Wednesday, May 21, 2014

Medan Day 02 : Pesta Kawen Bunda

Assalamualaikum

Hai, korang. Haa cerita Medan lagi. Seperti yang dijanjikan saya akan sambung cerita pegi kenduri kawin di Medan. Hari tu dah cerita hari pertama. Hari ni cerita hari kenduri pulak.  Kira ni part #2 pulak. Tapi entri kali banyak beno gambar. Sori lah yek.

Pertamanya, apa yang boleh kami pergi kenduri kat Medan ni adalah sebab ini kenduri terakhir emak saudara suami saya. Dia yang paling last kawin. Jadi, saya nak merasa sendiri macam mana kenduri orang Indon.

Ok, jom start. Awal-awal pagi lagi kami dah bangun, bersiap-siap nak ke rumah kenduri kawin bunda. Pergi jalan kaki  jer. Rumah Pak Syed tempat kami tido tu dekat jer dengan rumah ibu Afni (pengantin). Kadang-kadang saya panggil dia bunda.

Dari jauh dah dengar lagu-lagu orang kawin versi Indon. Macam kenduri kita jugak, guna PA sistem, sebatu lagi nak sampai pun boleh dengar. Tepi-tepi jalan dekat dengan rumah pengantin, ada papan-papan besar, warna-warni berhias dengan bunga-bunga. Jakun sekejap. Ingatkan papan apa. Rupa-rupanya, papan ucapan tahniah dan ucapan selamat kepada pengantin. Kawan-kawan atau sedara-mara yang hantar. Diletak kat tepi-tepi jalan depan rumah. banyak jugaklah, ada tiga empat keping saya rasa.


Ucap selamat tu, lebih kurang cam ni lah......"Selamat Pengantin Baru Nur Afni dan Jemmy"
Saya takde pulak snap gambar penuh papan tuh sebab dulu mana ada niat pun nak tulis blog...Asyik tangkap gambar orang jek.

FYI korang, diorang buat ucapan ni bukan setakat kawin jer, kalau meninggal nak ucap takziah pun boleh. Dan benda macam ni digunakan oleh semua kaum, muslim ke...india ke....kalau kawin, akan hantar papan ucapan macam ni gak. Sama jer fesyen nyer. benda ni pun bukan buat sendiri tapi ditempah. Tak tahu pulak berapa Rupiah.

Waktu kenduri ni, jumpalah sanak saudara...ada yang saya kenal, ada yang tak berapa kenal tapi buat-buat kenal. tee hee.

Sesuatu yang kelakar, anak saya Mira berambut pendek. Dari awal sampai di Medan, ada yang sangka Mira ni lelaki. Hari kenduri pakai gaun, baru tau Mira perempuan, haiiyaa.....aku sangka cowok, rupanya cewek....kah, kah, kah. Lawak-lawak. Yang peluk Mira tu.., atuk dia. Malaysian gak. Diorang datang awal sehari dari kami.

Pelamin dia, hebat kemain lagi!. Dipasang di luar rumah. Ala-ala pentas singgahsana. Lantainya tinggi. Paras-paras lutut orang dewasa. Kalau budak tu jenuh nak memanjat. Waktu malam, sebelum kenduri, orang-orang lelaki yang tak de tempat tido tu...boleh tido atas pentas tu.

Pagi-pagi lagi, jiran tetangga dan tetamu dah ramai yang datang. Majlis mula dengan akad nikah sebelah pagi. Kemudian ada acara bacaan ayat-ayat suci al-quran dan terjemahan. Bukan bacaan dari radio......Adik ipar saya yang baca...haha hebat tak hebat kenduri kat sana. Terjemahan sepupu yang tolong bacakan.

Lepas habis jer bacaan quran, ada pulak ceramah agama oleh pak ustaz. Masa ni boring sikit...dengar ceramah kan? Saya buat dengar tak dengar jer lah sebab tak paham dialek Indon. T_T.

