Friday, July 4, 2014

Jemput, Pergi vs Bayar, Tak Pergi..... Yang Mana Satu?

Assalamualaikum & Ramadhan Kareem

Doa 6 Ramadhan
Ya Allah, janganlah Engkau hinakan aku kerana perbuatan maksiat terhadapMu dan janganlah Engkau pukul aku dengan cambuk balasanMu. jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaanMu, dengan anugerah dan bantuanMu, wahai puncak keinginan orang-orang yang berkeinginan. Amin.

Hai...saya Upin. Ini adik saya Ipin.

Malam tadi malam Jumaat. Opah demam pulak. Dia masuk hospital. Kak Ros yang tunggu. Kami tinggal dua orang kat rumah. Kawan-kawan kata malam Jumaat ada hantu. Eh! mana ada hantu. Inikan bulan puasa, hantu semua Allah dah ikat ketat-ketat. padan muka dorang. Kami tak takut puuuun.
Ipin :
Aku tak takut tapi aku sedih. Malam Jumaat ni ada baca Yasin kat sekolah. cikgu besar suruh datang. Pastu berbuka puasa. Pastu semayang maghrib, pastu isyak, pastu pastu pastu terawih. Emmm....banyaknya. takde main-main ke?

pastu lagi...kena bayar duit. Mail yang kutip.... Sorang dua ringgit lima ringgit. Kita, opah belum bayar lagi.  tengok, encik crab pun dah bayar. eh! kenapa tetiba encik crab wujud? Macam mana niiiii....Upin?
Upin :
Takpe takpe takpe...relax. nanti opah dah sihat, dia bayarlah. Kita pegi jer dulu. Kan cikgu murni dah ajar, "innamal 'amallu bin niat"...setiap perbuatan tu dimulakan dengan niat. Kita niatlah nak baca yasin. Kita bukan nak makan jer. Betul tak ???

Ipin :
Tak betul tak betul tak betul.....nanti mail mesti kata, kita belum bayar, mana boleh datang. malu lah kita. makan free. kawan-kawan seeeemua dah bayar. kita jer belum bayar lagi. eeee malu lah. Haaaa....kita korek tabung nak tak? boleh bayar pada mail nanti.

Upin :
Eh! mana boleh, duit tu nak buat belanja bukak puasa esok. nanti kak ros belum balik cam mana? Alaaah...Ipin, sebab duit sepuluh ringgit pun, ko dah tak nak pegi. Aku nak baca yasin dengan kawan-kawan jer. itu kan majlis sekolah kita. nanti cikgu besar kata dah jemput tak sudi nak datang. opah pon selalu kata kalau orang ajak kena datang.

Ipin :
Betul betul betuuuul. Tapi aku rasa malu lah, Upin. Tak bayar nak pegi makan-makan kat situ. cikgu kata semua wajib bayar. nanti dosa macam mana pulak?

Upin :
banyak songeh lah ko ni Ipin....dah lah, aku dah malas nak pegi. susah susah sangat, bukak puasa kat rumah jer lah! kalau ko nak pegi, ko pegi lah sorang.

Ipin :
kalau dah bayar aku pegi lah. kalau tak bayar, aku tak nak pegi. aku malu. emmm.....abis tu kita nak makan apa? Dah lambat ni, nak berbuka dah.

Upin :
Tu...pegi tangkap rembo, kita sembelih. hehehe...
<
>
<
>
<

ok, cuba korang pikir jap. nak buat majlis tapi kena tong tong sikit sorang bayar.... ada orang laju jer bayar, ada yang culas... mungkin ada sebab kot, kita tak tahu masalah orang.

dalam masa yang sama, jemputan sebaiknya kita tunaikan. plus jemputan tu di tempat sendiri. rasa macam tak best pulak kalau tak datang tapi duit belum bayar. huk huk huk *nanges*

alah...senang cerita macam orang pegi kenduri lah, mesti nak bagi salam berisi. selit-selit kat tapak tangan tu. kalau tak bagi rasa semacam. tak bagi apa-apa. salam kosong jer.

korang rasa macam mana? tak bayar tapi hentam kromo pegi jugak sebab dah kena jemput atau takyah pegi sebab malu tak bayar.....

Selamat menjawab...senang jer, upin ke ipin...hehe

Terima kasih sebab sudi baca & selamat berhujung minggu. (*_*)

9 comments:

  1. hurmm...kalau sayalah tak bayar memang tak pergi, seganlah... seeloknya kalau dah tong tong tu, sumbanglah seberapa boleh yang kita mampu kann???

    ReplyDelete
  2. Memanglah malu nak pergi sebab belum bayar. Tapi kalau org yg jenis faham tak salah katakan masalah yg menjadi sebab belum bayar..

    ReplyDelete
  3. hihi..malu nk pergi.. belum bayar xleh pegi..huhu

    ReplyDelete
  4. saya pon malu nak pegi..tapi kalo ada orang paham masalah yang kita hadapi tu takpe la..

    ReplyDelete
  5. ermmm tak pegi kot malu la dh la tak byar ;p

    ReplyDelete
  6. Rasanya tak semua tuan rumah nampak segalanya duit macam Mail. Hehe ;)

    ReplyDelete
  7. Kalu tak bayar tu faham-faham ajelahkan..Cuma seeloknya bila dah ada peluang untuk berkongsi rezeki elok ditunaikan..he..he

    ReplyDelete
  8. macam semalam kat taman noe ni ada buat berbuka puasa...mmg ada kutipan..noe bayar tapi tak pergi, hubby je yg pegi...tp biasanya org2 taman ni...jemput semua..bayar tak bayar lain cerita...apa yg ada je la yg dihidangkan...dan biasanya mmg byk lebihan makanan

    ReplyDelete
  9. bayarlah mengikut keikhlasan hati kita sendiri...sama2 berkongsi rezeki sambil bersilaturahim...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^