Friday, February 28, 2014

Berbudi Bahasa Kah Kita?

Assalamualaikum

Hai korang. Lama tak update. Kali ini nak cerita pasal budi bahasa. Teringat lagu Siti Nurhaliza...'budi bahasa budaya kitaaaaaa'. Dari kecik lagi dah diajar nyanyi. Tapi berbudi bahasakah kita macam lirik tu? Mungkin ada tapi kadang-kadang kita terlupa kot. Atau masa belajar subjek agama, bab akhlak terlerai dari buku, so ter miss belajar budi bahasa. Keh keh keh.

Minggu ini saya ada tiga babak lakonan sebenar yang tak berapa nak berbudi dan berbahasa.

Situasi 1
Saya dalam kereta, baru je hidupkan enjin tiba-tiba datang seorang perempuan ketuk-ketuk tingkap kereta. Saya turunkan cermin sedikit je, takut nanti dia cekik, mamposss.

Perempuan : Kak, mintak duit sikit nak beli makanan, lapar..
Saya           : Duit? Berapa?
Perempuan : Berapa-berapa jer lah (saya pun bagi)
                   tiba-tiba......
Perempuan : Banyak ni mana cukuuup
Saya           : Hah? (saya terkejut dan tambah lagi duit...)
Perempuan : Hmm, ok (terus blah macam tu jer)
Saya.            : :O

Situasi 2
Di tempat kerja saya dapat panggilan telefon dari klien

Klien : Cik, nak tanya duit bulan dua dah masuk belum? (terus bertanya tanpa mukadimah)
Saya. : Sudah encik, 28hb Jan hari tu dah masuk
Klien : Duit bulan tiga?
Saya. : Bulan tiga punya tengah proses, mungkin dalam minggu ini...
Klien : Huh! Ok lah (Tuuuttttt talian putus)
Saya. : :O

Situasi 3
Pagi tadi, tengah syok-syok tengok game bola anak saya, tetiba suami nak qado hajat pulak. Ajak saya teman dia. Kalau ke rumah jauh sangat. Supaya tak melepas dalam seluar, singgah petrol pam no.1, berkunci. Pergi petrol pam no.2, orang tengah cuci, saya cakap pada husband, pergi jer lah mungkin dia bagi masuk.

Suami : Adik, boleh masuk? Nak buang air....
Budak cuci : Tengah cuciiiiii
Suami : :O

Bercakap membelakangkan orang, sambil tunduk tertonggeng mengambil baldi, masuk toilet dan tutup pintu. Suami saya terpinga-pinga beredar sambil terkemut-kemut menahan sakit perut.

Susah sangat ke nak ucap terima kasih. Susah sangat ke nak pandang muka bila bercakap. Susah sangat ke nak senyum bila orang menegur. Bukan kena bayar pun. Entahlah...Kenapa jadi macam ni ye?

Pada saya lah, mungkin sebab zaman dah berubah. Kalau berkomunikasi, lebih kpd guna sms, whatsapps, weechat, email dan sewaktu dengannya. Mulut dah tak pandai nak bercakap, bersembang. Semua pakai text. Jari yang menaip, taip lah apa saja. Ada yang maki-maki, perli-perli dalam facebook. Saya ada jumpa status perli mak dia sendiri. Kawan-kawan fb semua baca dan komen. Tak rasa apa-apa ke?

Kadang-kadang memberi salam pun tak payah dah. Terus...woi jer. Di akhir perbualan cuma ok ok. Saya pernah siasat anak saya pm (private message) kawan-kawan dia di fb. Perkataan pertama dia 'woi'. Saya tegur dan alhamdullilah mahu dengar. Sekarang tak buat lagi. Kalau dibiarkan.....nauzubillah. Mak ayah please monitor........

