Thursday, January 30, 2014

Kita Memancing Lagi

Assalamualaikum

25/01/2014

Minggu lepas kami memancing lagi. Kali ini buat umpan banyak-banyak. Lepas tu beli anak udang untuk umpan udang galah. Bulan lepas pernah turun memancing tapi hampeh tak dapat seekor pun. Baca entri tu KAT SINI. Insyaallah kali ini mungkin berhasil kot.

Seperti biasalah kan, muka yang suka join mancing ni tak lain dan tak bukan anak sulung kami, amir. Semangat kemain lagi. Adik-adik lebih rela tengok tv kat rumah.


~ my aMiR ~

Ok, korang kalau nak pergi memancing, sudah tentunya kena ready umpan, mata kail mesti dah ikat dengan tali tangsi dengan baik. Bawak beberapa spare mata kail, tali tangsi, gunting, pisau batu kail, dan torchlight (kalau aktiviti malam). Semua tu boleh letak dalam tool box, macam ni.


Oh ya sebelum terlupa, nak bagitau korang jugak, sekiranya memancing sebelah malam dah tentu banyak nyamuk kan. Cara kami nak halau nyamuk..senang je. Bawak tempat letak telur yang kosong ni, pastu bakar.


Tengok....berasap-asap. Memang confirm nyamuk tak datang kacau.


Bila dah comfort, dah cari pot yang sesuai, baru boleh pasang umpan.


Ini papa punya umpan.


Umpan untuk ikan ~ pallet campur dengan air, tepung, daun kari, bawang putih dan rempah kurma.
Macam nak buat kuih pulak kan. Emm apa-apa saja lah papa ni. katanya nak bagi wangi.


Ini umpan untuk udang galah. Kami beli je kat kedai ikan. Biasanya kalau papa rajin, dia akan sauk kat sungai sebelum turun mancing. So kalau dah beli tu...kira-kiranya ada kemalasan sikit lah tu. :(


Papa dan mama ~ posing-posing sementara umpan mengena.


Tadaaa...sekor udang dah kena umpan. Yeay!! best-best


Amir pun nak gambar ngan udang gak.


Hasil tangkapan malam tu. Lampan dengan udang galah. Jadi lah....

So...bila dah dapat tu, kira puas hatilah. Hari pun dah larut malam. Mira ngan daniel kat rumah, jadi tak bolehlah tinggal lama-lama. Kita orang pulang dengan senang hati dan berbaloi lah duduk dua jam kat tepi sungai. 

Esoknya mama masak lemak cili api ikan. Alang-alang ada udang mama campurkan sekali tapi tak sempat nak snap gambar, dah kena balun ngan anak-anak. Ikan lampan mama goreng tepung aje. Rangup dan manis isi nya. Sesiapa penggemar ikan sungai mesti suka.

Itu aktiviti malam minggu kita, nanti boleh pergi memancing lagi.

Luv, mama

Blog Kena Terjah

Assalamualaikum

Hari ini rasa gembira sangat. Sebab apa ye? First time saya join segmen bloglist camni, tetiba dapat untuk di review. Alhamdulillah. Sebenarnya, tak de la besar sangat benda ni, tapi rasa excited bila ada blogger yang sudi baca blog kita. Blog saya kategori newbie jugaklah, entri pun tak berapa banyak lagi. Banyak yang kena belajar. Kalau salah tolong tunjukkan ye.

So nak tunjuk sikit, benda yang diceritakan ni...

28/01/2014 hari tu join blog kat sini..

Pastu dah dapat inform blog kena review.


Ini dia entri dalam blog farahudahud.blogspot.com


dan ini blog saya yang dah kena review oleh adik farahuda. Thanks adik.

Kepada peserta-peserta lain juga saya ucapkan tahniah. Nanti kita join lagi ye. Meh-meh la...terjah dan follow saya pulak. Hew..hew malu sebenarnya nak ajak orang follow kita. :P

Terima kasih kerana sudi baca.

