Thursday, December 1, 2016

Bulatan 18, Bandar Meru Raya :: Bersiar

Assalamualaikum ^_^

Ahad, 27 Nov yang lepas, kami sekeluarga ke Ipoh. Kebiasaannya, ke Ipoh tu, kalau bukan kerana merayau-rayau, kami balik menjenguk atok dan opah.

Nak dijadikan cerita, sewaktu menantu dan ibu mertua bersembang kosong di petang hari, terkeluarlah cerita 'Bulatan 18' yang baru dua hari dibuka.

Anak-anak pernah juga mengajak papa mereka menyinggah ke situ [Bulatan 18]. Tetapi dek kerana papa mereka ini spesis yang 'tak gemo lepak dikhalayak ramai', maka niat anak-anak terbantut di persimpangan dilema. Kalau mama sendirian nak membawa mereka, jawapannya 'idok ler' !

Oleh kerana ibu mertua tadi baru tahu 'Bulatan 18' ini sudah dibuka, dia pun terujalah nak pergi melenjan. Eh! kalah anak-menantu-cucus tau. Opah pulak yang beriya-iya.

Dah disemburnya ayat-ayat pujuk rayu, maka semua terpaksa akur mengikutnya termasuk Atok yang pada mulanya berkeras tak mahu pergi. Lepas Maghrib dan selesai makan malam, kami pun bergerak.

Tiba di situ, memang sesak dan padat ler dengan umat manusia. Al-maklumlah, tempat baru dibuka. Semuanya 'semangat katak' nak turun! Macam ler dah tak ada hari lain nak pergi...termasuk lah kami pun sama...



Tengok ler, betapa ramainya manusia.Tempat ni di pintu gerbang. Ada air yang turun dari atas macam 'shower'. Memang ramai ler yang mandi terutamanya budak-budak. Kami cuma bergambar saja. Tak kuasalah nak membasahkan diri! Lagipun kan, aku tak rasa di situ tempat untuk bermandi-manda.

Dah mengetik gambar sekeping dua, anak-anak dan adik ipar menjelajah ke tempat lain. Papa Mertua dan Husband pergi 'mengeteh'. Biasalah, deme orang laki mana layan tempat yang ramai orang macam ni. Serabut kepala katanya!

Tinggallah aku dengan Ibu Mertua saja. Berbeza dengan Emak, Ibu suka posing-posing. Aku ler kena jadi partner dia. Ini yang aku tak gemo ni...^_^


Kami bertiga. Nampak tak di belakang kami tu? Penuh bebudak dok mandi!
Gigih tau, Ibu menyuruh aku minta tolong orang lain ambilkan gambar. I was tersipu-sipu malu ketika itu!

kakak dan adik, oppss...mertua dan menantu, hihi ^__~
Tak puas hati gambar landscap, ambil pulak secara potrait. Hish! ada sajalah Ibu ni....[tak suka tau, nak jadi model!]

opah dan cucu. Yusuf jer yang setia dengan opah sebab mamanya ada sekali. Cucu lain dah lama berlari ke tempat lain.
Ini jerlah gambar yang boleh ditayang. Hajat di hati nak mengambil gambar anak-anak di tempat lain. Dah asyik mengekor Ibu jer, tak tercapailah hasrat di hati. ^_~

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Bulatan 18 ni. Playground yang biasa-biasa hinggalah yang canggih, jogging-path, air pancut dan segala aneka perkara kalau nak beriadah bolehlah datang sini. Nak sembang kencang tak bolehlah ya sebab aku pun belum habis melenjan.

Jom, aku cerita sikit tentang Bulatan 18 ni.

Bulatan 18 adalah salah satu projek pembangunan negeri Perak yang dilakukan oleh PKNP. Terletak di Bandar Meru Raya, Ipoh. Dekaaat sangat dengan Movies Animation Parks Studio (MAPS). Dipanggil Bulatan 18 kerana keluasan tanahnya adalah 18 ekar persegi. Ia merupakan roundabout yang terbesar di Malaysia setakat ini.

Kalau ada sesiapa yang dah terlanjur ke MAPS, tetiba tengok MAPS tak bukak lagi. Jangan ler gusar dan melalak di situ; bawa saja anak-anak ke Bulatan 18 ni. Apa nak dikata, MAPS belum rasmi pembukaannya! Fizikal luaran memang ler nampak macam dah siap tapi dalamannya masih belum. Bak kata orang kalau rumah tu, tak dapat CF lagi....Sabar ye mak-mak semua! Eh dah kenapa melalut ke MAPS yang tak siap ni pulak. Moh ler kita ke Bulatan 18 kembali....