Gajet. Rata-rata sekarang, masing-masing dah ada gajet, smartphone. 24/7 mengadap gajet, online. Tak toleh orang dah. Di kedai kopi duduk satu meja tapi online, duduk satu rumah tapi dalam bilik masing-masing online, dalam kereta ada mobile broadband, duduk sebelah-sebelah tapi online...lama-lama hidup dalam dunia sendiri, tak reti nak bermasyarakat. Orang lalu lalang pun dah tak peduli. Orang bertanya pun dah macam badak pekak. Kalau menjawab pun ala kadar jer, muka tengok hp sebab tengah khusyuk online. Itu sebab bila orang bercakap rasa tak bersalah je tonggeng tunjuk bontot sebab tak biasa beradab sopan dan hormat pada orang.

Tiru. Baru-baru ni kecoh pulak pasal artis bergaduh. Banyak keluar kat fb. Saya tak tengok tp orang sebelah saya tengok guna high volume. Secara tak langsung saya dengar sekali. Ada perkataan gua lu gua lu, anjing kurap...itu je yang sempat saya dengar. Tak berminat nak ambil tau. Kalau benda2 macam ni keluar secara meluas, budak2 akan senang tengok dan tiru. Nanti dorang ingat kalau nak marah orang boleh guna perkataan tu.

Mak ayah kalau bercakap dengan anak pun kena beradab. Kadang-kadang anak-anak mudah terikut. Contoh bila marah sebut aku terajang kang baru tau.......Lagi satu, ada aku kesah...........Rasa macam lawak jer kan? Budak-budak cakap macam tu, lepas tu orang tua boleh gelak-gelak. Nanti tiba-tiba, bila mak tegur anak, anak jawab 'ada aku kesah', orang yang mendengar kata teruknya anak dia, baru mak nak sentap, dah tak guna.

Ini pandangan dan pendapat saya je. Korang ada pandangan lain?

p/s: tak beradap ke saya kalau saya sms orang cakap macam ni 'engko memang tak reti bahasa ke atau memang tak faham bahasa?' Sebab dia tak faham-faham pesan saya, buat jugak salah berulang-kali tapi rasa diri tak bersalah.


Terima kasih sebab sudi baca.


Saturday, February 22, 2014

Owh! Duit BR1M Belum Masuk Eh?

Assalamualaikum

Hai korang.
Dunia sekarang semua orang pandang duit. Tak ada duit, jangan harap lah. Even budak sekolah pun nak pegang duit sendiri dalam dompet diorang. Rasa macam gah je bila ada duit sendiri dalam kocek, walaupun hanya RM1.50...anak sayalah tu

Semua Sesetengah orang cakap duit bukan segalanya. Duit tak boleh beli kebahagiaan. Betul ke? Pada saya, duit sangat penting. Cuba bayangkan korang hidup satu hari tanpa duit. Sehari dua mungkin boleh. Kemudian lanjutkan lagi satu minggu, satu bulan.....tengok apa jadi?

Bila ada duit semua benda boleh dapat, semua perkara boleh buat. Ada duit maaaa. Kalau takde duit pulak? Macam-macam boleh jadi?

Marah. Cuba fikir bila situasi satu keluarga yang dah putus duit. Tinggal sepuluh ringgit sebelum nak gaji minggu depan. Korek tabung duit syiling..kira-kira dapat lapan ringgit empat sen, cucuk kad bank....rimau taknak muntah duit, dalam hati cakap, owh duit brim belum masuk lagi. Masa ni jadi serabut, kepala semak. Balik rumah, anak korek-korek hidung depan kita pun jadi kesalahan besar. Marah, rasa nak penampar. Ibu ayah jangan buat macam ni, tolong ye.

Rendah diri. 
Situasi bila ada orang minta derma ke sumbangan ke apa ke...time tu pulak kita tengah pokai. Duit pun adalah cukup-cukup tambang balik ke rumah je. Orang yang mintak sumbangan cakap seringgit pun tak pe kak..janji ikhlas. Kita pun buat-buat bukak dompet, padahal dah tau resit-resit bank je ada. Mintak maaf lah dik, takde... buat muka seposen. Dia tak tau dalam poket ada seringgit je untuk tambang bas balik rumah petang karang. Masa ni jadi rendah diri, seringgit pun tak boleh nak bagi. Rasanya kalau nak mintak sumbangan ke derma ke, better time gaji lah ye. 

