Friday, May 9, 2014

Product Review: Olay Aquacation Skincare

Assalamualaikum

Hai. Korang tahu olay? Mesti tau kan. Dulu-dulu zaman saya sekolah, disebut Oil of Ulan. Sapa-sapa yang hidup zaman-zaman 90-an mesti penah dengar nama tu. Orang perempuan lah terutamanya. Tapi itu dulu, sekarang dah terkenal dengan nama Olay.

Sebut saja Olay, mesti semua orang tahu. Kita tengok saja kat tv pun dah cukup, bermacam-macam jenis produk dari jenama olay ni. Saya ada sesekali singgah kat website OLAY, memang ada banyak jenis. Ada empat kategori berlainan fungsi. Whitening, All in-1 Anti Ageing, Anti Ageing dan yang paling baru Hydration.



Okay, jom review produk keluaran terbaru Olay ~ Olay Aquacation Skincare. Ia ada lima jenis kategori dalam set produk ini.

Aquaction Deep Hydrating Dew 150 ml

Ia adalah toner dai bahan seperti kuprum, zink dan magnesium. Fungsinya untuk menambah nutrien kulit dengan lebih mendalam dan melembapkan kulit. Boleh digunakan waktu siang dan malam.



Aquaction Long lasting hydration gel 50G

Yang ini pulak, berbentuk gel biru berlutsinar. Teksturnya ringan. Fungsinyah untuk membantu meningkatkan keupayaan kelembapan kulit. Kalau guna gel ini, kulit akan lembap dengan lebih lama. Namanya pun Long Lasting Hydration kan...??



Aquaction Intensive Nourishing Emulsion 50g

Fungsi gel ini lebih kurang sama dengan yang di atas tadi, memberikan kelembapan pada kulit. Diformulakan dengan daun pic dan morus ekstrak akar alba menjadikan kulit terhidrat dan menganjal.



Aquaction Softening Sleeping Mask 130G

Ini adalah mask, apabila digunakan secara langsung, boleh memberi penghidratan intensif sepanjang malam.
Ia boleh membantu melembapkan kulit dan meningkatkan kandungan air. Boleh juga mengawal minyak pada kulit.


Aquaction Nourishing Hydration mask

Hydration Mask ini pula diformulakan dengan vitamin B3 dan Vitamin E. Ia membolehkan kulit menyerap intipati penghidratan losyen dan membantu secara langsung penyampaian nutrien kepada kulit. Satu paket ini mengandungi lima keping mask.

Nah, ini kata Olay....."Get 24 hour hydration for 'Pump Pump' bouncy skin with Hydralock technology absorbs water from the air!." 

Eh, Saya cerita kat sini baru sikit jer. Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi pasal produk Olay ini boleh lah usha-usha KAT SINI. Ada banyak lagi rangkaian penjagaan kulit keluaran Olay. Manalah tahu kot-kot ada yang berkenan di hati untuk mencuba.

Selamat bercuti hujung minggu!


Terima kasih sebab sudi baca.


8 comments:

  1. noe ada jugak pakai olay ni...dah lama sgt produk ni...dulu mak noe pun pakai produk ni

    ReplyDelete
  2. Mak zumal pun pakai produk ni dari jenama Oil of Ulan dulu :)

    ReplyDelete
  3. noe ada tag KB di sini http://alyadina.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-by-khirkhalid.html..kalau sudi join ler..tp x paksa k...selamat berhujung minggu

    ReplyDelete
  4. Akk lah salah satu pemakai setia oil of Ulan ni sis..tp kulit muka non ado gebus gebas gitu..BUKAN SALAH oil of Ulan pun...org lain pakai sebotol satu bulan..akk berbulan-bulan baru habis satu botol mana nak ok kulit kan...tp product dia mmg BEST..

    ReplyDelete
  5. Salam Perkenalan.
    Jemput join GA saya.
    http://drshikinzainal.blogspot.com/setulus-kasih-ibu-contest-by-dr-shikin.html

    ReplyDelete
  6. Salam Perkenalan.
    Jemput join GA saya.
    http://drshikinzainal.blogspot.com/setulus-kasih-ibu-contest-by-dr-shikin.html

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Kami ingin memperkenalkan produk kecantikan baru, yaitu Dr Rochelle Skin Expert. Merupakan rangkaian produk perawatan kecantikan yang dibuat dari bahan alami pilihan melalui seleksi yang sangat ketat.

    Produk ini sudah teruji dan terbukti efektif untuk memutihkan dan mencerahkan kulit hingga 60%.

    Untuk pertanyaan dan pemesanan bisa menghubungi kami :
    Venny
    +62818-0820-0038
    Pin BBM 24C41045
    www.drrochelleskinexpert.com

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^