Thursday, April 10, 2014

Poligami: Kenapa Isteri Marah Sangat?

Assalamualaikum

Hai.


Tadi google pasal nusyuz. Jumpa lah satu laman blogger ni KAT SINI. Baca-baca...okaylah. Lepas tu saja pergi baca pulak komen-komen kat entri tu..banyak jugaklah balas membalas pendapat kat situ. Nak tergelak saya baca. Ayat rempit-rempit pun ada. Marah sangat. Last-last, komen dorang sangkut-paut bab poligami pulak. Haish...orang perempuan kalau bab poligami ni...memang pantang. "Apa? Kawin lagi satu? Awak langkah mayat saya dulu"....macam skrip drama swasta kat tv hehe.

Baru-baru ni ada berita pasal Asyraf Muslim dapat baby. Gembira jer muka asyraf. Muka wife-wife dia pun macam happy jugak. Saya tak berapa kenal yang mana first dan yang mana second, sebab dua-dua pun senyum gembira. And off-course lah mak ayah baby tu happy. Nampaknya mak tiri pun happy sama. Takpe itu tak penting, biarlah dorang bahagia dalam alam poligami dorang. Dah bahagia le tuuu. Ada ler kot cara asyraf tackle bini-bini dia.


Yang saya tahu dan banyak baca tentang poligami, isteri sedia ada mesti akan makan hati bila dapat tahu suami dia kawin lagi satu. Plus dapat tahu dah lambat, benda dah jadi. Dapat tahu dari mulut orang lain, bukan dari suami sendiri. Dan dapat tahu nikah kat sempadan siam, bukan dalam malaysia. Dapat tahu dah ada anak, lagi parah. Emm memang makan hati berulam jantung.

Masa tu, isteri yang terkenal dengan lemah lembut pun boleh bertukar jadi singa lapar. Atau pun boleh dapat anugerah pelakon airmata paling sensasi di abad ini. Huish hebat sungguh penangan poligami ni. Saya rasa isteri asyraf pun mesti rasa macam tu dulu-dulu. Eh! bukan dia saja, semua isteri pun mesti akan rasa benda yang sama kalau kena batang hidung sendiri. Akan rasa ditipu, akan rasa tidak diperlukan lagi, akan rasa suami dah tak sayang lagi...sebab dia dah cari pengganti. Kesiannya.

Okay...berbalik pasal blog yang saya baca tadi, ada beberapa komen yang saya nak share. Yang lain-lain tu korang boleh tengok sendiri.

Komen NASIHAT:

Nak komen sikit, Kalau bercakap soal poligami..lelaki pun tiba2 letak kopiah atas kepala lepas tu tiba2 mula berdakwah itu ini. Pada saya poligami sebaiknya dilakukan dengan sebab yang benar2 perlu. Kalau setakat sebab nafsu / jatuh cinta lagi / perasaan ingin berkuasa dan memiliki macam yang dikatakan oleh pengkomen di atas2 tu, atau sebab2 yang teramatlah rapuh dan mengada2 bila didengar..tok soh laaa.. buat menganiaya wanita ja. (Lainlah kalau isteri2 anda memang redha, suka dan becita2 untuk dipoligamikan) Apatah lagi kalau menimbulkan fitnah pada hati isteri2. Kat dunia ni sedap la isteri keliling pinggang, di akhirat tanggunglah beban akibat hak2 yang tak terlunaskan. Jangan samakan diri anda dengan Rasulullah S.A.W dan sahabat2. Rasulullah lelaki yang mulia dan sahabat2 juga bukan calang2 akhlak dan peribadi mereka. Tolong lah sedar kaum lelaki Rasulullah berpoligami BUKAN SEBAB NAFSU/ CINTA/ SEKS. Kemampuan suami pula bukan hanya pada soal seks dan kewangan bahkan juga pendidikan dan bimbingan agama..melahirkan umat2 yang dibanggakan Rasulullah. Bukan lahirkan anak ramai ( niat nak meramaikan umat Rasulullah ) lepas tu diabaikan, anak tertekan, kurang kasih sayang, ibu pun mengalami tekanan sebab suami berat sebelah (kawin sebab jatuh cinta jadi cinta pun beralih arah) Jelas ini bukan poligami yang dipandang mulia. Akibat poligami yang tak semenggah ni la musuh2 islam pun memperlekehkan ia dan menganggap islam merendahkan dan menganiaya kaum wanita. Soal ketaatan saya setuju dengan Jay, tak dinafikan isteri perlu taat pada suami selagi di jalan yang benar. Jika sampai dizalimi, bersabarlah dan cuba tangani dengan bijak dan berhikmah..dalam masa yang sama muhasabah diri. Kadangkala masalah sikap suami berpunca dari diri isteri juga. Andai suami tak berubah gunakan saluran yang betul untuk menuntut hak. Ruginya wanita yang hidup bersama suami yang gagal membimbing kita menggapai redha Allah apatah lagi kalau sampai dizalimi. Jangan menggadaikan agama dan diri sebab cinta. Bagi saya berpoligamilah kalau mempunyai sebab yang benar2 memerlukan untuk berbuat demikian, poligami sungguh mulia dan diangkat tinggi jika kena pada cara dan tuntutannya. Paling penting fahami hukum poligami yang sebenar, jangan memaksa seseorang melakukan atau menerima poligami dalam kehidupan mereka jika mereka tidak mahu, situasi setiap orang tak sama. Tiada paksaan untuk melakukannya baik di pihak lelaki mahupun wanita, kerana ia sepatutnya dilakukan dengan hati yang ikhlas dan redha kerana ia melibatkan tanggungjawab yang besar. Itulah Poligami yang dipandang mulia. Lakukanlah apa yang terbaik demi agama, redha Allah, dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. panjang lebar ku membebel, mohon maaf andai bicara bercampur emosi dan nafsu..saya hanya wanita biasa yang tidak sempurna. Sekadar berkongsi dan meluahkan.