Ini antara tetamu yang hadir. Kalau pegi kenduri kat sana takyah riso atau malu nak pakai baju apa. Toksah pening-pening kepala, baju macam bodo ke, tak matching ke. Tuh, suami saya pakai t-shirt round-neck dengan seluar askar...relax jer. Tapi saya tetap berkebaya dengan tudung bawal. Ececeh.

#1 Kusyuk dengar ceramah   I #2 Keadaan di sekitar rumah kenduri, klasik kan?

Abis ceramah, tetamu dah boleh start makan. Pengantin pulak foto-foto. Ada persalinan dalam pakaian jawa tapi saya tak tangkap gambar pulak waktu tu.

Ewah-ewah, Om Jimmy dengan Bunda. Dah! tetiba kenapa muka putih, tangan itam. Opera cina sungguh make-up dia ! Nampak tak bulu kening bunda dah nak tercabut? Hahaha aduyai....aptb.

Masa tetamu makan, pengantin bergambar-gambar...ada band. Kat sana cakap keyboard. Sesapa nak menyanyi masa ni lah...ko layan lah lagu apa pun. Pastu ada ucap-ucap tahniah. Ada jugak pelawaan "orang malaysia enggak mau nyumbang suara?" Eeee.. tak kose aku. Bukan jenis saya lah nak nyanyi-nyanyi atas pentas tu.

Di Indonesia, kenduri disebut pesta. Pesta kawin diorang ni biasanya dari pagi berlarutan sampai ke malam. memang tetamu tak putus-putus datang. Waktu petang pun masih ada yang datang. Nasik dan lauk memang sentiasa ada sampai malam.

Kami dok di rumah pengantin sampai petang. Makan, tengok orang makan, dok sana, dok sini. Sembang-sembang. Kadang-kadang sembang pon ada yang tak berapa paham. Kena tanya banyak kali, sampai orang pon tension. Itu perkara yang saya dok ulang-ulang sampai ngantuk. Dah tak tau nak buat apa, kami balik rehat ke rumah Pak Syed. Penat siot!

Sebelah siang tak berapa nak ambik gambar sangat. Sebab ada cameraman upahan. Gambar-gambar kami sekeluarga pun banyak dalam kamera dia. Bila dia nak ambik gambar, encik suami pun sama snap-snap gambar. Dia pandang-pandang jer so kami pun simpanlah kamera kami. Biar dia sorang jer yang ambik gambar. Nanti rasa tercabar pulak dia...hahaha.

Tu dia cameraman cina yang fasih berbahasa Indon. Tak tau cakap cina.

****************
Malam lepas maghrib datang balik ke rumah pengantin sebab nak makan, haha. Lapo kot.

Oh ye! lupa nak citer. Lauk diorang ni, lebih kepada sayur, sambal dan sup. Yang saya ingat, ada rendang daging, sambal tempe, pecal dan sup. Pastu tu ada empeng goreng. Ayam-ayam tak mandang. :(. Nasik nya nasik putih aje. Minum air mineral. Dari siang sampai malam lauknya sama jer.

Kenduri diorang ni, pakai caterer. Pakej sekali dengan khemah, bekalan elektrik, pelamin. Ada empat orang yang tugasnya memasak je keje nya. Tapi orang-orang kampung biasanya akan datang tolong. Itu kira macam mana tu, catering ke gotong-royong. Entah, wallahu'alam.

Sambil makan, diorang akan menyanyi, berkaroake dan menari. Poco-poco ko...Pengantin pun take part, ok. Ada benda lawak yang saya nak tergelak, pakai jubah pun boleh poco-poco. Please lah..pakai baju lain.

Last-last saya ngan anak-anak pon terjebak sama. Haish!. Lepas tu insaf terus.

Yang dok tengok orang berjoget pon ada gak. 

