Friday, March 14, 2014

MH370: Hentikan Spekulasi

Assalamualaikum

Hai, :) .Selamat hari Jumaat.

Hari ni hampir seminggu pesawat HM370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang. Mana-mana saya pergi pun orang dok sembang pasal ni. Berita muka depan suratkhabar pun, kisah MH370. Misi mencari dan menyelamat masih diteruskan. Macam-macam spekulasi dan teori timbul tapi jawapan yang tepat masih dalam misteri. Takyah lah buat andaian-andaian sekiranya kita tak berapa pasti. Serahkan kepada pihak berwajib dan yang lebih pakar.

Ihsan Google

Bagi saya, lebih elok kita doakan semoga pencarian dan penantian rakyat Malaysia terhadap MH370 berhasil. Itu yang lebih baik.

-----------------------------------
-----------------------------------
-----------------------------------

Ok, ini cerita lama tapi nak update jugak sebab entri yang lepas tak habis cerita. KLIK SINI

Hari Khamis minggu lepas, anak saya terlibat dalam final game bola sepak peringkat daerah MSSD bawah 12. Selepas menang juara kumpulan A, team dorang layak ke perlawanan akhir menentang kumpulan B.

Game berlangsung di SK Kota Lama Kanan. Team-team yang terlibat SK Raja Perempuan Muzwin & SK Kg Muhibah (Kump A) dan SK Sg Siput & SK Kati (Kump B).

First game, sekolah anak saya SK Muzwin lawan dengan naib juara kumpulan B, SK Kati. Keputusan berpihak kepada diorang 2-0. Memang seronok sangat lah dorang....Dah kompem naib juara daerah kuala kangsar dalam tangan.

Dan untuk last game pulak, SK Muzwin bertembung dengan SK Kg Muhibbah sekali lagi. Sebelum ni, dah penah main sekali masa semi-final. SK Muzwin menang 2-1. Tapi malang waktu final ni, team dorang tak bernasib baik, kalah 4-1.


Gambar ni, masa game yang terakhir. Pukul satu tengahari, panas rembang...matahari terpacak atas kepala. Lagi satu, nampak tak player jersi merah no.6 (pasukan lawan)..ketinggian dia dah sama dengan refri. Besar gila, tak padan dengan umur 12 tahun. Sapa yang jaga dia gerun lah sikit, psiko....

habis game, anak-anak ni melepek (terbaring) atas padang, frust. Bila sorang start nangis..semua pakat nangis. Sedih sangat sebab sebelum ni ada 9 game, semua dorang sapu bersih. tetiba last game kalah pulak. Masa semua tengah terbaring tak sempat saya nak ambik gambar...

Biasa lah, kalah menang adat pertandingan. Kalau dua-dua nak emas susahlah....

Tapi guru besar, coach dan cikgu-cikgu tetap bagi moral support anak-anak ni. Tak nak tunjuk sangat dorang pun frust jugak. Selesai acara penyampaian sijil dan medal, guru besar belanja makan nasi beriani. Hai makan besar lagi. hari tu, KFC. Penghargaan kepada player yang dah berusaha yang terbaik untuk sekolah.


Barisan pemain bola sepak SK Raja Perempuan Muzwin bersama guru besar, PK HEM, jurulatih dan pengurus pasukan. Guru besar, bulan Jun ni nak pencen dah..hadiah kemenangan untuk dia lah niii, cewah!

Misi mencari Amir ~ anak saya pakai jersi nombor berapa agaknyer ye?

Terima kasih sebab sudi baca.


Thursday, March 13, 2014

Nasi Lemak Daun Pisang

Assalamualaikum

Hai korang...selamat pagi Khamis. Hari ini short entry sahaja....:)


Pagi ni saya gigih bangun awal, masak nasik lemak bungkus dalam daun pisang. Setengah rice cooker dapat 14 bungkus. Bekalkan untuk anak-anak ke sekolah, suruh diorang bagi kawan-kawan. 