Jadi bahan.
Kadang-kadanglah, kalau dah takde duit sangat dan terpaksa meminjam. Pinjam pada kawan, pinjam pada adik-beradik, pada mak ayah, mertua. Asal nampak kita je dah cop kaki pinjam, tapi masa tu bukan nak pinjam duit pun. Kalau betul memang nak pinjam duit, telinga kena jadi besi dulu, tahan kena maki....dah, ini last ye, lain kali jangan harap. Kita pun ambik duit lepas tu lari masuk jamban, nangis tak berlagu sebab sedih sangat. Kesian.

Itu situasi takde duit. Kalau ada duit macam mana? Hah hah hah, saya ada duit, duit saya banyak. Aku kaya, aku kaya...hari-hari hari raya.

Suami, taip-tiap minggu bawak wife makan angin. Hujung tahun melancong. Wife seronok, sayang. Hidup bahagia.

Isteri, dapat gaji beli supplement, bagi cantik, tegang sana sini, besar mana yang kecik. Badan mantop, suami tak cari lain. Hidup bahagia.

Anak, hantar duit kat mak ayah tak pernah miss. Mak ayah di kampung senang, gembira. Hidup bahagia.

Ibu ayah, panggil cikgu datang rumah ajar anak mengaji, sabtu ajar tuisyen. Ahad outing dengan anak isteri. One happy family. Hidup bahagia,

Jiran dan kariah masjid, mintak sumbangan nak tukar atap surau, anytime boleh bagi. Takde masalah orang bagi salam nyorok taknak keluar rumah, buat-buat takde orang.

Kawan, sentiasa boleh belanja makan. Kawan happy dapat makan free, kita pun happy ada ramai kawan. Bila susah, insyaallah senang nak mintak tolong. Nak balasan ke?

Jadi, duit boleh buat kita rasa bahagia. Kena ingat jugak, duit bukan segalanya tapi segala-galanya perlukan duit. Ada duit bukan untuk kita jadi riak, takbur atau sombong. Bukan nak rasuah sana sini. Tapi untuk kita tingkatkan amal dan ibadah. Jika salah guna duit, banyak duit pun tak guna.

Kalau orang bagi duit free-free, sapa yang cakap taknak? Saya pun nak. Kalau ada lah...ada ke?

Ini pendapat saya sahaja, kalau tersalah tolong betulkan.

p/s: sambil beli barang di pekan, ada orang mental mintak duit, kak dua ringgit dua ringgit, nak beli nasik....moral of the story, orang mental pun perlukan duit.


Terima kasih sebab sudi baca. Kalau ada lah...ada ke?

Monday, February 17, 2014

Artis Kena Tangkap Basah, Sedang Berbogel.

Assalamualaikum

Haiipp!


--
--
--
--
--
ooooo, kalau bab cerita panas artis cepat je korang klik yeee.
sorry, ini bukan blog lucah.


p/s: cari entri yang baik-baik jer

Terima kasih sebab terjah ;P

Sunday, February 16, 2014

Celcom Offer : Samsung Galaxy Note 3 Rose Gold

Assalamualaikum

Hai! Korang semua pernah tak taip sms tapi salah eja. Pastu tu orang yang terima sms atau baca tak faham. Pastu bila dah perasan salah, gelak sorang-sorang, hehe....