Gambar : Diambil sendiri dengan kamera hp, itu sebab pudar ajer!
Gambar atas ni, aku ambil dari tengah-tengah Bulatan 18. Tiang sebelah kanan tu adalah tiang bendera negeri Perak. Selain dekat dengan MAPS, ia juga dekat dengan Terminal Aman Jaya [stesen bas], Pasaraya Mydin dan bangunan yang dalam gambar tu......Tak nampak ek? Tengah tu adalah hotel diapit oleh dua bangunan PKNP. Hotel apa?

Nah! aku bagi gambar dekat pakej dengan modelnya sekali..^_^



Jelassss??

Dan, kalau nak tengok permandangan dari udara, ini dia.....

Sumber : google
Dua anak panah itulah pintu gerbang yang ada shower yang aku cerita kat atas tadi. Dan dikhabarkan, nanti akan dibina 9 buah rumah Perak berlainan rupa di sekeliling bulatan ini untuk dijadikan restoran. Sambil mengenali rekabentuk rumah-rumah Perak, kome boleh ler ber jjcm yer!

Daaan, jika kome datang ke mari nak ber jjcm dalam waktu terdekat ni, janganlah kecam teman! Bayang rumah-rumah itu pun tak nampak lagi.....Belum dibina lah senang cerita! 

Ok, itu saja nak gebang pagi ni. Sekian, terima kasih kerana sabar membaca celoteh aku yang panjang berjela. Maka, coverlah entri blog selama seminggu. Minggu depan baru up cerita lain pula. Bye-bye!


Oh ya! selamat datang ke Perak ya sempena 'Tahun Melawat Perak 2017' ni! Tapi datang sini jangan ler cari KB. Saya low-profile orangnya, menggigil kalau jumpa orang! hihihi  ^_^


p/s: btw, ini bukan entri berbayar; aku tulis bukan kerana nama berdasarkan pengetahuan sendiri.... 

















12 comments:

  1. Mandi--manda di air pancut macam ini ada di JB juga KB tapi kecik aje tempatnya
    Kalau pergi ke Legoland boleh singgah di Hello Kitty kat situlah ada ala-ala macam ini. Tapi rata-rata bebudak yg suka.

    Entah bila kakak boleh sampai Perak KB.Biasa lalu terus ke utara sebab tak ada saudara di sini.

    ReplyDelete
  2. e'in tak penah lg sampai ke ipoh..

    ReplyDelete
  3. Ooooo...dekat dengan Hotel Casuarina tu ya...bolehlah jengah2 nanti... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah dkt casuarina tu. Nti kakchik turun perak blh ler singgah

      Delete
  4. TAK PERNAH SMPAI SINI.. IN SHA ALLAH ADA REZEKI

    ReplyDelete
  5. wah menarik gak camni. mesti budak2 suka

    ReplyDelete
  6. memang tempat macam tu ramailah orang berkunjung kan KB, ada air2 lagi suka la anak2

    tu dia menantu mithali katanya, ikut saja ibu mertua bergambar, ok la tu kak.

    mesti menarik bila rumah2 perak itu telah siap dibina nanti kan

    ReplyDelete
  7. InsyAllah tak lama lagi Minah Kiwi akan pergi ke Taman Meru ni.. dah lama teringin nak ke situ

    ReplyDelete
  8. Wah dah bukak eh bulatan 18 ni. Selalu stay kat casuarina masa outstation! Makin penuhlah parking casuarina cani :p

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Fatin dh bukak. Eh apa nk risau! Bulatan 18 ni ada parking dia sendiri, tu di sekeliling bulat tu! Nmpk tak yg warna hitam ada petak2 tu....parking lot dia ler tuuu.😀😀😀

      Delete
  9. Hihi....elehhhh malu malu pulak menantu dia. Dah ibu ajak posing, layan ajelah Rul. Bila masa lagi nak bergebang bersama haha.....
    Sekali imbas macam trek lumba lari je Rul.....
    Budak budak mcm tak biasa, nampak ayor....memang nak mandi ajelah kerjanya.
    Nasib si kecik tu tak sebok nak mandi jugak

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^