Komen EH! BOLEH JADI NI...

x perlu letak kopiah atas kepala, org laki2 mmg akan jadi ustaz kalau citer bab poligam hehehe...
orang perempuan pulak tercabut tudung bila dengar pasal poligami hehehe

Komen YE TAK YE JUGAK !

hahaha, sapa kata pompuan benci poligami? Kalo benci masakan banyak jer pompuan bercinta dengan laki orang...(sanggup bermadu). Ini kes isteri kedua lah ni.

Kalau suami kita tetiba dengar lori tilam datang rumah...tilam lama tukar baru....dia boleh selamba pulak tukar, bini lama tukar baru....mesti kita pun dah naik marah kan?

Tajuk saya kat atas tu, poligami kenapa isteri marah sangat?

Entah le...mungkin sebab:

1) Oh tidak-tidak, saya tak sanggup bermadu. Saya taknak lah kongsi abang dengan orang lain.

2) Nanti abang tak sayang saya lagi...abang sayang dia lebih dari saya, tak nak!

3) Duit belanja bulan-bulan saya mesti abang potong, mana aci.

4) Seminggu berapa kali jer dapat jumpa abang...emm mana boleh cam tu.

Jawapannya TAK NAK...SAYA TAK SUKA!

Kalau memang dari dulu suami mengabaikan isteri, tetiba nak jadi encik jamil.....memang ler boleh tercabut tudung.....marah, tempreture naik sampai kepala.

Tapi en jamil dari cerita madu 3 tu kaya ok lagi...itu pun bini dia Pah hambat tengah sanding....korang ingat ker citer tu...jangan nak mengada cerita Madu 3 P.Ramlee pun tak ingat...

"Butang baju melayu abang mana Paaah"

Kalau tanya, korang sanggup bermadu?

Perempuan jer jawab, laki takyah jawab. Nanti jawapan mengada-ngada pulak!


Terima kasih sebab sudi baca.

8 comments:

  1. hmmm :'(
    tak suka poligami...
    harap jauh la dengan benda ni..huhuu

    ReplyDelete
  2. nak tahu nikmat r azabnya bermadu boleh cuba n pilihlah mana yg suka dirasa....

    ReplyDelete
  3. Tanya iman di dada mampu atau tidak. Kalau poligami membuat isteri pertama menjeruk rasa itu sudah satu dosa buat suami kerana tak mampu mendidik isteri redha suami berpoligami...

    ReplyDelete
  4. klu bab poligami ni...pompuan mmg sensitif...noe mmg la x nak....tp klu dh nk jadi juga nk buat mcm mana kan...tp tu la..kepada para lelaki yg nk tambah cawangan tu...penuhi la syarat2 wajib....jgn nanti tambah cawangan...silap2 gaya tambah dosa n kena menjawab kat sana nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau rasa tmbh dosa baik toksah kan noe?

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^