Luv, mama amir mira daniel

Tuesday, January 28, 2014

Review Blog Bersama Fara (Part 1)

Assalamualaikum

Sebenar kita ada dua blog. Tadi kita post entri ni kat blog luriahkay.blogspot.com . Tapi kita rasa kesian pulak kat blog kita yang satu ni. Sebab blog ni pun aktif jugak tapi entri nya kisah-kisah family jer. Jadi kita rasa nak join segmen ni jugak lah.

Entri yang sama:

Semalam dapat notification facebook Farahuda Hud approved your request to join the group "Amazing Blogger". Jadi, hari ini baru boleh jalan-jalan tengok-tengok group tu. Tetiba ternampak blog Farahuda Hud nurfarahudahud.blogspot.com tengah buat review bloglist. Dateline dia pun masih aktif. So...apa lagi rebut peluang lah kan.

Dia punya syarat pun senang dan simple je. Jadi, jangan tunggu lama-lama, jangan tunggu lama-lama, jom lah buat.

1. Follow blog Huda - DONE

2. Buat satu entry yang simple - DONE

   kemudian letakkan banner di atas dalam entry korang - DONE


  backlink kan ke entry ke segmen ni - DONE

3. Letakkan entry korang di ruangan comment entry ini sahaja. - DONE

Tarikh tamat segmen ni pada 28 Januari 2014, pada jam 10.00 malam - DONE dalam tempoh yang ditetapkan.


Ok dah siap...



Terima kasih kerana baca dan review blog ini.

Monday, January 27, 2014

BKAP1M: Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia

Assalamualaikum

Bulan pertama persekolahan, banyak perkara baru mesti dipelajari. Banyak benda baru harus diganti. Kehendak yang melampui batas dan kekangan kewangan yang dihadapi. Dengan dua point ini mama terpaksa menangguhkan dahulu beberapa perkara dan mendahulukan perkara yang lebih penting.

Apa yang mama buat, pertama...membayar keperluan sekolah kebangsaan untuk tiga orang anak-anak mama. Kedua, membayar yuran sekolah agama di sebelah petang untuk mira dan daniel. Ketiga, membeli pakaian sekolah daniel sebab daniel akan masuk tahun satu pada 2014. Memang dia tak ada baju jadi nak tak nak terpaksa beli.

Untuk kasut, beg dan pakaian amir mira mama tangguhkan dulu. Alhamdulillah anak-anak mama faham tentang masalah yang mama hadapi. Mama mintak maaf dan terima kasih kerana memahami. Mama sayang kalian semua.


22 Januari 2014, BKAP1M diterima. Seperti yang mama janjikan dengan duit ini mama akan manfaatkan untuk semua keperluan yang masih tertangguh. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih juga kepada PM. Beban mama pun dapat dikurangkan.


RM 300 untuk tiga orang anak.


Amir RM100


Mira pun RM100


Daniel RM100 jugak :)

Dah dapat, kita terus ke kedai petang tu, beli apa-apa yang belum dibeli. Ganti apa-apa yang belum diganti. Bayar apa-apa yang belum dibayar. Semuanya untuk korang, mama tak akan guna duit itu untuk mama. Insyaallah.

Antara yang kita beli dan sempat mama ambil gambar...........


Kasut mira dan daniel...


Baju sekolah mira dan daniel...... harga tu ialah harga yang mama bayar kat taukeh kedai tu - baju, tudung, baju melayu dan singlet


Kasut sekolah amir....

Barang-barang yang takde dalam gambar - baju amir, beg sekolah daniel dan separuh bayaran untuk program UPSR amir.



Ini kasut lama yang telah diganti dengan yang baru. Tapi mama tak bercadang nak buang. Masih boleh dipakai. Kalau waktu PJ boleh pakai kot ek? :P

Dan, apa yang paling penting sedikit ringgit dari duit amir, mira dan daniel tu, dah kita salurkan ke tiga masjid untuk kegunaan kebajikan. Ingat ye anak-anak mama, duit atau harta yang kita dapat tu bukan 100% milik kita, tetapi adalah milik orang lain yang masih memerlukan. Sebab itu Allah hukumkan zakat. Harap amalan kita ini akan menjadi amalan yang berterusan. Insyaallah.

Belajar rajin-rajin ye anak-anak mama. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat. :) :)

Luv. mama.