Abis joget, tangkap gambar lagi. Berjoget sakan sampai berpeluh-peluh. Panas gila kot, bersesak-sesak atas pentas tu, dah lah pakai kot. Dah, sekarang bukak kot pulak. haha

Yang tudung putih tu mak pengantin. Sebelah tu, menantu dia, isteri Pak Syed.


Emm, macam lah kenduri diorang. Dari pagi sampai larut malam. Tapi kat medan ni, orang kampung dah biasa dan paham. Takde lah diorang marah.

Berjoget lah korang sampai pagi. Joget free. Tunjuk-tunjuk langit lagi. Pukul dua belas malam, kami semua balik. zzzzzzz. 

Terima kasih sebab sudi baca.


Friday, May 16, 2014

Medan Day 1 : Malaysia to Binjei

Assalamualaikum

Hai korang.

Hari Selasa lepas, seharian duduk rumah sempena cuti Hari Wesak. Saya membelek-belek balik gambar-gambar lama dalam pen drive yang dah lama tersimpan. Terjumpa satu album gambar ini. Dah lama...., sangat lama ceritanya kira-kira empat tahun yang lepas. Belambak jugak lah gambarnya...boleh buat cerita part 1 sampai part berapa pun entah ler...Kira ni part #1 lah.

Ceritanya, saya sekeluarga ke Medan pada penghujung tahun 2010. Kami ke sana atas undangan perkahwinan emak saudara yang menetap di Medan. Sengaja saya updatekan ke dalam blog. Sebab ada beberapa alasan kenapa sekarang baru nak cerita pasal ni.

Pertama, saya nak abadikan kenangan ini untuk tatapan saya dan anak-anak pada masa akan datang. Sebenarnya banyak gambar-gambar yang saya simpan hilang macam tu saja. Tak tahu ke mana perginye. Baik yang hardcopy atau softcopy. Awal tahun ni pun, virus apa yang menyerang komputer saya, habis semua dokumen termasuk gambar hilang. Alhamdulillah sesetengahnya dah disimpan dalam blog.

Kedua, sekarang lah masa nya saya nak update meng update segala khazanah cerita saya walaupun dah basi. Sebab baru pandai berblog. Tahun 2010 dulu, saya belum ada blog. Mana lah reti semua-semua ni. Jahil dan zero knowledge about blog. T_T.

Ketiga, mengajar saya erti syukur dengan rezeki dan nikmat Ilahi. Kenapa saya cakap macam tu, kenapa baca sampai habis.

Mukadimah yang panjang lebar. Macam mana nak mula pun tak tahu sebab dah ingat-ingat lupa. 
                                                                                            

Ok, lets we start. Macam saya cakapkan tadi, kami ke sana atas undangan perkahwinan seseorang di Kampung Binjei, Medan. Kami bergerak dari Airport Penang dengan Air Asia. Pilih yang murah-murah aje. Booking flight ticket sebulan awal, jadi memang dapat harga murah, hehe. Air Asia...now everyone can fly!

#1 Jadual flight kami sepatutnya pukul sembilan pagi tapi kena delay berjam-jam.  I #2 Anak-anak dah naik bosan menunggu, dari pagi sampai dah keluar panas matahari.
I #3 Pukul dua belas tengahari, baru dapat masuk flight setelah letih menunggu.

Keluarga di Medan, yang menunggu kami di airport pun dah susah hati. Mulanya ingat kami just main-main nak ke sana. Kata diorang, kapan sampainya? Dibilangnya pagi tapi enggak nyampei-nyampei.

