Friday, May 16, 2014

Medan Day 1 : Malaysia to Binjei

Assalamualaikum

Hai korang.

Hari Selasa lepas, seharian duduk rumah sempena cuti Hari Wesak. Saya membelek-belek balik gambar-gambar lama dalam pen drive yang dah lama tersimpan. Terjumpa satu album gambar ini. Dah lama...., sangat lama ceritanya kira-kira empat tahun yang lepas. Belambak jugak lah gambarnya...boleh buat cerita part 1 sampai part berapa pun entah ler...Kira ni part #1 lah.

Ceritanya, saya sekeluarga ke Medan pada penghujung tahun 2010. Kami ke sana atas undangan perkahwinan emak saudara yang menetap di Medan. Sengaja saya updatekan ke dalam blog. Sebab ada beberapa alasan kenapa sekarang baru nak cerita pasal ni.

Pertama, saya nak abadikan kenangan ini untuk tatapan saya dan anak-anak pada masa akan datang. Sebenarnya banyak gambar-gambar yang saya simpan hilang macam tu saja. Tak tahu ke mana perginye. Baik yang hardcopy atau softcopy. Awal tahun ni pun, virus apa yang menyerang komputer saya, habis semua dokumen termasuk gambar hilang. Alhamdulillah sesetengahnya dah disimpan dalam blog.

Kedua, sekarang lah masa nya saya nak update meng update segala khazanah cerita saya walaupun dah basi. Sebab baru pandai berblog. Tahun 2010 dulu, saya belum ada blog. Mana lah reti semua-semua ni. Jahil dan zero knowledge about blog. T_T.

Ketiga, mengajar saya erti syukur dengan rezeki dan nikmat Ilahi. Kenapa saya cakap macam tu, kenapa baca sampai habis.

Mukadimah yang panjang lebar. Macam mana nak mula pun tak tahu sebab dah ingat-ingat lupa. 
                                                                                            

Ok, lets we start. Macam saya cakapkan tadi, kami ke sana atas undangan perkahwinan seseorang di Kampung Binjei, Medan. Kami bergerak dari Airport Penang dengan Air Asia. Pilih yang murah-murah aje. Booking flight ticket sebulan awal, jadi memang dapat harga murah, hehe. Air Asia...now everyone can fly!

#1 Jadual flight kami sepatutnya pukul sembilan pagi tapi kena delay berjam-jam.  I #2 Anak-anak dah naik bosan menunggu, dari pagi sampai dah keluar panas matahari.
I #3 Pukul dua belas tengahari, baru dapat masuk flight setelah letih menunggu.

Keluarga di Medan, yang menunggu kami di airport pun dah susah hati. Mulanya ingat kami just main-main nak ke sana. Kata diorang, kapan sampainya? Dibilangnya pagi tapi enggak nyampei-nyampei.

Akhirnya, selesai segala urusan pasport dan bagasi, baru rasa lega. Keluar jer pintu airport...ramainyer manusia. Terdengar suara memanggil-memanggil abang, abang, kak, kak hairul, kak hairul...Dipeluk-peluk nyer kami. Aish. Itu lah insan-insan yang menanti kami dari pagi. Beg-beg kami diorang bawak naik motor dan kami anak beranak naik beca bermotor. Saya tak memilih naik teksi sebab di Malaysia dah biasa naik kereta. Apa barang nak kereta, tiap-tiap hari naik kereta di Malaysia datang Indon pon naik kereta ye dak? Saya nak anak-anak kutip pengalaman di negara orang. Biar dorang rasa macam mana...Kalau tinggal di hotel, kita akan rasa enak-enak aja kan? Hidup sendiri di kampung halaman sebegini, baru kita akan dapat merasakan betapa bersyukurnya kita atas nikmat yang kita ada.

Kat sini, kami tak check-in hotel. Terus ke rumah saudara di Polonia. Dekat jer dengan airport. Dulu, kalau ke Medan airportnya di Polonia. Tapi sekarang airport Polonia dah transform jadi tempat latihan tentera udara. Airport yang baru di Pakam, agak jauh dari bandaraya Medan.

Tapi sebelum check-in kat rumah dorang, kami singgah warung mee pangsit dulu. Memang perkara wajib datang Medan. Rumah perkara kedua. Mee pangsit nombor satu. Boleh tak? Warung dia sebelah dengan Pertamina, Medan. Pergilah kami ke sana bersama-sama penyambut tetamu tadi dengan beg-beg kami yang besar gedabak tu. Jangan kesah semua tu, yang penting kita makan dulu.

Oh ye, mee pangsit ni...kalau nak tahu, dia macam mee sup daging ditambah dengan isi ayam, hirisan daging, telur rebus sebijik dengan sayur sawi. Waktu makan, kita boleh tambah kicap. Kalau nak kaw lagi letak cili tumbuk. Memang meleleh. Minum pulak dengan teh botol. Perggghhhh! Saya pun meleleh sebab dah lama tak makan. Gambar mee takde, gelogoh sangat nak makan, lupa semua. T_T.

Perut dah kenyang, tapaw mee, bertandang lah kami ke rumah diorang.....


Ini teratak diorang. Kami sampai disambut dengan ceria dan gembira sebab dah lama tak jumpa. Anak dara dua orang tu sepupu suami. First datang sini dulu anak saya baru dua orang dan bapak kepada gadis-gadis ni pun masih ada. Tapi kedatangan kami kali ni bapak diorang dah meninggal dunia. Al-fatihah untuk arwah bapa saudara suami saya, Pak Saman. Oh ye...kalau ada yang terlintas dalam fikiran tu....FYI, suami saya original orang Malaysia ye, bukan Indon. Orang Malaysia ye...orang Malaysia.