Selebihnya makan sendiri....Tak lupa jugak nak bagi kat mak dan bapak sebab daun pisang tu ambik kat rumah mak semalam.....hehe :) :)

Korang breakfast apa pagi ni?

Kepada yang meninggalkan komen semalam saya ucapkan bebanyak terima kasih. Kakzakie & Noe: saya pun ingat nak tampal jugak.  Ann-zack smile: silakan share, takde masalah.


Terima kasih sebab sudi baca.

Wednesday, March 12, 2014

Doa-Doa dan Adab Ketika Memasak

Assalamualaikum

Hai. Salam pagi Rabu.... :)

Pertamanya, saya nak ucapkan bebanyak-banyak terima kasih kepada NureeN, Zu Mal, Eza a.k.a. Cik Puan Fadli, Kopiolimauice,  Paridah, Wafa Cw, Rossaimi, Kakzakie, Rohaili Hassan, Sofia Ningkan, Nadia Rashid, Noesuhaimi, aTieYusof Family, Nurhayati (Cahaya Hidupku), Cho Zila....yang meninggalkan komen di entri saya yang lepas. Thanks to your support.....Tanpa sokongan korang, blog saya sunyi sepi jer...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- -  -  -  -  -  -  - 

Okay, cerita hari ni...pasal masak-memasak
Saya berani confirm korang semua ni rajin-rajin memasak belaka.
Banyak share entri pasal resepi, entri masak-masak untuk keluarga....

Korang tau, rupa-rupanya setiap perbuatan semasa nak masak tu,
ada doa dan zikir2 tertentu yang boleh diamalkan....

Mungkin ada antara korang yang dah tahu, tapi saya baru je tahu....
Saya dapat dari sahabat group wassap semalam...

Jom kita share sama-sama....



Kena hafal ke korang?
Atau pun salin pastu tampal kat mana-mana yang sesuai
Contohnya...doa bukak periuk tampal dekat-dekat dengan periuk nasik
Boleh ke camtu? Nanti jadi kelas tadika pulak..haha

Yang saya paling suka, zikir penyedap makanan tu..
Istighfar dan selawat jer
Takyah lah dok bubuh pak aji-pak aji bagai (ajinomoto)

Dan, lagi satu....
Kalau isteri bekerja, balik rumah kena masak pulak
Kadang-kadang lepas masak penat nyeer lah tersangat-sangat
Saya tak kata orang lain, sebab saya sendiri pun macam tu

Pagi-pagi dah bersilat kat dapur,
Balik rumah terus ke dapur,
Sebelum tidur pun kat dapur jugak....

Macam tu lah isteri kan?
Tapi takpe sebab......


Emm, wahai isteri2 dan mak2, toksah risau....
Penat-penat masak, Allah bagi 'GiveAway' (ganjaran pahala)
Tapi jangan bebel-bebel, kena ikhlas....amboi pandai nasihat orang ye

Subuh-subuh tadi saya dah masak ikan masak kicap
Balik ambik anak-anak sekolah nanti boleh terus 'ngap'
Korang masak apa?

Ok, itu saja nak share, moga bermanfaat.

Terima kasih sebab sudi baca.

Monday, March 10, 2014

Follower Saya Yang Ke -100

Assalamualaikum

Hai korang. Beberapa hari jer lagi genap usia blog saya enam bulan. Bertatih-tatih lagi.
Kalau baby, rasanya baru merangkak kot....

Saya start buat blog ni dulu pada 12 September 2013...
First entri pun macam budak-budak jer hihik :P
Kenangan.....masa saya wujudkan blog ni pun sebab masa tu ada musibah menimpa kat diri saya
Jadi nak alihkan fikiran yang tak best tu, saya tulis blog...
At least jiwa dan fikiran saya tak tertumpu pada benda2 yang tak best tuuu... 

Alhamdulillah......
Hari ni rakan maya saya dah genap 100 orang. *mood gembira* padahal biasa jer, 
Blogger lain dah beratus plus plus, beribu plus plus....
Apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih bebanyak kepada
semua blogger yang jadi sahabat saya. 
Moga ukhuwah kita semakin erat, insyaallah

Jom, review sahabat saya yang ke #100 ni...