Monday, January 6, 2014

Doaku Pada Mu...

Bismillahirrahmanirrahim


Ya Allah,
Kau ampunilah dosa ku yang telah lalu,
Kau limpahilah aku dengan kesabaran yang tidak terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan.

Ya Allah,
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan-Mu di Arasy,
Berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk di jannah-Mu,
Limpahilah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu,
Berikanlah aku kesabaran untuk ku hadapi segala kerenah dan ragamnya.

Ya Allah,
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku,
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku di dunia ini tetapi bukan di akhirat-Mu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
Kau berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat-Mu

Ya Allah
Sesungguhnya..
Aku lemah tanpa petunjuk-Mu
Aku buta tanpa bimbingan-Mu
Aku cacat tanpa hidayah-Mu
Aku hina tanpa rahmat-Mu

Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah
Hanya pada-Mu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Iateri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati

Ya Allah Ya Tuhanku
Seandainya telah Kau taqdirkan dia bukan untukku
Kau berikanlah aku kekuatan dan kesabaran
Menerima segala ketentuan-Mu
Seandainya telah Kau tulis ianya sementara bagiku
Kau berikan ketabahan menjalani kehidupan ku yang seterusnya
Bersama anugerah yang Kau berikan
Dan Kau jadikanlah aku
Insan yang sentiasa bersabar dan redha dengan segala dugaan-Mu
Dan andainya kau masih beri kesempatan itu
Aku mohon Kau lindungilah kami dan permudahkanlah urusan kami
Ku berserah pada-Mu Ya Allah

Amin Ya Rabbal 'Alamin.


Sunday, January 5, 2014

Gathering @ Kasih Berteduh

Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu. Ahad pertama di tahun 2014. Semoga kita semua ceria-ceria selalu.


Di mana ni? Di mana ni? Apa pasal banyak kereta ni? Ada kenduri ke?

Haa, macam ini lah kalau dah berkumpul adik-beradik. Parking lot semua penuh. Chik Joi ajak makan malam di rumah atuk. Orang kata rezeki jangan ditolak. Jadinya hari ini dapur mama tak berasap. Tengahari makan kenduri, malam makan di rumah atuk. Bila ada orang sponsor mama cuti masak. Hip hip hurray.


Manfaatkan tempat yang ada. Duduk bersila beramai-ramai.


Tambah nasi, tambah nasi, jangan memalu.

Nasi beriani, kari ayam dengan kurma daging. Taukeh ayam mesti ada menu ayam kan.

Makanan ditaja oleh Chik Joi dan dimasak oleh Chik Mas. Terima kasih ye...kita orang balik dengan perut kenyang, lalalalala :) :)


Geng menantu bergosip.


Yang besar tengok handphone...


Yang kecik layan tablet.


Lepas kenyang, ambil angin malam di luar. Bila dah ramai, selipar bersepah-sepah. Siap ada penyapu lagi kat depan pintu. Kerja budak-budak lah ni.


Makan depan pc atuk, tengok cerita 'Hantu Tok Mudim'. Mula-mula sorang dua.


Lama-lama makin ramai.


Dan ini akhirnya...bersesak-sesak!


Cerita dah habis, ada aktiviti lain pulak. Tangkap katak....bila dah berjumpa, ada-ada je kerja korang kan?


Tahniah, tahniah...hasil tangkapan malam ini. Muka Danish macam bangga je. Ok encik katak, pergi main jauh-jauh.

Apa lagi kerja korang ni....


Panjat tiang lah pulak...balik rumah atuk aje, tak sah kalau tak panjat tiang ni. Lepas sorang-sorang. Pertandingan siapa boleh panjat paling tinggi. Lepas tu sorak ramai-ramai.


Dah penat panjat, gadis genit lepak sini bersembang hal perempuan.


Teruna besar nonton bola, Frenz United vs Liverpool, TV1....teruna kecik berlari berkejaran sampai tak boleh nak ambil gambar.


Baby kawan dengan baby. Baby lagi satu dah selamat dalam buaian. Sleeping beauty..safa.