Hal ni pernah jadi kat saya. Dalam group whatsaap dengan kawan-kawan, bila baca rasa pelik...hah? eh, eh, eh, pastu ooooh, baru faham typo rupanya :O Camne nak cerita ye? Ok meh sini, saya tunjuk.....
(abaikan nama kawan-kawan group whatsaap saya ye)

Mula-mula dapat mesej, ingatkan kawan saya masuk tv tapi rupa-rupanya....TYPO :(


Pastu kawan saya yang disangka masuk tv tadi pun reply....tapi 'bilas masuk tv' lah pulak....TYPO lagi, hehe

Saya yang hanya membaca sembang dorang ni, gelak sorang-sorang. Lawaknya, kata samsung dah 'samseng' pulak. Eh eh, jari tersalah taip samsung pulak disalahkan. Ini semua gara-gara touch screen sebenarnya ....................................................................... jom sini saya nak tunjukkan kat korang keluaran Samsung Galaxy Note 3. Memang cantik. Banyak application dan yang paling penting ada disertakan sekali S pen. Senang nak tulis, bergaya dan tak lah typo lagi hehe. Kalau tak nak pakai S pen pun boleh gak. Dan yang lagi terkini, Samsung Galaxy Note 3 in Rose Gold. Ada dua warna, hitam dan putih.

Kat tepi dia ada line warna pink gold, nampak tak?

Lagi satu nak beritahu korang sempena CNY baru-baru ni celcom ada buat promotion Samsung Galaxy Note 3 dalam Rose Gold colours ni. Celcom tawarkan serendah RM1,538 untuk 24 bulan dengan data 5GB. Apabila korang sign up dengan plan ni dengan Celcon First, korang akan dapat Moshcino case percuma dengan nilai RM185. Ada lagi, ada lagi, boleh beli Samsung Galaxy Gear dengan harga diskaun iaitu RM288. Harga biasa RM999. Murahkan?

Tapi kena take note, promosi ni sah sampai 28 Februari 2014 ni jer. Sapa-sapa yang berminat tu, bolehlah cepat-cepat grab, sebelum terlambat. Tinggal dua minggu je lagi.

Korang boleh tengok info lanjut kat sini: http://bit.ly/li603FR

p/s: sambil buat kerja tulis-tulis dengan S pen di note baru, bolehlah whatsaap takde typo dah, hahaha.... udah! tetiba gelak sorang-sorang.

Terima kasih kerana sudi baca.

Friday, February 14, 2014

Adidas Adipure Pro11 Sg Mix Stud

Assalamualaikum

Hai korang. Suami saya dulu selalu kata kat saya pasal shopping online ni. Boleh caya ke? Dorang tak tipu kita ke? Betul ke barang tu yang sampai? Sama ke dengan apa yang kita order? Dia lebih prefer pergi ke satu kedai ke satu kedai nak mencari yang berkenan. Tapi itu dulu, sekarang sejak dua menjak ni, dia pulak yang selalu tengok news feed kat fb pasal online shop. Lebih-lebih lagi, boot bola. Kenapa yek, entah? tiba-tiba....:P . Zaman dah berubah, kena le ikut peredaran masa.

Sebenarnya memang serius best dan senang bila online shop, saya pun suka. Boleh belek produk lama-lama, compare-compare harga. Apa-apa boleh tanya or request kat online shopper, dia yang akan arrange. Semuanya di hujung jari. Lagi satu boleh jimat masa, atas tilam sambil-sambil hirup kopi panas pun boleh shopping..hehe.

Hari ni suami saya dah selamat membeli satu boot bola idaman dia. Bila dah compare dengan banyak page yang jual boot, ada satu page ni memang puas hati. Antara sebab-sebabnya:

  1. Harga murah dan mampu milik
  2. Kualiti bagus, bukan stok salinan (Sekiranya salinan, onwer akan beritahu)
  3. Ada stok baru dan stok terpakai. Kalau yang terpakai pun kualiti masih cantik.
  4. Sesetengah stok, harga boleh runding
  5. Perkhidmatan tip-top, tengahari semalam transfer duit, hari ni dah sampai rumah.
  6. Tiada caj penghantaran
  7. Cara pengeposan jugak baik, dia wrapping elok-elok supaya orang tak tahu pun dalam bungkusan tu boot bola. Kalau tak, nanti kena rembat pulak. :O
 TADA !