Akhirnya, selesai segala urusan pasport dan bagasi, baru rasa lega. Keluar jer pintu airport...ramainyer manusia. Terdengar suara memanggil-memanggil abang, abang, kak, kak hairul, kak hairul...Dipeluk-peluk nyer kami. Aish. Itu lah insan-insan yang menanti kami dari pagi. Beg-beg kami diorang bawak naik motor dan kami anak beranak naik beca bermotor. Saya tak memilih naik teksi sebab di Malaysia dah biasa naik kereta. Apa barang nak kereta, tiap-tiap hari naik kereta di Malaysia datang Indon pon naik kereta ye dak? Saya nak anak-anak kutip pengalaman di negara orang. Biar dorang rasa macam mana...Kalau tinggal di hotel, kita akan rasa enak-enak aja kan? Hidup sendiri di kampung halaman sebegini, baru kita akan dapat merasakan betapa bersyukurnya kita atas nikmat yang kita ada.

Kat sini, kami tak check-in hotel. Terus ke rumah saudara di Polonia. Dekat jer dengan airport. Dulu, kalau ke Medan airportnya di Polonia. Tapi sekarang airport Polonia dah transform jadi tempat latihan tentera udara. Airport yang baru di Pakam, agak jauh dari bandaraya Medan.

Tapi sebelum check-in kat rumah dorang, kami singgah warung mee pangsit dulu. Memang perkara wajib datang Medan. Rumah perkara kedua. Mee pangsit nombor satu. Boleh tak? Warung dia sebelah dengan Pertamina, Medan. Pergilah kami ke sana bersama-sama penyambut tetamu tadi dengan beg-beg kami yang besar gedabak tu. Jangan kesah semua tu, yang penting kita makan dulu.

Oh ye, mee pangsit ni...kalau nak tahu, dia macam mee sup daging ditambah dengan isi ayam, hirisan daging, telur rebus sebijik dengan sayur sawi. Waktu makan, kita boleh tambah kicap. Kalau nak kaw lagi letak cili tumbuk. Memang meleleh. Minum pulak dengan teh botol. Perggghhhh! Saya pun meleleh sebab dah lama tak makan. Gambar mee takde, gelogoh sangat nak makan, lupa semua. T_T.

Perut dah kenyang, tapaw mee, bertandang lah kami ke rumah diorang.....


Ini teratak diorang. Kami sampai disambut dengan ceria dan gembira sebab dah lama tak jumpa. Anak dara dua orang tu sepupu suami. First datang sini dulu anak saya baru dua orang dan bapak kepada gadis-gadis ni pun masih ada. Tapi kedatangan kami kali ni bapak diorang dah meninggal dunia. Al-fatihah untuk arwah bapa saudara suami saya, Pak Saman. Oh ye...kalau ada yang terlintas dalam fikiran tu....FYI, suami saya original orang Malaysia ye, bukan Indon. Orang Malaysia ye...orang Malaysia.

Sampai rumah, baru boleh mandi, baring, solat, sembang-sembang, tidur. Tapi takde la seselesa macam kita dok hotel. Nak mandi pandai-pandailah ceduk air dari telega, tidur beralaskan tikar, bantal yang tak seempuk mana, dan jangan mimpi nak ada aircond bagai. Ko hadap je apa yang ada. Mampu? Masa tu rasa bersyukur sangat di negara kita, pulas kepala paip jer dah boleh tadah air yang bersih.

Lepas dah abis segala urusan di Polonia, kami packing-packing barang ke Binjei. Kami bergerak sebelah malam. Naik angkot. Angkot tu kereta sewa. Rupa angkot ni macam van. Alah, sapa rajin tengok cinetron indon petang-petang kat tv3 tu mesti tau. Eh! jangan tak ngaku pulak...


Sampai kat satu persimpangan trafic light, ada pengamen datang main gitar. Selagi tak dapat hasil tak berganjak. Suami saya sedekah lah berapa Rp. Kemudian baru dia blah dan pergi ke tempat lain pulak. Emm macam tu lah dorang mencari sesuap nasik. Sebut pengamen ni, teringat saya kat penyanyi Tegar yang dah kaya tu. Agaknya dia dulu pun macam tu jugak, "hidupku dulunya seorang pengamen, pulang malam, selalu bawa uang recehan, mengejar cita-cita paling mulia, bersyukur masuk dapur rekaman...."

