Tuesday, November 24, 2015

Sudah Empat Beradik

Assalamualaikum. Apa khabar semua. Setahun tidak menulis di sini.

Tiga Putera Satu Puteri

Setelah mengalami demam semasa mengandung tahun lalu, mama berhenti sementara waktu untuk menulis. Ada banyak cerita dan peristiwa sepanjang satu tahun ni. Suka dan duka. Yang pahit biarkan ia berlalu pergi. Tak usah dikenang-kenang. Ini kan blog Ini Cerita Kita sweetmemories4u. Jadi, ambil yang manis-manis sudah. 

Yusuf - tiga bulan

Kelmarin, 22hb November Yusuf genap lapan bulan. Sudah merangkak. Kadangkala mencapai kerusi atau apa saja yang tercapai oleh tangannya untuk melutut dan berdiri.

Yusuf dah ada perasaan dan memahami keadaan sekelilingnya. Ketawa bila orang bermain dengannya. Bila disuruh tepuk tangan, dia akan menepuk tangan dan melambai tangan bila diminta. Menangis bila keseorangan.

Alhamdulillah, Yusuf masih minum susu mama sepenuhnya. Sudah makan bubur nasi. Setiap hari mama mengepam susu di pejabat. Setiap pagi juga mama masak bubur untuk bekalan Yusuf di rumah pengasuh. Yusuf anak mama, membesarlah dengan sihat ye sayang!


~ anak-anak adalah anugerah, amanah dan ujian dari Allah kerana mereka adalah harta paling indah dan berharga bagi ibu bapa di dunia dan di akhirat ~

Luv, mama.

4 comments:

  1. Walaikumussalam KB..
    Alhamdulillah telah kembali sihat..
    Kekadang alahan mengandung, membuat kita keletihan..
    Yusuf pun dah membesar dengan sihat.
    Geram pulak akak tengok.. montel..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... membuka lembaran baru di blog dgn perkenalkan kakak permata baru yg comel seperti kakak dan abang-abangnya juga. Seronok kan bila dikerumuni anak-anak. Biar ada kala buat kita menjerit tapi mereka itulah yg buat kita tersenyum gembira juga.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah KB semoga sihat hendaknya dan boleh kembali menulis...comelnya Yusuf...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah
    salam kenal.. dr saya juga

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^