Ini boot suami saya beli  ~ Adidas Adipure Pro11 Sg. Mix stud.
Serius memang murah dari harga pasaran kat luar sana.

Kali ni suami saya order untuk dia jer. Sebab puas hati, nanti nak beli untuk anak bujang saya pulak.

Kalau footballer atau sapa-sapa yang berminat nak cari boot dengan harga berpatutan, suami saya rekomenkan page dia ni. Korang boleh lah tengok-tengok info kat bawah .....

Nak wassap onwer pun boleh, nombor hp ada tulis kat web dia.

p/s: suami saya dah pandai ber online shopping, pastu rasa bangga sorang-sorang...;) hehe

Terima kasih sebab sudi baca.

Thursday, February 13, 2014

Dompetku Hilang

Assalamualaikum

Budak-budak sekarang, bila pergi sekolah mesti nak lengkap semua. Contohnya, kena ada wallet untuk simpan duit belanja. Zaman saya dulu bila mak kasi duit belanja, simpan dalam poket baju sekolah. Boleh jer pergi sekolah, takde masalah pun. Anak saya sekarang, kalau takde wallet rasa macam tak cukup syarat....Kosong jer pun, bila bagi duit baru berisi wallet tu. Tapi anak-anak sekarang, dorang rasa wallet tu sangat penting dan jadi kemegahan bagi sapa-sapa yang ada wallet. Wah wah wah, budak-budak sekarang...anak saya lah, anak orang lain mungkin tak, kot.

Petang tadi masa nak siap-siap hantar anak ke sekolah agama, si bongsu main-main dengan wallet biru 'kebanggaan' dia. Ada logo Chelsea lagi. Main punya main, sampai dia misplace letak kat mana. Tiba masa nak pergi, dia nangis-nangis tak nak masuk kereta.

Daniel: Mama, mana dompet nyel, dompet nyel mana......*mood nangis, lompat-lompat*

Saya: Hari ni takyah bawak dompet ye, nanti balik sekolah kita cari

Daniel: Taknak, taknak, nak dompet jugak...uwaaa... uwaaa....*guling-guling atas lantai*

Saya dan kakaknya carilah satu rumah sebab nak suruh dia pergi sekolah jugak. Habis semua tempat kena geledah, wallet punya pasal. Tetiba papa masuk campur....

Papa: Udah, jangan nak mengada-ngada, cepat masuk kereta!! mood marah tanpa belas kesian

Dengan rasa tak puas hati, dia pun masuk kereta dengan air mata berjujuran nangis-nangis, dompetnya tak jumpa. Sambil jalan....kakak mira rasa-rasa kat kepala Daniel sebab terjojol je macam bonggol unta.
_ _

_ _

_ _

_ _

_ _

_ _

Mira: Ni hah apa? Dia yang lupa letak dalam topi (songkok), suruh orang cari

Daniel: Sapu-sapu air mata, mulut terkulat-kulat malu.....*muka ~ nyorok-nyorok kat seat kereta*


Satu kereta gelak kat dia, daniel, daniel....bikin lawak dipetang hari. 


Simpan kat songkok tu yang tak boleh blah,
kah kah kah...tak boleh tahan, nak gelak jugak.


Terima kasih sebab sudi baca.


Wednesday, February 12, 2014

Contoh Soalan Temuduga Penolong Akauntan W27

Assalamualaikum

Hai korang! Hari ini saya baru je lepas habis sessi temuduga jawatan Penolong Akauntan Gred W27. Jadual temuduga pukul 8 pagi tapi saya dah terlewat 20 minit. Sangkaan saya mesti orang dah ramai tapi sampai je kat kaunter pendaftaran sorang pun takde lagi. Saya pun mendaftarlah, nama ngam-ngam nombor 1, so giliran saya yang mula-mula sekali. Tak sempat nak duduk, terus kena masuk bilik panel temuduga. Gabra jugak lah....