Blog beliau TITISAN NURANI

Empunya blog namanya Kak Zakie. Akak ni banyak tulis motivasi, renungan dan kata-kata nasihat kat blog dia. Ada jugak selit-selit resepi masakan dan kisah-kisah anak-anak beliau. Nanti korang boleh lah singgah kat rumah kak zakie ye.
Follower dia dah cecah seribu lebih...dah lama berblog since 2010 lagi...

Lastly, untuk kak zakie, thanks jadi follower saya.


Terima kasih sebab sudi baca.

2nd Birthday Blog Cahaya Hidupku "12 Mac 2014"

Assalamualaikum

Hai korang. Selamat Hari Isnin. Jangan blues-blues, moga lebih ceria dari semalam...dan janagn lupa berdoa pada penumpang pesawat MH370 yang masih hilang, semoga misi pencarian berjalan lancar.

Semalam, sahabat maya saya noesuhaimi tag pada saya satu segmen giveaway dari blog http://cahayahidupku2569.blogspot.com. Sebelum ni memang saya tak pernah sertai mana-mana giveaway. Sebagai tanda penghargaan kepada kawan saya ni, saya mesti join jugak dan off course lah, nak bagi support pada rakan-rakan blogger. Cewah gitu!

Seperti biasa, kalau nak join mesti ada syarat-syaratnya:

1) Jadi sahabat a.k.a follower beliau ~ DONE, saya follower yang ke #243


2) Tulis tentang Giveaway beliau, 2ND BIRTHDAY BLOG CAHAYA HIDUPKU "12 MAC 2014" ~
DONE

Komen sikit tentang entri blog beliau:
Emm...nak komen apa ek? Pemilik blog bernama Yatie. Sebab baru jer kenal......saya berpendapat beliau rajin kongsi resepi. Kadang kala bercerita tentang kisah hidupnya, kisah anak-anaknya. Hal-hal isu semasa pun ada jugak. Boleh kata, macam-macam ada lah...nanti korang pun boleh lah kunjung-kunjung blog beliau ye.




3) Tag tiga orang kekawan untuk sertai giveaway ni ~ DONE. Saya tag....

Puan Eza - kawan lama saya dan sekarang sama-sama blogger

Wafa - kawan blogger yang pernah tinggal satu daerah dengan saya dan rajin komen entri saya

Paridah - juga kawan blogger yang rajin tulis novel dan jadi pengomen setia saya.

4) Giveaway berlangsung dari 9 Mac hingga 12 Mac 2014

5) Dah siap semua, tinggalkan link kat ruangan komen di blog beliau.

Opps sebelum terlupa, beliau juga ada sediakan hadiah pada peserta-peserta yang bertuah..



T-SHIRT DARI BANDUNG


RANTAI JAM DARI MEKAH MUKARRAMAH


FREEZE MAGNET DARI PANGKOR

Jom lah korang meriahkan lagi giveaway ni....





Friday, March 7, 2014

Macam Manalah Saya Tak Membebel......

Assalamualaikum

Hai korang. Sebenarnya entri kali ini nak sambung cerita pasal game bola anak saya. Tapi cerita itu nanti saya update kemudian ye. Sebab saya tengah panas ni, baru je lepas membebel. Saya jarang membebel. Saya juga tak suka membebel. Kalau marah pun saya lebih suka diam je. Orang yang kenal saya, kalau saya diam memanjang tu paham-paham je lah. Tapi hari ni saya telah membebel sepenuh hati......hah, ambik kau!

Seperti biasa tugas ambik dan hantar anak sekolah adalah tugas saya. Dah jadi rutin harian, kadang-kadang je suami ambik alih kalau saya ada hal.

Sapa-sapa yang baca entri saya yang lepas, mesti tahu anak sulung saya ada masuk game bola sepak bawah 12 tahun MSSD. Baru je semalam dia habis game peringkat daerah. Team sekolah dia dapat naib johan. Lepas ni coach dearah akan pilih mana-mana player yang bagus untuk selection ke negeri. Okay, itu takpelah...untung nasib anak saya, terpilih lah dia. Ini cerita bola sepak.

