersebab. Sebagai contoh, jika seseorang yang berpengaruh datang untuk berurusan dengan rakannya, dia sanggup mengambil alih membantu tugas rakannya agar dia dapat berurusan dengan orang itu walaupun sebelumnya dia susah untuk membantu orang lain.

(6) Kerap Mengeluarkan Kata-Kata Kesat

Meminta sesuatu dari orang lain dengan cara yang kasar dan mengeluarkan kata-kata kesat bila seseorang itu tidak dapat memenuhi apa yang diminta tanpa mengira orang itu lebih tua yang mana sepatutnya perlu dihormati.


Itulah dia enam perkara yang menentukan kewujudan sifat sombong dalam diri kita. Sama ada ia wujud atau tiada, sama-sama kita fikirkan. Tepuk dada tanya diri sendiri.


~ Hanya Allah sahaja yang boleh sombong kerana Dia Mutakkabir ~

Friday, February 5, 2016

Amalkanlah, Apabila Kita......

Assalamualaikum dan salam Jumaat


Bila kita selalu sakit maka
rajinkanlah berpuasa

Bila kita berwajah gelap
rajinkanlah diri untuk berqiamulail dan bertahajud

Bila kita punya hati yang sempit
maka banyakkan membaca al-quran

Bila kita susah untuk bahagia
solatlah tepat pada waktunya

Bila emosi kita sering terganggu
rajinkanlah berwuduk dan beristighfar

Bila hati dan jiwa kita gelisah
banyakkan bersukan, berdoa dan beriadah

Bila kita dalam keadaan stress atau tertekan
seringlah membaca 'lahaula wala quwata illa billa..'

Bila kita merasa rezeki kita teramat sempit
maka perbanyakkan bersedekah



~Semoga bermanfaat~

Thursday, February 4, 2016

Alamak! Aku Terlupa....

Assalamualaikum

Pagi ini ada mesyuarat pengurusan di pejabat. Salah satu agenda mesyuarat ialah laporan kehadiran staff. Kehadiran aku dibulan Januari dan setakat ini alhamdulillah. Tak ada yang merah-merah. Opps, ada satu hari tak thumb out.....lupa!


Dah bagi alasan lupa thumb print tapi tak diterima. Status belum diluluskan. Tidak Lulus pun tak jugak. Masih KIV.
Seolah-olah macam aku ni balik awal, keluar tanpa kebenaran.
Macam mana tu??

Sejujurnya memang aku lupa, apa lagi alasan yang nak aku bagi.
Takkan nak mencipta alasan pulak.
Emm berjawablah nanti...
Berani kerana benar, cewah (tiba-tiba).

Setahu aku, an-nas (manusia) berasal dari perkataan na-sa-i (lupa). ~tolong komen sekiranya aku silap.
Mungkin sebab itulah ianya saling berkaitan.
Kalau buat-buat lupa, memang nak cari nahas.....

Ok bye nak masuk meeting.

- Umur dah tua, biasalah kadang-kadang terlupa...bukannya sentiasa sempurna -

#4 series dah aku tahun ni

Wednesday, February 3, 2016

Lukisan Daniel

Assalamualaikum

Jumaat lepas Daniel ada latihan tarian untuk temasya sukan di sekolahnya. Jadual latihan mula pukul empat petang. Mahu tidak mahu terpaksa aku bawa dia ke pejabat dahulu sebelum menghantarnya ke sekolah.

Kebetulan, petang itu Timbalan Pengarah Negeri membuat lawatan ke pejabat secara tiba-tiba. Ada perjumpaan di bilik mesyuarat. Daniel aku tinggalkan di bilik dengan pesanan jangan main komputer. Menulis atau melukis tak apa.

Sebaik sahaja aku masuk semula ke bilik, tengok dia sedang kusyuk melukis.......tersenyum aku melihat lukisan dia.

 - Mama -
- Mira dengan Yusuf -
Mira berjubah, nampak lebih sopan dari mama. Yusuf pegang botol susu.

- Daniel -
Namanya ditulis di poket baju, macam lencana sekolah.

- Amir -
 Baju ada lencana juga.

Papa.....?
tak sempat lukis. Dah cukup masa nak ke sekolah.


Merujuk kepada multiple intelligences chart ini, daniel berkemungkinan besar tergolong dalam visual/spatial intelligence agaknya. banyak lagi hasil lukisan dia di rumah. Guna buku latihan sekolah tahun lepas yang masih kosong.
Kalau dah habis muka surat, jangan risau......Mama dah belikan sketch book untuk daniel melukis.

#danielhakim8tahun2bulan