Persediaan untuk temuduga memang saya akui sangat teruk. Tiga hari sebelum hari temuduga saya dah tak sedap badan, sakit tekak dan rasa nak demam. Sudah ditakdirkan, semalam saya demam, batuk, selsema. Bersin tak sudah-sudah. Makan ubat, tidur. makan ubat, tidur. Itu rutin saya beberapa hari sebelum interview. Waktu saya menulis ni pun, masih belum sihat. Jadinya saya hanya pergi dalam keadaan yang tidak bersedia. Dokumen-dokumen, resume, sijil-sijil semua husband saya yang tolong preparekan....

Entri kali ini saya just nak share dengan korang soalan-soalan yang ditanya kat saya tadi. Oh ye, sebelum tu saya nak bagitau saya adalah penjawat awam so soalan-soalan yang ditanya juga adalah berkisar tentang kerja dan serba sedikit pasal kerajaan. Saya hadir temuduga untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi. Orang gomen je yang paham, hihi.

Soklan-soklan nyer:

1) Sila perkenalkan diri puan, latar belakang, taraf pendidikan, jawatan sekarang serta berikan kelebihan yang ada pada puan sekiranya puan terpilih untuk menjawat jawatan ini.

2) Sekarang puan berkhidmat di jabatan mana dan terangkan tugas-tugas puan.

3) Terangkan mengenai Pekeliling Perbendaharaan Bil.2 Tahun 2014. Senaraikan dua perkara dalam pekeliling tersebut.

4) Apa yang puan tahu tentang GST? Bezakan cukai sekarang dengan GST. Berapakah peratus GST? Kepada siapa GST itu dibayar/ siapa yang memungut GST?

5) Jabatan Akauntan Negara akan melaksanakan satu pelaksanaan dalam akaun dan kewangan Kerajaan Persekutuan, jelaskan pelaksanaan tersebut.

6) Apakah yang dimaksudkan aset dipermodalkan?

7) Dalam sistem terimaan, borang kew. berapakah yang digunakan untuk penerimaan pungutan?

8) Semasa mengeluarkan L/O (pesanan tempatan) bagi bekalan atau perkhidmatan berapakah had maksimum yang dibenarkan? Sekiranya amaun telah melebihi had maksimum tersebut, apakah yang harus puan lakukan?

9) Sekiranya puan ditawarkan jawatan ini, bersediakah puan ditempatkan di Sabah atau Sarawak?

Jadi untuk yang freshie atau bukan penjawat awam, saya rasa soalan lebih kepada isu-isu semasa dan mengenai tugas-tugas jawatan yang dipohon

Bagi saya, saya menjawab secara apa yang saya tahu bukannya menjawab soalan yang ditanya. Soalan no. 3 dan no.4 tu, sangat lah blur sebab takde persediaan langsung. Tahu tapi tak tahu nak explain...dah camne tu??

Saya rasa harapan untuk dapat jawatan tu sangat tipis. Keluar bilik pun dah rasa macam ni....'kenapa lah dengan aku niii, sengal nye' sob sob...


Korang tengoklah bilangan calon yang dipanggil temuduga dibandingkan dengan calon yang nak diambil untuk mengisi kekosongan. Sekiranya saya tergolong dalam yang empat tu...memang satu keajaiban lah.

Husband saya kata, takpe lah kalau bukan rezeki saya, jawab confident mana pun masih tak dapat jugak....so jangan bersedih, ada rezeki yang lebih baik Allah dah janjikan. Kita merancang tapi Allah Maha Merancang. Ececeh...ayat menyedapkan hati.

Terima kasih kerana sudi baca.

Monday, February 3, 2014

Ara Masak Tempoyak ??

Assalamualaikum

Saya guna loghat Perak.

Ape kabo komer? Yeop yong dah makan ke? Tajuk kemain lagi yek, ara masak tempoyak. Bebenor ke komer, ikan ara masak tempoyak?