Seperti sejambak rambutan, ada warna kuning, ada warna merah. Walaupun berlainan warna ia tetap dari pokok yang sama. Begitu juga kita, walaupun berlainan rupa wajah tapi kita tetap serumpun. Atuk yang sama dan opah yang sama.

Ini cerita kita di malam minggu. Jadikan ia sebagai satu kenangan yang indah untuk dikenang. Sebabnya zaman kanak-kanak adalah zaman paling gembira dan ia takkan berulang.

Luv, mama

Friday, January 3, 2014

Rehlah Fi Lata Jeliang dan Game Bola

Assalamualaikum

Selamat Tahun Baru 2014!


Moga-moga memberi nafas baru kepada kita semua untuk meneruskan hidup. Yang telah berlalu biarkan ia pergi. Pengalaman lalu banyak mengajar kita erti kehidupan. Erti kasih sayang, kejujuran dan keikhlasan. Kadang-kadang kita gembira dan kadang-kadang kita berduka. Bagi mama tiada apa yang paling berharga selain keluarga tercinta. Kasih sayang yang disemai, ditanam dan dibaja mesti kita jaga supaya tidak ada yang mencemarinya. Begitu juga kejujuran dan keikhlasan dalam menjaga kasih sayang yang telah dibina itu.

Cuti sekolah sudah pun sampai ke penghujungnya. Sebelum memulakan sessi persekolahan 2014, jom kita habiskan waktu-waktu emas ini bersama yang tersayang.

Balik kampung lagi, menjenguk kebun..kebetulan ada om jimmy dengan bunda afni.


Sesampai saja di kebun, saling bersalaman dan bertanya khabar. Walau jauh beribu batu, bertahun tidak bertemu tetapi mana mungkin ikatan persaudaraan ini terputus.


Tiga bersaudara...pakcik-pakcik dengan anak sedara.


Bebas, tanpa gangguan sebelum memulakan aktiviti.


01/01/2014 ~ Tak jauh dari kebun atok, ini dia. Lata Jeliang kami datang.....! First family activity for 2014. Tak ada yang tidak suka main air. Budak-budak, bapak budak, atok budak, semua suka. Mak budak dengan opah budak pun suka jugak tapi lebih senang duduk-duduk dan borak-borak aje. Sampai saja, bukak apa yang patut, terjuuun... Kita pilih tempat air cetek supaya yang kecik-kecik pun boleh mandi. Yang paling seronok, tempat ni privasi dan tak ada orang.


Ini gambar sebelum begerak ke lata. Kan mama dah cakap, bila sebut nak mandi lata semua 'semangat katak'.


Budak besar buatlah apa korang suka.


Budak kecik kat sini aje.


Berhati-hati walau di mana anda berada.


Cari tempat yang lebih adventure. Apa barang tempat cetek, iye kan?



Haha...adventure lah kononnya.


Tengok atok..relax je.



Bapak budak dengan anak-anak.


Main pasir


Atok main percik-percik air ye??


Daniel balas percik kat atok.


Sesiapa yang lapar, silakan makan


Mau makan durian pun bisa, om


Opah, bunda dan mama, bersembang-sembang


Alhamdulillah, semoga tahun 2014 memberi kegembiraan dalam hidup kita seperti hari ini. Kita tidak perlu banyak impian.....apa yang kita perlu ialah 'happiness'. Terima kasih kepada semua insan-insan teristimewa dalam hidup mama. Tanpa kalian hidup mama tak bermakna. Anak-anak mama adalah nyawa untuk mama lebih kuat meneruskan hidup. Selamat tahun baru semua dan take care.


Tukang tangkap gambar ambik gambar sendiri ~ selfie.

......................................................................................................................................................................................................................................
................................................
........................

1 Januari 2014 juga papa ada game bola di Padang Kilat, Ipoh. Lepas mandi-mandi di lata, mama papa ke Ipoh but you all semua stay kat lata, memasing tak ikut. Tak pe lah, bergembiralah sementara ada waktu.

Mama selitkan jugak gambar-gambar papa kat sini sebagai album kenangan papa di tahun baru.





ASMAI TEAM IN 01 JAN 2014


Luv, mama.