Perjalanan kami dari Polonia ke kampung Binjei ambil masa lebih satu jam. Amat memenatkan sebab keadaan jalan raya yang tidak stabil, berlopak-lopak. Hiruk pikuk dan bunyi bingit hon kenderaan pun satu hal jugak. Sikit-sikit nak tekan hon. Sakit telinga mendengarnya. Keadaan dalam angkot, berhimpit-himpit dengan penumpang. Panas. Anak-anak saya tertidur dalam perjalanan. Lagi sekali saya bersyukur jadi rakyat Malaysia, walaupun kadang kala sesak dan tersangkut dalam trafic jam tapi keadaan masih terkawal dan aman.

******************

Malam tu kami selamat tiba di Binjei. Tengok ramai orang di rumah pengantin tengah bungkus-bungkus bunga telur dan apa lagi entah, saya pun dah tak ingat. Sebab rumah pengantin dah bersesak-sesak dengan manusia, kami tidur di rumah abang pengantin. Aman sikit dunia...hehe.

Tamat perjalanan hari pertama kami dari Malaysia ke Binjei.

Mandi, makan & tido......esok nak pegi pesta kawin, yeay.

Terima kasih sebab sudi bersabar membaca kisah yang meleret-leret ni.
InsyaAllah Medan Part 2 Pesta Kawin.


Permandangan di Kampung Binjei, Medan. Yang pakai t-shirt hitam tu...sok-sok ganteng!

Selamat berhujung minggu dan Selamat Hari Guru kepada yang bergelar cikgu!

Friday, May 9, 2014

Product Review: Olay Aquacation Skincare

Assalamualaikum

Hai. Korang tahu olay? Mesti tau kan. Dulu-dulu zaman saya sekolah, disebut Oil of Ulan. Sapa-sapa yang hidup zaman-zaman 90-an mesti penah dengar nama tu. Orang perempuan lah terutamanya. Tapi itu dulu, sekarang dah terkenal dengan nama Olay.

Sebut saja Olay, mesti semua orang tahu. Kita tengok saja kat tv pun dah cukup, bermacam-macam jenis produk dari jenama olay ni. Saya ada sesekali singgah kat website OLAY, memang ada banyak jenis. Ada empat kategori berlainan fungsi. Whitening, All in-1 Anti Ageing, Anti Ageing dan yang paling baru Hydration.



Okay, jom review produk keluaran terbaru Olay ~ Olay Aquacation Skincare. Ia ada lima jenis kategori dalam set produk ini.

Aquaction Deep Hydrating Dew 150 ml

Ia adalah toner dai bahan seperti kuprum, zink dan magnesium. Fungsinya untuk menambah nutrien kulit dengan lebih mendalam dan melembapkan kulit. Boleh digunakan waktu siang dan malam.



Aquaction Long lasting hydration gel 50G

Yang ini pulak, berbentuk gel biru berlutsinar. Teksturnya ringan. Fungsinyah untuk membantu meningkatkan keupayaan kelembapan kulit. Kalau guna gel ini, kulit akan lembap dengan lebih lama. Namanya pun Long Lasting Hydration kan...??



Aquaction Intensive Nourishing Emulsion 50g

Fungsi gel ini lebih kurang sama dengan yang di atas tadi, memberikan kelembapan pada kulit. Diformulakan dengan daun pic dan morus ekstrak akar alba menjadikan kulit terhidrat dan menganjal.



Aquaction Softening Sleeping Mask 130G

Ini adalah mask, apabila digunakan secara langsung, boleh memberi penghidratan intensif sepanjang malam.
Ia boleh membantu melembapkan kulit dan meningkatkan kandungan air. Boleh juga mengawal minyak pada kulit.