Dan hari ni pulak, lepas balik sekolah tadi, katanya, cikgu pilih dia untuk keeper hoki. Ada training sebelah petang. Okay lagi. Saya terimalah, habis bola sambung hoki pulak. Semua game dia nak sapu nampaknya. Habis waktu rehat tengahari, sebelum masuk ke pejabat, saya akan hantar anak-anak ke sekolah agama. Yang teruna training hoki ni pun saya bawak sekali harung sebab tak nak keluar masuk ofis banyak kali. Nanti apa pulak kata bos. Ingat ofis ni bapak kau punya?

Nak jadi cerita, lepas hantar adik-adiknya ke sekolah agama, terus ke sekolah kebangsaan hantar yang sulong. Tapi tau apa jadi?

---

---

---

---

---

---

---

DIA BOLEH PAKAI SELIPAR JEPUN !!


Gambar ihsan dari pakcik google. Tak sempat nak tangkap gambar selipar dia sebab marah sangat.

Nak tak nak, saya terpaksa patah balik ke rumah, tukar kasut. Sebab saya dah membebel-bebel macam mak nenek tadi, dia merajuk tak nak pergi training. Katanya, takpe lah mama, takyah pegi....sebab dia tau salah dia. Adoi, kesian lah pulak....terus tak jadi marah.

Lagi sekali kena ke sekolah hantar dia, lepas tu baru boleh ke ofis.
Baru je nak tenang, traffic jam pulaaakkk.
Tak penah-penah pekan sekangkang kera ni sesak dengan tiba-tiba....
Dari sekolah sampai nak ke pejabat sesaknya...

Rupa-rupanya, rakyat jelata Kuala Kangsar pakat-pakat serbu dewan jubli kat sebelah ofis saya tuuu nak tuntut baucar BR1M....hai sabo je lah...

Yang buat saya jadi hangin hari ni sebab hari ni hari Jumaat, hari terakhir minggu pertama
Kerja banyak yang tertangguh gara-gara PC saya corrupted sejak Selasa baru-baru ni.
Semua file-file dalam tu hilang,
Missing in action
Semalam baru dapat hard disk baru,
Semua format surat, report kena taip balik
nak kejar masa, nak pulun bagi habis...
Dateline semuanya 10hb.....
Risau ler nanti bos bising, audit kuiri, macam-macam lagi lah.

Tapi apa kan daya, masuk pejabat pukul 3.40 petang....
buat muka selamba, macam tak bersalah apa-apa
bergalak macam bos pulak, boleh masuk lambat-lambat
Apa, ingat ofis ni bapak kau punya?

Nak stay back balik lambat tak berani dah
Sebab dulu saya penah keluar lewat
Tapi terkunci dari luar, dorang ingat semua staff dah balik....
Jadi keje pulak telefon orang suruh bukak pintu
Dua kali saya terkena, tapi lain2 ofis
Serik...

So...macam manalah saya tak membebel?
Sabo je lah.....

Terima kasih sebab sudi baca.



Baucar BR1M Dipos Ke Rumah

Assalamualaikum

Hai korang. Ini ada info terkini pasal BR1M.

Putrajaya: Surat mengandungi baucar Baucar Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 sudah dihantar ke rumah kepada mereka yang belum menerimanya menerusi akaun bank.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata antara punca mereka gagal menerima BR1M ialah kerana tidak mengemas kini maklumat peribadi dan nama dalam kad pengenalan tidak sama dengan nama dalam akaun bank.

"Selain itu, ada di antara mereka didapati tidak layak menerimanya berdasarkan pendapatan bulanan masing-masing.

"Surat yang dihantar mengandungi jawapan, sama ada layak atau tidak menerima BR1M,: katanya selepas melancarkan aplikasi MyResults di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sisi, semalam.

