Wednesday, June 11, 2014

Perempuan 9 Nafsu 1 Akal

Assalamualaikum.

Haaiiiii, panjang sikit sebab lama tak mengupdate. T_T.

Orang kata jangan ikut nafsu. Nafsu buruk tu perangai syaitonnirrojim. Kalau nak berbelanja kena ikut kemampuan. Ukur baju di badan sendiri. Ikut nafsu buruk padahnya. Berfikir sebelum bertindak. Eh! apahal tetiba aku bebel pasal nafsu-nafsu ni? Haha...meh sini aku nak cerita.

Hari ni, sampai-sampai jer ofis..papa call. Nak pinjam kereta sebab kereta dia meragam. Tak boleh start. Emm...ok fine. Sekali sekala boleh jer papa. So aku balik rumah hantar kereta. Sebelum sampai rumah, singgah kedai dulu beli barang sikit, nanti lunch dah tak boleh nak keluar. Pe'el aku suka letak purse dalam dashboard sebab senang...bukak terus capai, takyah korek-korek handbag lagi. Ok, ingat ye kawan-kawan dalam dashbaord kereta.

Settle semua, aku ke ofis semula dengan papa yang hantar. Salam-salam, muah muah, kereta pun bertukar tangan. Tata titi tutu, lambai tangan kat papa bersama-sama purse aku pon dibawak pegi sekali.

*******************

Tengahari tadi pukul 12:45 aku dah ngelupor lapar. Gara-gara semalam tak jamah nasik. Pagi tadi bekfes dengan dua keping roti jer. Mau tak ngelupor. Capai handbag, alamak!....dompet aku. omg...omg... Tapi takpe dalam handbag ada purse duit syiling plus note lima ringgit. Alah, cukup la tu. Masa ke kantin tu ternampak seorang awek lenggang-lenggok dengan air ais. wah ! menggiurkan. oppss! bukan susuk tubuhnya tapi minumannya. Dalam hati, tengahari rembang ni minum ais best jugak kan. Tu diaaa, nafsu sudah datang. 

Entah mimpi ke mengidam apa ntah, tak penah-penah order air tetiba dengan selamba "adik, nescafe ais satu, bungkus ye ikat tepi". hehehe... ikat tepi tu tipu ok, saja tokok tambah. Padahal, aku tak penah minum air selain air masak masa lunch. Sebab lunch time balik rumah. Hari ni, lain sikit....haruslah kena beli, kan?

Aku ambik nasik setengah polistren, ikan goreng, sayur dan off course menu wajib sambal belacan. emm rasanya takde ler tamak haloba sangat nafsu makan aku, walaupun memang tengah lapar time tu. Berjalan ke kaunter, dengan confident level yang sangat tinggi sebelah pegang nasik bungkus sebelah lagi note lima ringgit, sekali kira.....lima hengget lapan kupang ko!. ayoma ayopa karawaley....menanges dompet aku. Dah le ada berapa sen jer. korek-korek syiling mujurlah cukup!! Kalau tak, tak pasal-pasal kena cuci piring dulu sebelum makan. Hish, malu betol. INSAF, lepas ni takyah nak beriya order-order air bagai. Teguk jer air masak, lagi bagus. Sihat pun sihat. Sebenarnya, aku memang ada bawak air masak dari rumah pon. Saja gatal mengorder, terlupa pulak duit ada ciput je....

Betul lah orang kata, perempuan nafsunya, sembilan. Nafsu yang macam-macam. Tengok orang beli air, nak beli air jugak. Padahal bekal air masak tu ada jer atas meja ofis. Boleh jer minum tapi dah kerana terpengaruh, daripada taknak beli terus terbeli. Tapi akal perempuan ada satu jer, tak terfikir sebelum order tu cukup ke tidak duitnya....ehem ehem off course aku lah orang itu, perempuan kan?. Cerita kat papa, confirm-confirm kena gelak.

Alang-alang dah sembang pasal nafsu nafsi ni, meh sini aku nak bagi entri Fatin Liyana cerita pasal Perempuan Nafsu 9 & Akal 1. Memang kena sebijik lah kat aku. *debush* Ikut nafsu sangat. 

---
---
---
---
---
---
---
---


Eh! tapi kan tengah-tengah saya menaip ni...sekali dapat sedut nescafe ais....haiii heavenlah pulak, terasa ala-ala dok kat The Heaven Tambun. Baring-baring depan swimming pool mengirup udara segar sambil-sambil minum air. waahhh!! heaven nya, nescafe ais, ummph! Dah engkau, kenapa berangan pulak.

Terima kasih sebab sudi baca.

8 comments:

  1. Hahhaa air nescafe ais ikat tepi jer tambahan tu tu KB.. kalau kat akak ambik sayur, ikan, sambal belacan RM5 kalau masuk air ko RM 7.. tidak lah buas sangat nafsu KB tu.. tengahari memang lah nak minum ais :)

    ReplyDelete
  2. omg omg bleh plak dompet tinggal kt dashboard... nsib baik cukup2 duit nya..klu tak mmng ada adegan cuci pinggan la... ;p

    ReplyDelete
  3. Nasib baik sis, zumal pun pernah alami camtu... Tapi masa bawak duit tak pernah pula dahaga melampau tapi bila tak bawak duit, teringin sangat pula nak beli air...

    ReplyDelete
  4. leh tak kalo cakap..emmm..."masuk buku 555?"
    memang betul nafsu y 9 tu susah nau nak kawal..huhu

    ReplyDelete
  5. hahhaha biasa dgn kekalutan begini...ada rasa tak panas atas kepala tahan malu takut tak cukup duit :p

    ReplyDelete
  6. nasib baik ada serdak duit kecik2 kat dalam beg tu penyelamat... kalau dak... uhuhu... makan hutangg ler jawab nyerr,,, :D

    ReplyDelete
  7. Dah tahu duit cuma 5 ringgit boleh pulak ikut nafsu nak makan ye...
    Apa yg tak mahal sekerang ni KB. Mujur ada selit-selit duit kalau tak sah memang kena cuci pinggan hihi...

    ReplyDelete
  8. Nasib baik cukup duit ya...kalau tak memang kalut lah.takkan nak pulangkan air tu balikkan..he..he

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^