Nak dijadikan ceghiter, Khamis 30 Jan baghu-baghu ni teman satu keluarge pegi ghomah adik ipor teman (adik somi) nuuun kat Tronoh sana. Lepah abis koje, ambik bebudak skolah, solat maghrib, makan malam, stat enjin krete..jalan. Maklum le, cuti ghaye cina...yeop yong. Bejalan le kumer. Somi nak mancing sebenornya, itu yang yer nyer! Sampe sana teghuih turun mancing....anak teman pun ngekor juger, dah pebret demer. Itu le kojer nyer bile cuti-cuti ghoper ni. Buleh baca kisah mancing anak beranak teman KAT SINI dan KAT SINI. Teman dengan isteri adik ipor dok ghumoh dulu, dah malam. Bior orang laki turun dulu. Tido pun tepi ayor komer, jangan tak cayer pulok. Kami yang pompuan-pompuan ni esok pagi kumer (kami) follow yer....

Pagi 31 Jan Jumaat :


Seperti yang disembang kat ateh(atas) tadi, pagi-pagi dah turun ngikut somi memasing. Bawa bekfes sekali, kira macam piknik tepi kolam ler...Nampok ikan besor tegolek ateh ghumput tuu. Kaghang teman ceghiter yek.


Sebelum nak makan tu, pasang umpan dulu. Idok le ghugi masa. Menyelam sambey (sambil) minum ayor.


Campok, dah letak leklok kat stand dia, biorkan kat situ...


Mentare umpan kena cagut, baghu boleh makan. Tengok ler makan pun ngadap ayor.....
Ini teman punyer bighras dengan anak buah.


Dah mengena! Nelayan makan, ikan pun makan juger. Tapi pepagi ni memang umpan senang benor mengena tapi yang kecik-kecik ajer. Ikan besor tido agoknye yek. Demer meghayap malam-malam apa?


Bebudok aktiviti bebudak le...sauk ikan, sauk siput, sauk sampah.


Dah boring sauk-menyauk, panjat pokok. Baik-baik jatuh komer.....


Mok-mok berlabun jer.


Budak besor ni, tetap mancing. Tak jemu-jemu.


Taghik....


Dapat sekor ikan talapia. Wey, lupe pulok teman nak ceghiteeeer. Moh sini, teman nak ngabor.......


Lampam dengan talapia ni, dapat masa malam-malam tadi. Lampam besor tiga ekor, talapia banyok ekor jugok lah. Idok le teman ngire.


Yang ni ikan patin, dapat pagi tadi. Kumer bawok ke ghumoh mentua. Teman masak tempoyak untuk tetamu yang datang masa adik ipor teman bertunang. Ghamey (ramai) yang boleh merasa.


Yang lampam, talapia pun dah selamat kena siang. Bawok juger ke ghumoh mentua. Dah tengahari, kumer kumbah (balik) ler...oghang laki nak solat jumaat.

...............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................dari tronoh kumer ke ipoh sebab adik ipor teman bertunang.

01 Feb Sabtu :


~ Selamat Bertunang Noni ~
Habeh dah stori mori teman cuti ghaye cina ni.
Wassalam.



HAH! ABIH DOH? ATER MANER IKAN ARA MASOK TEMPOYAK NYER???

...............

...............

.................

.................

..................

.................

.................

.................




Oppss teman luper. Ikan ara tu masa  turun mancing minggu lepah. Teman tak makan ikan ara. Somi teman memang ada dapat tapi katanyer kawan dia nak. Benggali maner ntah? Oghang benggali memang suka ikan ara ke komer?? Yang teman tau bangla jer yang minat makan ikan ara nii.



p/s: komer ghaser tertipu ker? Maap ler yek. Tetiba tebayang tipah nangis lap-lap ayor mata kat ali setan.......tipah tertipu bang, tipah tertipu.......siaaaan tipah kena tipu ngan jepp.

Luv, mama amir mira daniel