Boleh buat rayuan

Ahmad Husni berkata, mereka yang gagal menerima BR1M boleh membuat rayuan dengan merujuk sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi www.hasil.gov.my atau mengunjungi pejabat LHDN berdekatan.

Sumber: Berita Harian, 7 Mac 2014, Jumaat m/s: 4

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya sendiri pun belum terima BR1M lagi? Korang dah dapat?

Lagi satu, saya konpius ni.....soklan takde kena mengena ngan brim. Saya taip entri ni, hari ni 7/03/2014 tapi bila publish jadi terlewat, masih 6/3/2014, nape ek? Ada blogger yang boleh explain kat saya tak?
# Saya mak budak baru belajar.....tolong, tolong....

Thursday, March 6, 2014

SK RPM Juara Kumpulan A Zon Kuala Kangsar

Assalamualaikum

Hai korang. Sori entri kali ni pasal anak je. Minggu ni sibuk hal anak teruna punya game bola. Perlawanan bola sepak bawah 12 Majils Sukan Sekolah2 Daerah 2014. Bagi support...

Pagi tadi, dah start game untuk zon Kuala Kangsar. Zon KK pecah kepada empat zon ~ Kuala Kangsar, Manong, Sg Siput, Pdg Rengas. Tiap sekolah yang juara minggu lepas layak untuk jadi wakil pada tiap2 zon. Satu zon dua sekolah, kemudian dibahagi kepada dua kumpulan. Sekolah anak saya SK Raja Perempuan Muzwin dok di kumpulan A.

Jadinya, satu kumpulan ada empat team, tiga perlawanan. Perit juga laaa...main dari pagi, pukul tiga petang baru habis.

Masa ni rehat untuk first half game pertama. Cikgu Meor sebagai coach beri penerangan. Apa yang patut buat, apa yang tersilap buat masa game tadi.

Game pertama ok lagi sebab pagi. Bila matahari mula naik, emm paham-paham aje lah. Panas. Musim panas pulak.

Cikgu, coach masih maintain dok tepi padang. Nak make sure anak murid dia tak buat silap. Menjerit sampai hilang suara. Rasa macam takde apa-apa je dok berdiri tengah-tengah panas. Semangat beno.

Berbaloi dok tengah panas....team sekolah anak saya menang untuk tiga-tiga game. Menang dahsyat lah.

1) SK MUZWIN vs SK MUHIBBAH = 3-1
2) SK MUZWIN vs SK MANONG = 3-1
3) SK MUZWIN vs SK TUN DR ISMAIL = 2-0

Panas terik tak usah cakap la, kesian tengok budak-budak.
Game yang terakhir tu nampak sangat dia orang dah tak larat tapi tetap all out....nak menaaaaang.

Mak bapak, guru besar semua datang bagi sokongan....

Habis game semua lembik tapi puas hati menang. Coach pun boleh senyum bangga.
Automatik team dia layak ke final, esok.

Biasanya habis game, semua player akan diberi makan tengahari bungkus dalam polystrin.
Bila coach cakap nasi yang ada tu simpan, kita pegi makan KFC.......
Semua hilang lembik, menjerit-jerit macam kanak-kanak rebina....

Hilang title player bola...
Emmm budak tu tetap budak jugak....

Seronok deme cikgu belanja kfc ....
Nasi yang ada tu pun balun habis jugak
Takdenye simpan-simpan
Lapo...dah pukul tiga kan....

Balik rumah lembik balik, sabo je lah!

Esok, lawan lagi, dengan kumpulan B, penentuan juara dengan naib juara...

Terima kasih sebab sudi baca


Tuesday, March 4, 2014

Training Bola Bawah Terik Matahari

Assalamualaikum

Hai korang. Alhamdulillah cuaca panas dah disirami hujan petang semalam. Walaupun sekejap je tapi syukurlah rumput-rumput yang kering kontang dah basah kena hujan

Kat tempat saya hujan selebat-lebatnya
Siap ada ribut lagi....
Bahaya jugak lah pada penunggang motosikal sebab ada dahan2 pokok yang patah....