Aquaction Nourishing Hydration mask

Hydration Mask ini pula diformulakan dengan vitamin B3 dan Vitamin E. Ia membolehkan kulit menyerap intipati penghidratan losyen dan membantu secara langsung penyampaian nutrien kepada kulit. Satu paket ini mengandungi lima keping mask.

Nah, ini kata Olay....."Get 24 hour hydration for 'Pump Pump' bouncy skin with Hydralock technology absorbs water from the air!." 

Eh, Saya cerita kat sini baru sikit jer. Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi pasal produk Olay ini boleh lah usha-usha KAT SINI. Ada banyak lagi rangkaian penjagaan kulit keluaran Olay. Manalah tahu kot-kot ada yang berkenan di hati untuk mencuba.

Selamat bercuti hujung minggu!


Terima kasih sebab sudi baca.


Friday, May 2, 2014

Eh! Papa Pun Cari Mama......

Assalamualaikum

Hai..
Salam Jumaat semua. Sudah lama tak update blog dek kerana sibuk memanjang sejak dua menjak ni. Dengan urusan import export, pimpang penport barang online bisnes. Nak hantar pegi german ada training bola kat sana. Lepas tu pulak saya kena jadi pilot suami ke hulu ke hilir bawak dia sebab ada friendly game kat KL, urusan keje dari Perlis hinggalah ke Sabah. Huh, boleh kata bizi nyer, bizi nyer...Ok itu semua tipu, jangan percaya ye..

Saya tak lah sehebat itu ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya hanya wanita biasa. Tugas hakiki sebagai kuli di pejabat dan sebagai suri di rumah sangat-sangat cemburu kan saya untuk membukak dashboard blogger. Tapi hari ini saya gagahkan juga jari-jemari untuk menaip entri pendek sebagai comeback yang dah berminggu-minggu sepi. Ewah, macam bagus jer.... 

Hari ni entri pendek saja.

Sesiapa yang sudah punya anak, mesti akan atau pernah hadapi situasi macam ni....Anak mencari-cari kita kalau kita hilang dari pandangan dia kan? Mesti akan panggil-panggil mama, mama,...mamaaaaa

Kalau kita tak jawab dalam beberapa minit, mesti anak tu akan mula mencari, merengek dan akhirnya menangis....mama hilang.

Benda ni selalu terjadi pada saya...even saya sedang di bilik air tengah mandi, tengah buang air...mesti mencari...dan anak saya akan make sure saya yang di dalam bilik air tu dengan soalan...mama ke kat dalam?...hai macam tu lah anak-anak saya...

Tapi ada satu situasi, yang pada saya sangat mencuit hati saya. yang saya dah lama perasan tapi hanya disimpan dalam hati. Tapi hari ni terlintas di hati nak menulis tentang perkara ni....

Situasi ketika suami sampai di rumah balik dari kerja atau dari mana-mana lah...

Papa : Assalamualaikum...

Anak : Waalaikum salam, yeay papa balik, papa balik..

Papa : MAMA MANA? (soalan pertama apabila kita tidak menyambut kepulangannya) :)

-------------------------------------
Oleh itu, ister-isteri...

Kalau kadang-kadang tak dapat menunggu suami depan pintu menyambut kepulangannya, usahlah risau tidak dapat title isteri yang baik untuk suami kita... Sebab apa saya kata macam tu?

Kerana apa? Sebab dia ada kunci spare, pastu dia boleh bukak sendiri pintu tu.

Lagi satu, suami kita tetap mencari kita ketika dia pulang ke rumah..percayalah..! kalau rasa tak percaya atau ragu-ragu, cuba nyorok belakang pintu dan suruh anak-anak kita sambut kepulangan suami......pastu cuba degar apa perkataan yang akan keluar setelah suami memberi salam dan masuk rumah... hehe

Betul tak suami-suami??
Rasa tak sah kalau isteri di rumah tapi tak nampak depan mata kan??


Terima kasih sebab sudi baca.