Friday, March 7, 2014

Baucar BR1M Dipos Ke Rumah

Assalamualaikum

Hai korang. Ini ada info terkini pasal BR1M.

Putrajaya: Surat mengandungi baucar Baucar Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 sudah dihantar ke rumah kepada mereka yang belum menerimanya menerusi akaun bank.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata antara punca mereka gagal menerima BR1M ialah kerana tidak mengemas kini maklumat peribadi dan nama dalam kad pengenalan tidak sama dengan nama dalam akaun bank.

"Selain itu, ada di antara mereka didapati tidak layak menerimanya berdasarkan pendapatan bulanan masing-masing.

"Surat yang dihantar mengandungi jawapan, sama ada layak atau tidak menerima BR1M,: katanya selepas melancarkan aplikasi MyResults di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sisi, semalam.

Boleh buat rayuan

Ahmad Husni berkata, mereka yang gagal menerima BR1M boleh membuat rayuan dengan merujuk sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi www.hasil.gov.my atau mengunjungi pejabat LHDN berdekatan.

Sumber: Berita Harian, 7 Mac 2014, Jumaat m/s: 4

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya sendiri pun belum terima BR1M lagi? Korang dah dapat?

Lagi satu, saya konpius ni.....soklan takde kena mengena ngan brim. Saya taip entri ni, hari ni 7/03/2014 tapi bila publish jadi terlewat, masih 6/3/2014, nape ek? Ada blogger yang boleh explain kat saya tak?
# Saya mak budak baru belajar.....tolong, tolong....

9 comments:

  1. Salam singgah follow sni juga.. TQ follow sy ye...
    bagus Info Brim ni...sy dah tak layak nak dapat Brim..huhu
    erm! ttg tarikh tu, cuba tengok tarikh kat setting bila nak post N3 (belah kanan)...takut ter tick tarikh yg salah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam atie, thanks follow saya.
      ooo camtu ye, kena setting tarikh dulu....saya pegi post je xyah setting2...patutlaaa
      nti saya cuba, thanks a lot..atie

      Delete
  2. salam KB...x pernah dapat Brim.. :) .. alhamdulillah pada yang menerima...pasal date tu tak pasti la plak...x pernah kena

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam noe, ooo x dpt brim takpe ada rezeki kat tmpt lain
      Tu lah masalah date ni...dah cuba setting td mcm yg atie ckp tu tp still xleh gak :(

      Delete
  3. yeke begitu ya kak pun belum dpt brim lg. entry tu mungkin ikut masa global kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu ler saya pun tak tau nape jd camtu...tq kak paridah

      Delete
  4. As-salam sis..bertambah sorang lagi rkan maya..Tq follow akk yer..akk dah follow kamu juga..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^