Minggu lepas panas terik tahap gaban tapi anak teruna saya tetap aktif.....
Amir masuk perlawanan bola sepak bawah 12 tahun MSSD untuk 2014...
Hai jenuh ler training tengah-tengah panas
Tapi budak mana reti panas ke hujan ke
Main tetap main.....

Masa final peringkat zon minggu lepas
Game dia orang dari pagi sampai 2.30 petang....
Matahari terpacak atas kepala
tapi saya salute cikgu yang jadi coach budak-budak ni, sanggup sama-sama berpanas nak bagi support....

Bila rest untuk fisrt half, siap angkatkan payung besar suruh budak-budak ni berehat di tempat redup.

Bangga jugak sebab akhirnya sekolah anak saya juara peringkat zon Kuala Kangsar. Lepas ni dia orang akan mewakili zon Kuala Kangsar untuk ke daerah Kuala Kangsar.

SK Raja Perempuan Muzwin
Champion Zon Chandan. Amir pakai jersi nombor 13, cari ler....


Hari ini, cuaca panas lagi bercampur jerebu. Training bola still ada. Gambar kat atas tu masa tengah berlatih ambil penalti, sorang-sorang kena buat. Tengok le padang dah macam padang jarak padang tekukur, kering. Esok ada game antara zone. Empat zon semua. Lawan di SK Padang Ampang. Moga team dia orang ni boleh mara lebih jauh. Insya Allah.

Dalam cuaca yang tak berapa sihat ni
game game juga tapi
kita kena lah jaga kesihatan
kena banyak minum air
kurangkan aktiviti outdoor
sebab jerebu pun dah di tahap membimbangkan di sesetengah tempat
Jangan lupa pakai mask bila di luar
Saya pun beberapa minggu lepas demam satu minggu....

Tak tahan panas sangat.....

Terima kasih sebab sudi baca

Monday, March 3, 2014

Tips dan Panduan Temuduga Kerajaan

Assalamualaikum

Hai korang. Ni, saya nak tanya ni, ada tak sapa-sapa yang belum bekerja? Tengah cari kerja? Kerja sambilan? Kerja swasta tapi berminat nak kerja dalam perkhidmatan awam? Nak jadi orang gomen kata orang tua-tua. ehehehe...

Saya ada info terkini kepada sapa-sapa yang berminat nak kerja kerajaan. Sebab SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) ada buat kursus khas berkenaan ini. Kira macam pendedahan awal lah...nanti bila layak dipanggil temuduga, korang tak lah blur-blur tak tahu apa nak prepare. Bukan setakat persediaan temuduga je, tapi persediaan yang nak hadapi peperiksaan atau assessment center pun ada bergantung kepada jawatan yang korang mohon tu.



Kursus ni, akan diadakan sepanjang tahun 2014 bermula bulan Mac 2014. Tempat boleh dikatakan setiap negeri ada. So korang boleh semak mana-mana yang terdekat dengan tempat tinggal korang ye.

Yang paling menariknya:

1) Kursus percuma

2) Nota kursus disediakan

3) Kursus setengah hari sahaja ~ 8 pagi sampai 1 tengahari.

4) Minum pagi disediakan.

Tapi dengan syarat:

1)  korang kena berpakaian kemas.... jangan datang selekeh dan serabai tau.

contohnya kalau perempuan cam ni lah


2)  kena cepat sebab ada tarikh tutup penyertaan.

Korang, kalau berminat ada borang pengesahan kehadiran wajib isi dan hantar. Aturcara kursus dah disediakan. Apa-apa hal boleh hubungi Urus Setia, SPA ada sediakan nombor telefon dan email. Boleh tanya panjang lebar.

Eh! senang-senang korang pergi KAT SINI jer lah, semuo ado.

Hah? apa? Belum mohon kerja kat SPA? Tak tahu ek? Takpe-takpe....meh akak tolong tunjukkan. Korang pergi KAT SINI dan mohon ye.

Lastly, cepat-cepat daftar. Selamat berkursus dan mohon kerja. Tak salah mencuba. Good luck!

Terima kasih sebab sudi baca.