Sampai rumah, baru boleh mandi, baring, solat, sembang-sembang, tidur. Tapi takde la seselesa macam kita dok hotel. Nak mandi pandai-pandailah ceduk air dari telega, tidur beralaskan tikar, bantal yang tak seempuk mana, dan jangan mimpi nak ada aircond bagai. Ko hadap je apa yang ada. Mampu? Masa tu rasa bersyukur sangat di negara kita, pulas kepala paip jer dah boleh tadah air yang bersih.

Lepas dah abis segala urusan di Polonia, kami packing-packing barang ke Binjei. Kami bergerak sebelah malam. Naik angkot. Angkot tu kereta sewa. Rupa angkot ni macam van. Alah, sapa rajin tengok cinetron indon petang-petang kat tv3 tu mesti tau. Eh! jangan tak ngaku pulak...


Sampai kat satu persimpangan trafic light, ada pengamen datang main gitar. Selagi tak dapat hasil tak berganjak. Suami saya sedekah lah berapa Rp. Kemudian baru dia blah dan pergi ke tempat lain pulak. Emm macam tu lah dorang mencari sesuap nasik. Sebut pengamen ni, teringat saya kat penyanyi Tegar yang dah kaya tu. Agaknya dia dulu pun macam tu jugak, "hidupku dulunya seorang pengamen, pulang malam, selalu bawa uang recehan, mengejar cita-cita paling mulia, bersyukur masuk dapur rekaman...."

Perjalanan kami dari Polonia ke kampung Binjei ambil masa lebih satu jam. Amat memenatkan sebab keadaan jalan raya yang tidak stabil, berlopak-lopak. Hiruk pikuk dan bunyi bingit hon kenderaan pun satu hal jugak. Sikit-sikit nak tekan hon. Sakit telinga mendengarnya. Keadaan dalam angkot, berhimpit-himpit dengan penumpang. Panas. Anak-anak saya tertidur dalam perjalanan. Lagi sekali saya bersyukur jadi rakyat Malaysia, walaupun kadang kala sesak dan tersangkut dalam trafic jam tapi keadaan masih terkawal dan aman.

******************

Malam tu kami selamat tiba di Binjei. Tengok ramai orang di rumah pengantin tengah bungkus-bungkus bunga telur dan apa lagi entah, saya pun dah tak ingat. Sebab rumah pengantin dah bersesak-sesak dengan manusia, kami tidur di rumah abang pengantin. Aman sikit dunia...hehe.

Tamat perjalanan hari pertama kami dari Malaysia ke Binjei.

Mandi, makan & tido......esok nak pegi pesta kawin, yeay.

Terima kasih sebab sudi bersabar membaca kisah yang meleret-leret ni.
InsyaAllah Medan Part 2 Pesta Kawin.


Permandangan di Kampung Binjei, Medan. Yang pakai t-shirt hitam tu...sok-sok ganteng!

Selamat berhujung minggu dan Selamat Hari Guru kepada yang bergelar cikgu!

15 comments:

  1. Oh... betul-betul area kampung ni KB. Seronok juga dpt menikmati suasana macam itu sebab tempat kita mana nak jumpa lagi kan.. Cuma rumah mereka agak usang - kesian ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak zakie, berjalan sambil cari pengalaman..kalau tak pergi kita takkan tau..

      Delete
  2. Replies
    1. insyaAllah ada rezeki shalimar pun boleh sampai sna nanti :)

      Delete
  3. Seronok ada pengalaman camtu pastu boleh update kat blog... Zumal rasa ruginya sebab tak berblog dari awal boleh la selitkan apa2 pengalaman kita kat blog nanti dah tua boleh tengok balik... Paling terkilan sebab gambar arwah tok wan yang terbaru tak teringat pun nak ambil. Rakaman suara ke, terubat gak rindu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe...skrg zumal dah ada blog, nanti boleh tulis...share ngan kawan2 :)

      Delete
    2. A'ah betul tu... Zumal akan manfaatkan blog zumal tu :)

      Delete
  4. hehehehe...dah ada dalam fikiran...tiba2 KB dah jawab...."suami saya original orang Malaysia yer" hehehe...bess ni KB...sbbnya yg biasa kita baca entry kawan2 yg lain...diaorg g bercuti kt sana...yg lain lain sikit...g majlis kenduri sedara...nk gak tau majlis kat sana macam mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha noe, saya dah agak dah...insyaAllah ada kelapangan nanti saya update yer :)

      Delete
  5. Belum pernah sampai medan.Tapi kita pernah masuk kampung kat sumatera..best jugak kat kampung dia orang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestkan rdz z? cari pengalaman kat negara org......

      Delete
  6. Belum pernah sampai ke Medan..tapi dah jadi salah satu tempat yang bakal di kunjugi...InsyaAllah... thanks berkongsi cerita ttg Medan ni...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye atie? pergi lah, byk tmpt menarik kat sana...

      Delete
  7. BW kat sini...duk tunggu citer seterusnya..

    ReplyDelete
  8. medan mcm sgt menarik,nak pergi juge.
    nak pengalaman mcm ni juge.tapi tiket kapal terbang mesti mahal.
    kalau blh dpt tiket kapal terbang murah,saya mesti pergi.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^